Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Selasa

14 Oktober 2014

5:02:30 PG
644171

Kitab Imam Ali (a.s) di pentas PBB

Hujjatul Islam Wal Musliminin Sayid Sadiq Musawi, telah melakukan penyelidikan selama 28 tahun dengan kajian 80,000 kitab serta merantau ke 30-40 negara untuk menulis sebuah kitab "Tamam Nahjul Balaghah" yang mempunyai berat 4 kilo setengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Beliau lahir di Najaf di zaman kekejaman rejim Ba'ath di Iraq, terpaksa melarikan diri ke luar negara demi meneruskan riwayat hidup.

Namun ketika tiba di Iran, pemerintahan rejim Shah Reza Pahlavi di mata beliau seakan-akan lebih kejam sehingga tidak ada jalan lain kecuali melarikan diri ke Pakistan bersama beberapa orang pahlawan Iran lain seperti Mohammad Montazeri, Menteri Kebudayaan sekatang, Ali Jannati, mantan calon presiden pilihanraya ke-11, Gharazi dan beberapa orang yang lain lagi. Dari sana beliau sampai ke Bangladesh yang merupakan sebahagian dari wilayah Pakistan Timur di zaman itu dan meneruskan perjalanan ke India.

Dari India beliau menyusup masuk ke Iraq, namun situasi tidak menyebelahinya sehingga melarikan diri lagi ke Lubnan.

Tiba di Lubnan, usia beliau sudah 45 tahun. Dengan bantuan yang ada di bumi Zaitun, beliau memilih untuk meneruskan kehidupan di situ.

Beliau adalah Hujjatul Islam Wal Musliminin Sayid Sadiq Musawi, penulis kitab "Tamam Nahjul Balaghah"" yang sudah terkenal di seluruh dunia sekarang.

ABNA mengambil kesempatan sempena ulangtahun hari al-Ghadr untuk mengadakan wawancara bersama penyelidik ini demi mengetahui lebih lanjut tentang penulisan kitab ini.

Berikut adalah wawancara wartawan ABNA, A'zam Amirvosughi dengan Hujjatul Islam wal Muslimin Musawi:

ABNA: Bagaimanakah dengan kehidupan di Lubnan?
Tidak seperti yang dicanang media Barat, aman damai.

ABNA: Mohon terangkan kepada kami mengenai karya anda.
Kegiatan terakhir saya ialah menyelidik topik Nahjul Balaghah dan dicetak dengan judul "Tamam Nahjul Balaghah". Kitab ini telah dihadiahkan kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon pada hari al-Ghadir lalu dan kepada Vatican pada dua bulan lalu.

ABNA: Berapa tahun tempoh mengarangnya?
Untuk mengarang "Tamam Nahjul Balaghah", saya mengambil waktu 28 tahun dan saya membaca lebih dari 80 ribu kitab. Demikian juga saya bermusafir lebih dari 30 sampai 40 negara, dan saya naik turun perpustakaan-perpustakaan dunia.

Dalam tempoh ini, saya tidak menjalani kegiatan politik dan sukan, ini disebabkan pekerjaan (penyusunan dan pengaryaan kitab "Tamam Nahjul Balaghah") memerlukan waktu yang panjang dan waktu itu saya habiskan untuk kegiatan kebudayaan dan penyelidikan.

ABNA: Kenapakah kitab ini anda hadiahkan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa sedangkan mereka tidak mengikuti Syiah, malah dalam beberapa hal secara terang-terang memusuhinya?

Kita hendahkan belajar dari pihak musuh. Setiap jemaah Iran yang sampai ke bumi Arab Saudi akan dihadiahkan kitab oleh golongan Wahabi yang meliputi keseluruhan kepercayaan mereka. Mereka sendiri tahu 99 peratus semua ini akan dibuang ke dalam tong sampah, namun mereka tetap meneruskan demi 1 peratus itu.

Begitu juga dalam masalah ketika Syiah ditimpa kerugian material dan promosi, ketika satu simbol Syiah dengan pakaian ulama hadir dalam pertubuhan PBB dan kitab ucapan Imam Ali (a.s) dihadiahkan kepada pertubuhan PBB, ia mempunyai kesan yang sangat penting dalam promosi kebudayaan Syiah.

Begitu juga hadiah kitab ini kepada menteri kebudayaan Vatican yang mana risalah dan kerja beliau ialah menarik penduduk dunia kepada Kristianisasi dan mengkristiankan mereka, memperkenalkan dan memuji kebudayaan Syiah yang unik merupakan kesan yang amat besar terhadap promosi kebudayaan Syiah di dunia.

Rekod klip video penghadiahan Nahjul Balaghah kepada Setiausaha Agung PBB juga telah disiarkan dalam televisyen Iran manakala laporan berita dan gambarnya juga ada di dalam laman sesawang rasmi PBB yang dirujuk oleh semua negara.

Saya tidak terfikir bahawa ia akan menjadi begitu baik dalam keadaan ini sehingga kegiatan promosi menjadi begitu berkesan. Umumnya siapa yang sudah melaksanakan kerja hendaklah meneruskan kegiatannya dalam bidang masing-masing tidak kira samada tukang kayu, tukang besi, prajurit. Kita juga akan melaksanakan peromosi kefahaman tentang Islam dan tanggung jawab kita ialah menjaga dan menyebarkan Islam.

ABNA: Sebenarnya kitab ini dihadiahkan kepada petubuhan antarabangsa yang mana?
Naskah pertama saya hadiahkan kepada makam Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s), naskah berikutnya saya hadiahkan kepada univerisiti Harvard.

Upacara menghadiahkan kitab ini kepada Setiausaha Agung PBB dengen kehadiran Konsul Kebudayaan Iran telah dilaksanakan dan beritanya ada di dalam laman sesawang PBB.

Saya juga hadir di dalam kompleks Bonyan Gozar Enghelab Eslami, satu naskah dari kitab "Tamam Nahjul Balaghah" telah saya hadiahkan kepada makam Imam Khomeini.

Menteri kebudayaan Vatican (Orang kedua setelah Pope) juga telah mengharamkan kitab ini, namun dalam satu pertemuan rasmi yang diaturkan Kementerian Luar yang dihadiri Konsul Kebudayaan Iran di Vatican, kitab ini telah mendapat tempat untuk dimanfaatkan.

Perpustakaan Vatican mempunyai banyak ciri-ciri keselamatan dan batas-batas. Dalam pertemuan ini kami telah ke sana dan ketua perpustakaan telah menyambut kedatangan kami. Akhirnya satu naskah kitab "Tamam Nahjul Balaghah" telah mengambil satu tempat di atas rak perpustakaan Vatican.

Kitab ini juga telah dihadiahkan kepada Kongres Amerika dan sebabnya ialah ketika dalam proses meyelidik dan membaca, salah satu perpustakaan yang menjadi rujukan saya ialah perpustakaan kongress Amerika.

ABNA: Apakah reaksi penghadiahan kitab ini kepada masyarakat antarabangsa?
Mungkin reaksi yang terbesar ialah tersebarnya berita di dalam laman sesawang PBB, ia bukanlah sebuah portal berita ringkas, bahkan setiap hari lebih dari 190 negara yang berkerjasama dengan laman sesawang ini. Begitu juga Setiausaha Agung PBB dalam satu surat rasmi telah mengucapkan terima kasih terhadap hadiah ini.

Salah satu reaksi hadiah kitab"Tamam Nahjul Balaghah" ialah Ban Ki Moon, sebuah twitter milik media Lubnan menceritakan pengaryaan kitab ini dengan menyatakan: Kitab Amirul Mukminin (a.s) di atas pentas PBB.

Media cetak Turki juga tidak ketinggalan dalam perkara ini, setelah berita mengenai tersebarnya kitab tersebut, satu lembar dari surat khabarnya telah dikhaskan untuk menceritakan kitab ini secara terperinci.

Begitu juga dalam satu upacara yang dihadiri oleh 2000 orang di Turki, kitab ini telah diperkenalkan, dalam masa yang sama 6 saluran televisyen milik penduduk Ahli Sunnah telah menyiarkan berita ini.

Sebenarnya banyak lagi yang terlintas di fikiran hamba ini (katanya sambil tersenyum).

ABNA: Kenapa anda membuat keputusan untuk mengumpul kitab ini sehingga melaksanakan penyelidikan yang luas?

Amirul Mukminin (a.s) sendiri yang menuntun kami ke jalan ini.

ABNA: Apakah keistimewaan dan perbezaan kitab "Tamam Nahjul Balaghah" dengan "Nahjul Balaghah" Sayid Radhi?

Kitab "Tamam Nahjul Balaghah" berasaskan jilid ialah hampir 20 kali ganda dari Nahjul Balaghah Sayid Radhi yang berbahasa Arab. Naskah kitab ini dalam satu jilid ialah 1551 muka surat dan mempunyai berat dalam empat kilo setengah.

Setelah 28 tahun penyelidikan dan naik turutn perpustakaan di seluruh dunia, saya berusaha mengumpul riwayat Nahjul Balaghah yang paling sempurna dan menyeluruh dengan mengamati sanad yang paling utuh.

Saiz kitab ini yang besar sendiri adalah bukti terhadap dakwaan ini.

Terjemah ke bahasa Parsi telah dilaksanakan dan sedang dalam proses untuk tatapan pembaca. Usaha kami ialah naskah Parsi ini siap untuk dicetak di penghujung tahun ini. Namun naskah bahasa inggeris telahpun dicetak.

ABNA: Apakah usaha anda seperti mana riwayat dikumpulkan dalam Biharul Anwar atau anda mempunyai pertimbangan yang lain untuk menyusun hadis?

Sekiranya kita hendak melakukan seperti Biharul Anwar, kitab Tamam Nahjul Balaghah tidak akan mencapai saiz ini, bahkan akan mencapai 200 kali ganda dari saiz yang ada.

Nahjul Balaghah sekarang ada di tangan masyarakat. Pemilihan Sayid Radhi adalah teks yang lain yang mana sebahagian daripadanya beliau sendiri memilih dari matan yang lain.

Kami telah menjelajahi sejarah yang dalam dan pergi ke semua tempat sehingga terjumpa bahagian hadis-hadis yang tidak dibawa oleh Sayid Radhi dan kami telah menambahnya. ianya adalah satu khutbah, iaitu khutbah Amirul Mukminin (a.s) yang sempurna.

Kerja ini amatlah berat, ini disebabkan dalam sebahagian topik ada satu huruf yang tertinggal, ada juga kalimah, ayat, perenggan dan beberapa bahagian sehingga empat ke lima halaman yang tertinggal.

Pemahaman terhadap matan yang tertinggal memerlukan waktu yang panjang dalam urusan penyelidikan dan penelitian sehingga para penyelidik yang lain akan mengesahkan pembentangan saya.

ABNA: Dalam Nahjul Balaghah, kita mempunyai khutbah bahawa Imam Ali (a.s) menunjukkan serangan musuh ke atas wilayah Islam di mana mereka telah mengambil gelang-gelang kaki perempuan sebagai rampasan perang. Beliau berkata sekiranya umat Islam mendengar berita ini, dan berkorban jiwa terhadap berita ini maka ia tidak akan dipersalahkan lagi. Dengan mengamati pandangan Amirul Mukminin Ali (a.s), pakah pandangan anda tentang tindakan pengganas Takfiri di berbagai negara Islam dan sikap tidak sepatutnya terhadap kanak-kanak, wanita sehinggalah jenazah yang dikaitkan atas nama Islam? Menurut anda di manakah akar umbi permasalahan ini?

Di zaman insan menderita sakit gigi dan dalam negeri itu tidak ada seorang doktor gigi untuk mendapatkan rawatan, sekiranya jururawat pun tiada untuk mendapatkan bantuan, maka ia pergi kepada dukun. Kesakitan ini menyakitinya dan sekiranya ada seseorang berkata, hendaklah garam disapu pada bahagian yang sakit, maka ia akan melaksanakannya. Kemudian dia akan melaksanakan apa sahaja yang dikatakan padanya agar terlepas dari penderitaan.

Sekarang apa yang terjadi ialah seperti itu, di dalam berbagai negara Islam yang mempunyai penganut berbagai mazhab, secara praktikalnya mereka hendaklah mengatur kebudayaan masyarakat bukan atas sebab keperlbagaian dalam masyarakat. Akibatnya orang muda pergi menuntut ilmu dengan orang yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam.

Mereka perlu ada seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang agama untuk turut ke lapangan. Kemudian mereka hendaklah menyingkirikan orang yang berpura-pura Islam dan ulama yang anti Islam.

Ketika berada di peringkat masyarakat, masjid, minbar-minbar, dan pena kita berada pada orang yang kurang berilmu dan pengetahuan agamanya, atau tidak mempunyai sama sekali, maka masyarakat Islam akan mempunyai masalah ini (kemunculan Takfiri).

Ini bukanlah topik yang melibatkan Sunni Syiah, ini disebabkan ISIS sendiri telah meledakkan masjid kepunyaan Jabha Nusra atau sebaliknya kedua-dua golongan seakan-akan mirip kepada mazhab Sunni.

Mereka hendaklah berfikir: Bagaimanakah seorang individu dapat hadir dengan mudah meletupkan diri sendiri padahal (korbannya juga memilik) mazhabnya sendiri iaitu Sunni dan sama dengan pemikirannya, masjidnya diletupkan sehingga dapat pergi ke syurga.

Sebenarnya kemunculan Takfiri berpunca dari ketiadaaan penggiat cendiakawan sebenar Islam di kalangan rakyat.

ABNA: Menurut anda apakah itu ketiadaan cendiakawan sebenar?

Al-Marhum Rabbani Amlashi dalam salah satu bicaranya yang menarik berkata, tidak ada seorang pun daripada kita yang faham apakah jalan untuk memperbaiki masyarakat melainkan Imam Khomeini.

Marhum Amlashi menambah: Di zaman kita menjadi pelajar, kita terlihat Imam terlalu lama menjadi pelajar. Kita tertanya-tanya kenapa Ruhullah Imam Khomeini terlalu tekun menjadi pelajar agama. Setelah tercetus revolusi, kita melihat kewujudan semua pelajar yang dididik oleh Imam dan orang sama seperti yang dididik oleh Imam terlalu kurang sekarang ini.

Bicara Marhum Amshali ini ketika kami sedang duduk dalam kapal terbang, saya faham bahawa terdapat lima negeri dalam sebuah negara hanya memiliki sebuah peguam negara, dan ini disebabkan kekurangan pelajar agama.

Kadang kala, sebahagian daripada individu yang berada di dalam peguam negara dan penyiasatan juga mempunyai masalah. Namun tidak ada juga orang yang dapat menggantikan mereka. Oleh itu kepentingan hawzah ilmiyah dan masyarakat Islam juga hendaklah dijaga dengan tertib dan betul.

Ketika Amshali menjadi pelajar, beliau tidak mengharapkan jawatan. Bahkan dia menunggu dipukul dan dipenjarakan demi Islam. Akibatnya kadar julat itu peribadi beliau lebih sejahtera dan ikhlas.

Saya tidak bermaksud bahwa pelajar sekarang tidak mempunyai keikhlasan, bukan begitu! Namun menggilap jiwa di zaman tersebut lebih mudah dari zaman sekarang.

ABNA: Dalam perjalanan ke berbagai negara, apakah anda membusanai diri dengan pakaian ulama? Atau disebabkan khuatir akan disakiti, anda memilih untuk memakai pakaian lain?

Setiap kali saya bermusafir ke mana-mana negara, saya memakai pakaian ulama ini, sehingga tidak ada walau satu kalipun saya tidak memakai pakaian ini dalam perhimpunan umum.

ABNA: Apakah sebab anda melakukannya?

Pada suatu hari, saya bermusafir ke Amerika, saya menunggu seseorang di New York di satu simpang empat. Empat Yahudi dengan pakaian khusus Yahudi melintas di samping saya.

Dalam pandangan anda apakah ini tidak mempunyai kesan? Semua ini menunjukkan bahawa orang Yahudi ada di New York, namun ketika saya berdiri, mungkin ada sekitar 100 orang Islam melintas di tepi saya namun tidak ada kesan dan tanda orang Islam pada zahir diri mereka.

ABNA: Bagaimana anda mengetahui bahawa mereka itu Muslim atau tidak?

Oleh kerana saya memakai pakaian ini, mereka tahu saya seorang ulama Syiah dan secara langsung mereka mengucapkan salam kepada saya dan bertanyakan khabar.

ABNA: Wawancara ini amatlah berfaedah, saya ucapkan terima kasih kerana meluangkan waktu untuk kami.

Insyallah kita sama-sama bernaung di bawah panji-panji Amirul Mukminin (a.s).