Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Rabu

15 Oktober 2014

5:45:14 PG
644410

Amaran Sheikh Zakzaki;

Pengganas Bokoharam rancang culik wanita Syiah

Pengganas Bokoharam merancang penculikan wanita Syiah di Nigeria

Pengganas Bokoharam merancang penculikan wanita Syiah di Nigeria

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sheikh Ibrahim Zakzaki mendedahkan rancangan pengganas Bokoharam yang ingin menculik wanita-wanita Syiah dalam siri terbaru keganasan mereka.

Beliau berkata demikian dalam ceramah sempena ulangtahun peristiwa al-Ghadir di Husainiyah Baqiyatullah, kota Zariya, wilayah Kaduna, Nigeria.

Sambil mengingatkan kes penculikan pelajar perempuan sekolah kota Chibok di tangan pengganas ini, beliau berkata, "Jangan biarkan wanita kembali ke rumah bersendirian sehingga menjadi bahaya." Beliau juga meminta golongan lelaki melindungi jiwa dan raga wanita. Selain itu beliau juga memohon agar wanita yang mengikuti ceramah beliau menetap di situ dalam satu kelompok dan pulang ke rumah masing-masing sebelum menjelang waktu Maghrib.

Tambah beliau lagi terdapat konspirasi baru yang ingin menjatuhkan maruah Islam dengan melakukan keganasan, "Sekarang ada lagi kumpulan yang memakai seragam tentera gerakam Islam dan melepaskan tembakan rambang ke arah tentera yang baru pulang dari bertugas.

"Kumpulan ini melakukan jenayah tersebut dan mengambil videonya untuk disebarkan kepada penduduk dunia supaya tentera Nigeria bertindak membunuh masyarakat Syiah," tutur beliau lagi.

Syiah di Nigeria dilanda musibah apabila terdapat rancangan asing yang ingin memecah belahkan umat Islam di kawasan terbabit. Dalam kejadian terbaru seramai 33 orang pengikut mazhab Syiah termasuk 3 orang anak Sheikh Zakzaki terbunuh dalam rusuhan yang dilakukan oleh tentera dalam perhimpunan hari al-Quds lalu.

.................