Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : TNA
Rabu

22 Oktober 2014

7:40:25 PG
646016

Ketua Jemaah Ahli Sunnah Britain;

Musuh ingin mengalahkan Islam dengan menyerang pemikiran umat

Musuh Islam tahu, bagi melemahkan Islam dan umatnya hendaklah iman dan akidahnya diserang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Salah seorang ulama Britain, Allamah Ghulam Rabbani dalam wawancara eksklusif bersama Taghrib News Agency (TNA) di London menegaskan betapa pentingnya mewujudkan perpaduan antara umat Islam di samping menerangkan faktor-faktor fitnah di dalam sejarah Islam serta jalan menanganinya.

Beliau selaku ketua Jemaah Ahli Sunnah Britain, yang merupakan salah satu pertubuhan Islam terbesar di Britain menganggap matlamat dan identiti jahat kumpulan Takfiri berpunca daripada dalang yang bukan beragama Islam.

Mengenai faktor kewujudan masalah sekarang dalam dunia Islam, beliau berkata, "Saya fikir musuh tahu, demi mengalahkan Islam mereka hendaklah menghadapi pemikiran. Mereka secara langsung memerangi  sistem kehidupan Islam dan apa yang dicerap dari tauhid dan risalah Nabi (s.a.w) sehingga umat Islam mengalami kekalahan."

"Sejak dari zaman Nabi (s.a.w), Ahlul Bait (a.s) dan para sahabat, mereka sentiasa bekerjasama dengan golongan munafik dan musuh Islam. Begitu juga setelah beberapa kurun, gerakan pemecah belah dari musuh masih dalam prosesnya. Namun umat Islam ini hendaklah mengukuhkan pembentukan barisan dan perpaduannya bagi menghadapi musuh.

Tambah beliau lagi, Islam tidak mempunyai hubungan rapat dengan warna dan kebangsaan. Bahkan Islam berkait dengan jalan, pemikiran tauhid, risalah kenabian yang berasaskan al-Qur'an dan Islam, iaitu akidah, "Kita hendaklah mengetahui bahawa tidak ada lagi yang lebih kuat di dunia Islam melainkan akidah dan iman. Oleh itu mereka ini mengetahui dengan baik bahawa cara melemahkan Islam hendaklah iman dan akidahnya dilemahkan."

Beliau mengingatkan metodologi perpecahan dalam masyarakat Islam hari ini ialah mempromosikan pemikiran sesat atas nama agama dengan misi memecah belahkan Islam dan merosakkannya. Kewujudan perselisihan pandangan dalam sebahagian perkara di kalangan umat Islam sebenarnya adalah perkara biasa.

Selain itu menurut beliau, terdapat banyak kelompok yang tinggal di berbagai negara Islam dan adalah menjadi kebiasaan apabila terdapat perbezaan di kalangan mereka. Sekiranya kita tidak memandang fanatik dengan perbezaan ini sudah tentu tidak akan menimbulkan masalah. Namun sekiranya perbezaan ini diperalatkan untuk perpecahan, saling berbunuhan, pemusnahan rumah dan masjid-masjid maka ia akan menyebabkan umat Islam terhapus. Memang benar memang musuh inginkan perkara ini.

Ketika ditanya apakah jalan penyelesaian terhadap masalah ini, beliau berkata, "Tuhan kita adalah satu, Nabi kita adalah satu, dan al-Qur'an kita juga adalah satu. Keistimewaan besar ini tidak ada dalam mazhab dan agama lain. Oleh itu perpaduan ialah mempersatukan pandangan di atas tiga paksi utama ini dan melepaskan perkara-perkara cabang. Denga jalan ini kita mampu mencapai perpaduan dengan mudah."

"Setiap orang daripada kita mampu mempraktikkan akidah masing-masing, namun hendaklah secara toleransi dan pandangan yang luas sehingga kita memberikan hak kepada orang lain memiliki pandangan dan mengamalkan kepercayaannya sendiri. Perkara ini tidak sepatutnya menyebabkan perselisihan dan perpecahan di kalangan kita. Ini disebabkan kita mempunyai prinsip iaitu tentang Allah, al-Qur'an dan Nabi. Perbezaan dalam masalah cabang dan perselisihan perlu dipinggirkan. Kesepakatan pandangan terhadap prinsip ini telah lestari sejak 14 kurun yang lampau," tutur beliau.

Bagi mencerahkan perkara ini beliau memberikan contoh mengenai sebuah keluarga yang tergolong daripada ayah, ibu dan anak-anak yang mana akhirnya setiap seorang termasuk dalam anggota keluarga. Semuanya perlu berusaha menghormati anggota keluarga yang lebih besar. Dengan ini umat Islam hendaklah beramal dengan nas jelas al-Qur'an yang berasal dari Allah (s.w.t) melalui Nabi (s.a.w) di samping menganggap hanya al-Qur'an adalah faktor hidayah diri sendiri dan menjaga perpaduannya."

Allamah Ghulam Rabbani berkata tentang identiti sebenar kumpulan pengganas dan Takfiri, serta sikap mereka terhadap Islam, "Di zaman ini banyak perkara yang telah dilakukan atas nama Islam. Namun hakikatnya ialah tidak ada satupun dari kumpulan seperti ISIS, Bokoharam dan seangkatan dengan mereka ini mewakili Islam. bahkan mereka adalah pengganas yang sedang bekerja sama dengan musuh Islam. Misi mereka ialah memberikan nama buruk kepada Islam. Mereka hanya membunuh umat Islam di Syria dan Iraq secara besar-besaran. Mereka memusnahkan tempat-tempat suci dan masjid-masjid umat Islam. Setelah itu mereka memperkenalkan diri mereka sebagai melaksanakan jihad. Padahal mereka itulah sebenarnya musuh Islam yang memakai nama Islam, membusanakan diri dengan pakaian Islam palsu dan berusaha bersungguh-sungguh demi menghapuskan Islam.

Mengenai penyokong kumpulan-kumpulan pengganas, ketua jemaah Ahli Sunnah Britain mengulas, "Mereka benar-benar mendukung pengganas, sesiapapun yang berada di sebalik kumpulan ini, saya perlu katakan bahawa terdapat banyak elemen dalam masyarakat yang sedang menyokong kumpulan ini. Ini amat jelas bagi bahawa terdapat bentuk sokongan.Selain itu mereka tidak mempunyai kekuatan secara bersendirian. Namun para penyokong kumpulan ini perlu tahu bahawa sebenarnya arus gila yang sedang dicanang tidak akan terus kekal di Syria dan Iraq. Akhirnya pengganas ini akan datang ke belakang rumah mereka. Sekiranya perkara ini digunakan untuk memerangi orang lain, ketahuilah pada suatu hari kelak pengganas akan mendominasi dan merampas rumah dan keluarga mereka."

"Kita lupa bahawa akibat buruk kegilaan ini tidak akan dapat mencapai misinya. Pemusnahan dan kegilaan tidak menghasilkan apa-apa melainkan wujudnya masalah dan kegilaan tidak dapat berkembang dalam masyarakat berkemanusiaan," tambah beliau lagi.

Menurut laporan TNA dari London, Jemaah Ahli Sunnah Britain menyelenggarakan lebih dari 400 masjid dan pusat Islam serta kebudayaan yang berkaitan dengan Ahli Sunnah yang menganjurkan kegiatan agama dan kebudayaan ribuan umat Islam dari berbagai pecahan Ahli Sunnah.