Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Rabu

22 Oktober 2014

7:53:56 PTG
646167

Bahagian pertama;

Analisa jamak antara dua solat dari pandangan Syiah dan Ahlusunnah

Analisa jamak antara dua solat dari pandangan Syiah dan Ahlusunnah

 Bahagian pertama;

Analisa jamak antara dua solat dari pandangan Syiah dan Ahlusunnah

Mukadimah:

Salah satu masalah perselisihan di antara Syiah dan Ahli Sunnah ialah menghimpunkan dan memisahkan solat yang mempunyai perkongsian waktu seperti solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya.

Tulisan ini cuba menganalisa pandangan antara kedua-dua firqah, oleh kerana itu subjek ini akan disediakan dalam dua bahagian.

 

Analisa pandangan Syiah dan Ahli Sunnah tentang penghimpunan antara dua solat.

 

Bagi menghuraikan perbahasan dan menjelaskannya dengan lebih luas, maka sebagai pengantar pandangan Syiah dan Ahli Sunnah dibentangkan secara ringkas.

Bahagian pertama: Pandangan Syiah

Semua umat Islam sepakat bahawa penghimpunan antara dua solat Zuhur dan Asar di Arafah, Maghrib dan Isya di Muzdalifah adalah diharuskan dan dituntut sebagaimana Ayatullah Subhani terangkan:

فجميع الفقهاء يجوزون الجمع بين الصلاتين : الظهر والعصر في عرفة والمغرب والعشاء في المزدلفة .

Semua ulama fikah (Syiah dan Ahli Sunnah) mengharuskan penghimpunan antara dua solat, Zuhur dan Asar di Arafah, Maghrib dan Isya dial-Muzdalifah.

- Al-Subhani, Sheikh Ja’far, al-‘Aqidah al-Islamiyah ‘Ala Dhu Madrasah Ahlul Bait (a.s), halaman 340, tahqiq: Naql Ila al-‘Arabiyyah: Ja’far al-Hadi, penerbit: Muasasah Imam Ja’fa al-Sadiq, percetakan I’timad, Qom, cetakan pertama tahun 1419 H 1998 M.

Namun selain dari perkara ini, kedua-dua Syiah dan Ahli Sunnah mempunyai pandangan yang berbeza.

Menurut mazhab Ahlul Bait (a.s), penghimpunan antara dua solat (Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya) adalah dibolehkan secara muktamad dalam apa jua keadaan (Samada dalam watan, atau ketika bermusafir, sakit atau sihat, dengan keuzuran atau tanpa keuzuran, turunnya hujan atau ketiadaan hujan).

As-Syahid Awwal menerangkan pandangan Syiah seperti berikut:

الخامسة : لا خلاف عندنا في جواز الجمع بين الظهر والعصر ، حضرا وسفرا ، للمختار وغيره . ورواه العامة عن : علي عليه السلام وابن عباس وابن عمر وأبو موسى وجابر وسعد بن أبي وقاص وعائشة. وروى ابن عباس : ان النبي صلى الله عليه وآله جمع بين الظهرين والعشائين من غير خوف ولا سفر وفي لفظ آخر : من غير خوف ولا مطر وكلاهما في الصحاح .

Yang ke-lima: Tidak ada perselisihan pada kita dalam membolehkan jamak antara Zuhur dan Asar, dalam keadaan tidak kemana-mana dan bermusafir, bagi yang bebas memilih dan selainnya (bebas atau terpaksa). Umat Islam umumnya (Ahli Sunnah) meriwayatkan daripada Ali (a.s), Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Abu Musa, Jabir, Sa’ad ibnu Abi Waqqas dan Aisyah. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Sesungguhnya Nabi (s.a.w) menjamakkan dua Zuhur dan dua Isya bukan kerana ketakutan, perjalanan. Dalam lafaz yang lain baginda: Bukan kerana ketakutan, hujan dan kedua-duanya di dalam kitab-kitab Sahih.

Namun memisahkan kedua-duanya, atau melaksanakan setiap satu dalam waktunya menurut pandangan fikah Syiah adalah mustahab sebagaimana yang dikatakan oleh Syahid Awwal:

وبالجملة كما علم من مذهب الإمامية جواز الجمع بين الصلاتين مطلقا ، علم منه استحباب التفريق بينهما بشهادة النصوص والمصنفات بذلك .

Secara keseluruhannya sebagaimana yang diketahui dalam mazhab Syiah Imamiyah, dibolehkan penghimpunan antara dua solat secara mutlak, sebagaimana itu juga diketahui bahawa harus untuk memisahkan antara kedua-duanya dengan kesaksian nas-nas riwayat dan karangan-karangan kitab mengenainya.

- Al-'Amili al-Jizzini, Muhammad bin Jamal al-Din Makki, al-Syahid Al-Awwal, jilid 2, muka surat 335

Pengarang kitab al-'Urwah juga berkata:

يستحب التفريق بين الصلاتين المشتركتين في الوقت كالظهرين والعشاءين.

Diharuskan memisah antara dua solat yang berkongsi waktu seperti dua Zuhur dan dua Isya.

- Al-Tabataba'i, al-Yazdi, al-Sayid Muhammad Kazim (meninggal dunia tahun 1337 Hijrah), al-Urwatul Wusqa, jilid 2, muka surat 262, tahqiq: Mu'asasaj al-Nasyr al-Islami, Penerbit: Mu'asasah al-Nasyr al-Islami al-Tabi' Li Jamaah al-Mudarrisin Bi Qom al-Musyarrafah, cetakan pertama, tahun cetakan 1417 H.

 

Mendirikan dua solat yang berkongsi waktu secara berasingan seperti Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isya adalah Mustahab.

 

Terdapat riwayat yang menyatakan keharusan solat secara berasingan:

Riwayat pertama:

Muhammad bin Hakim bekata: Aku mendengar daripada Imam Kazim (a.s) berkata: Ketika engkau ingin menjamakkan dua solat, janganlah solat Nafilah di antaranya.

[3] مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْخَطَّابِ عَنِ الْحُسَيْنِ بْنِ سَيْفٍ عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي الْحَسَنِ عليه السلام قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ إِذَا جَمَعْتَ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ فَلَا تَطَوَّعْ بَيْنَهُمَا.

- Al-Kulaini al-Razi, Abu Ja'far Muhammad bin Ya'qub bin Ishaq (meninggal dunia tahun 328 Hijrah), al-Ushul Min al-Kafi, jilid 3 muka surat 287, muka surat 3, penerbit Islamiyah, Tehran, cetakan kedua tahun 1362 Hijrah.

Riwayat kedua:

[4] عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى عَنِ ابْنِ فَضَّالٍ عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ قَالَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَكِيمٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْحَسَنِ عليه السلام يَقُولُ الْجَمْعُ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ إِذَا لَمْ يَكُنْ بَيْنَهُمَا تَطَوُّعٌ فَإِذَا كَانَ بَيْنَهُمَا تَطَوُّعٌ فَلَا جَمْعَ.

Muhammad bin Hakim berkata: Aku mendengar Imam Musa al-Kazim (a.s) berkata: Jamak di antara dua solat didirikan ketika tidak ada di antara keduanya solat Nafilah. Sekiranya ada di antara keduanya solat Nafilah maka tidak ada jamak.

- Al-Kulaini al-Razi, Abu Ja'far Muhammad bin Ya'qub bin Ishaq (meninggal dunia tahun 328 Hijrah), al-Ushul Min al-Kafi, jilid 3 muka surat 287, muka surat 287, hadis 4, penerbit Islamiyah, Tehran, cetakan kedua tahun 1362 Hijrah.

Pensahihan riwayat ini di kalangan fuqaha Syiah.

Riwayat ini adalah muktabar menurut fuqaha Syiah dan mereka telah menjelaskan perkara demikian.

Muhaqqiq al-Bahrani turut mengesahkan riwayat ini sambil berargumen dengannya:

ومما يدل على أن الجمع عبارة عن عدم النافلة بين الفرضين وأنه مع النافلة لا جمع وإن كان في وقت واحد موثقة محمد بن حكيم قال: سمعت أبا الحسن (عليه السلام) يقول الجمع بين الصلاتين إذا لم يكن بينهما تطوع فإذا كان بينهما تطوع فلا جمع.

Daripada apa yang ditunjukkan tentang jamak ialah pernyataan tentang ketiadaan solat Nafilah di antara dua solat fardhu meskipun di dalam satu waktu. Sebagaimana riwayat Muhammad bin Hakim yang tsiqah, beliau berkata: Aku mendengar Abal Hasan (a.s) berkata: Sesungguhnya solat fardhu yang dijamakkan ialah tidak diiringi Nafilah di antara kedua solat itu. Ketika ada solat Nafilah di antara keduanya maka ia tidak dijamakkan.

- Al-Bahrani, Sheikh Yusuf (meninggal dunia tahun 1186 Hijrah), al-Hada'iq al-Nadhirah Fi Ahkam al-'Itrah al-Tahirah, jilid 7 muka surat 379, penerbit: Yayasan al-Nasyr al-Islami al-Tabi' Li Jama'ah al-Mudarrisin Bi Qom al-Musyrafah, menurut software Maktabah Ahlul Bait.

Al-Marhum pengarang al-Jawahir juga turut mentsiqahkan kedua-duanya dan menulis:

ولقول أبي الحسن (ع) في موثق محمد بن حكيم المروي في الكافي (إذا جمعت بين الصلاتين فلا تطوع بينهما) بل في موثقة الآخر عنه (ع) أيضا (الجمع بين الصلاتين إذا لم يكن بينهما تطوع ، فإذا كان بينهما تطوع فلا جمع).

Ini disebabkan ucapan Abul Hasan Imam Musa al-Kazim  (a.s), diriwayatkan oleh Muhammad bin Hakim yang terpercaya di dalam al-Kafi (Sekiranya engkau ingin menjamakkan antara dua solat, maka janganlah dirikan solat Nafilah di antara kedudanya), bahkan di dalam hadis yang terpercaya yang lain juga telah diriwayatkan daripada beliau (Penghimpunan antara dua solat adalah ketika tidak ada di antara keduanya solat nafilah, sekiranya ada solat nafilah di antara keduanya, maka tidak ada jamak).

- Al-Najafi, al-Sheikh Muhammad Hasan (meninggal dunia tahun 1266 Hijrah), Jawahir Kalam Fi Sharh Shara'i al-Islam, jilid 9 muka surat 38, Tahqiq wa Ta'liq wa Tashih: Mahmud al-Ghucani, penerbit: Dar al-Kutub al-Islamiyah - Tehran, cetakan ke-enam 1363 Syamsi.

Ridha Hamdani turut menganggap kedua-dua riwayat ini sebagai tsiqah dan menulis:

بعض الأخبار الدالة على حصول التفريق بين الصلاتين بفعل النافلة كموثقة محمد بن حكيم قال سمعت أبا الحسن موسى عليه السلام يقول الجمع بين الصلاتين إذا لم يكن بينهما تطوع فإذا كان بينهما تطوع فلا جمع وموثقته الأخرى قال سمعت أبا الحسن عليه السلام يقول إذا جمعت بين الصلاتين فلا تطوع بينهما.

Sebahagian riwayat menunjukkan terjadinya pemisahan antara dua solat dengan mendirikan nafilah, seperti riwayat Muhammad bin Hakim yang terpercaya, beliau berkata: Aku mendengar Aba al-Hasan (a.s) berkata: Sekiranya engkau ingin menjamakkan antara dua solat, maka janganlah dirikan solat nafilah antara kedua-duanya.

- Al-Hamdani, Agha Reza (meniggal dunia pada tahun 1322 Hijrah), Misbah al-Faqih, jilid 2 muka surat 209, penerbit Mansyurat Maktabah al-Shadr - Tehran, penerbit Haidari, Cetakan Hijriyah menurut software Perpustakaan Ahlul Bait (a.s).

Al-Marhum Sheikh Abdul Karim Ha'iri juga secara jelas mentsiqahkan kedua-dua riwayat tersebut:

ويدل على ذلك أيضا موثقة محمد بن حكيم قال سمعت أبا الحسن موسى عليه السلام يقول الجمع بين الصلاتين إذا لم يكن بينهما تطوع فإذا كان بينهما تطوع فلا جمع وبهذا المضمون موثقته الأخرى .

Ia menunjukkan tentang perkara tersebut (Jamak antara dua solat tanpa nafilah) oleh Muhammad bin Hakim yang terpercaya, beliau berkata: Aku mendengar Abal Hasan Musa (a.s) berkata: Penghimpunan antara dua solat ialah ketika tidak didirikan antara keduanya solat nafilah. Sekiranya ada solat Nafilah antara keduanya maka janganlah dijamakkan. Terdapat perkara ini dalam riwayat lain yang ditsiqahkan.

- Al-Ha'iri, Sheikh Abdul Karim, Kitab al-Solat, muka surat 117, penerbit: Markaz Intisyarat Daftar Tablighat Islami, Qom, Iran, tahun cetakan 1362.

Di sini jelaslah bahawa:

Pertama: Pandangan Syiah menurut riwayat muktabar ini, mendirikan solat yang mempunyai waktu bersama secara terpisah adalah mustaha;

Kedua: Salah satu cara menjamakkan antara dua solat ialah tidak mendirikan solat nafilah. Dalam kata lain, menunaikan solat nafilah boleh menghalang jamak antara dua solat; sebagaimana yang dirulis oleh Agha Ridha Hamdani yang menukilkan riwayat sebelum ini:

فالموثقة الأولى بظاهرها تدل على أن الفصل بين الفريضتين بالتطوع مانع عن حصول الجمع بينهما والظاهر أنه أريد به مانعيته حقيقة لامر باب التعبد الشرعي فتدل بالفحوى على ممانعة سائر المشاغل التي لا تعلق لها بالصلاة ...

Secara zahirnya riwayat pertama yang ditsiqahkan menunjukkan bahawa solat nafilah di antara dua fardhu mencegah daripada penunaian solat jamak antara keduanya. Secara zahirnya juga solat nafilah merupakan pencegahan hakiki dari bab pengabdian syar'i, oleh itu riwayat dari jalur pertama ini menunjukkan pekerjaan lain yang berkaitan dengan solat tidaklah mencegah jamak antara solat-solat...

- Al-Hamdani, Agha Ridha (meninggal dunia tahun 1322 Hijrah) Misbah al-Faqih, jilid 2 muka surat 209.

Riwayat pengharusan jamak di antara kedua solat.

 

Menurut riwayat Syiah, diharuskan penghimpunan antara dua solat dalam keadaan musafir dan kadangkala insan mempunyai keuzuran. Tidak ada keraguan dalam situasi ini namun dalam situasi yang tidak ada keuzuran, jamak antara dua solat dibolehkan. Riwayat Syiah dalam perkara ini digolongkan dalam beberapa bahagian:

 

Bahagian pertama: Catatan sirah Rasulullah (s.a.w) mengenai penghimpunan antara dua solat.

 

Terdapat banyak riwayat yang dinukilkan daripada Imam Baqir (a.s) dan Imam Sodiq (a.s) mengenai sirah Nabi (s.a.w) mengenai perhimpunan antara dua solat (dalam situasi biasa).

 

Riwayat pertama: Daripada Imam Baqir (a.s) yang sahih persanadannya.

 

Dalam riwayat yang sahih, Imam Baqir (a.s) berkata:

 

روي الْحُسَيْنِ بْنِ سَعِيدٍ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ أُذَيْنَةَ عَنْ رَهْطٍ مِنْهُمُ الْفُضَيْلُ وَ زُرَارَةُ عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ عليه السلام أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلي الله عليه وآله جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَ الْعَصْرِ بِأَذَانٍ وَ إِقَامَتَيْنِ وَ جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَ الْعِشَاءِ بِأَذَانٍ وَاحِدٍ وَ إِقَامَتَيْنِ .

 

Rasulullah (s.a.w) menjamakkan solat Zuhur dan Asar dengan satu azan dan dua iqomah, begitu juga solat Maghrib dan Isya dengan satu azan dan dua iqomah.

- Al-Sheikh al-Tusi, Tahdzib al-Ahkam, jilid 3 muka surat 18.

Pensahihan sanad riwayat:

Riwayat ini telah disahihkan oleh ulama Syiah di mana artikel ini akan menyebutkan beberapa di antaranya. Allamah Muhammad Baqir Majlisi di dalam kitab Mulla al-Akhyar menulis:

الحديث السادس و الستون: صحيح.

Riwayat ke enam puluh enam: Sahih.

- Majlisi, Muhammad Taqi, malaz al-akhyar fi fahm tahdhib al-akhbar, jilid 4 muka surat 674.

Muhaqqiq Bahrani juga mensahihkan hadis ini di bawah syarah riwayat lain:

ويؤيده اطلاق ما رواه في التهذيب في الصحيح عن رهط : منهم - الفضيل وزرارة عن أبي جعفر (عليه السلام) أن رسول الله (صلى الله عليه وآله) جمع بين الظهر والعصر وكذلك المغرب والعشاء الآخرة بأذان واحد وإقامتين.

Riwayat ini disokong secara muktamad sebagaimanya yang diriwayatkan dalam kitab al-Tahdzib daripada satu kumpulan seperti Fuzail dan Zararah, daripada Imam Baqir (a.s) bahawa Rasulullah (s.a.w) telah menjamakkan antara solat Zuhur dan Asar, begitu juga Maghrib dan Isya sehingga akhir hadis dengan satu azan dan dua iqomah.

- Al-Bahrani, al-Sheikh Yusuf (meninggal dunia tahun 1186 Hijrah), al-Hada'iq al-Nadhirah Fi Ahkam al-'Itrah al-Tahirah, jildi 6 muka surat 193, penerbit Mu'asasah al-Nasyr al-Islami al-Tabi'ah Li Jama'ah al-Mudarrisin Bi Qom, menurut software Maktabah Ahlul Bait.

Al-Marhum pengarang Jawahir turut menulis:

وفي صحيح عمر بن أذينة عن رهط منهم الفضيل وزرارة عن أبي جعفر (ع) (أن رسول الله صلى الله عليه وآله) جمع بين الظهر والعصر بأذان وإقامتين ، وجمع بين المغرب والعشاء بأذان واحد وإقامتين)

Di dalam hadis sahih, Umar bin Uzainah meriwayatkan daripada satu kumpulan, antara mereka ialah al-Fudhail dan Zararah, daripada Imam Ja'far (a.s) sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) menjamakkan antara Zuhur dan Asar dengan satu azan dan dua iqomah, baginda juga menjamakkan Maghrib dan Isya dengan satu azan dan dua iqomah.

- Al-Najafi, al-Sheikh Muhammad Hasan (meninggal dunia tahun 1266 Hijrah), Jawahir al-Kalam Fi Syarh Syarai' al-Islam, jilid 9 muka surat 33.

Artikel ini mencukupi dengan penjelasan ucapan daripada ulama besar ini mengenai kesahihan riwayat tersebut dan tidak perlu lagi menganalisa sanadnya. Akhirnya menurut hadis sahih ini, Rasulullah (s.a.w) telah menunaikan solat-solat musytarak dalam situasi biasa.

Riwayat kedua: Daripada Imam Ja'far al-Sodiq dengan persanadan yang sahih.

Imam Ja'far al-Sodiq dalam berbilang riwayat menceritakan tentang sirah Rasulullah (s.a.w) menjamakkan antara dua solat. Antara riwayat tersebut yang sahih ialah:

886- و رَوَي عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سِنَانٍ عَنِ الصَّادِقِ عليه السلام أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلي الله عليه وآله جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَ الْعَصْرِ بِأَذَانٍ وَ إِقَامَتَيْنِ وَ جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَ الْعِشَاءِ فِي الْحَضَرِ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ بِأَذَانٍ وَاحِدٍ وَ إِقَامَتَيْنِ.

Abdullah bin Sinan menukilkan daripada Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Jamak antara Zuhur dan Asar dapat didirikan dengan satu azan dan dua iqomah, begitu juga jamak antara Maghrib dan Isya dalam situasi yang menetap dalam satu tempat tanpa sebarang illah.

- Al-Saduq, Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Husain (meninggal dunia tahun 381 Hijrah), Man La Yahduruhul Faqih, jildi 1 muka surat 287, hadis 886, Tahqiq Ali Akbar al-Ghaffari, penerbit Jami'ah Mudarrisin Hawzah Ilmiyah Qom.

Dalam kitab Man La Yahduruhul Faqih riwayat di atas tidak didatangkan dengan persanadan yang langkap, namun Sahib Mualim membawa sanad yang lengkap seperti berikut:

محمد بن علي بن الحسين ، عن أبيه ، عن عبد الله بن الجعفر الحميري ، عن أيوب بن نوح ، عن محمد بن أبي عمير ، عن عبد الله بن سنان ، عن الصادق عليه السلام أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم جمع بين الظهر والعصر بأذان وإقامتين ، وجمع ين المغرب والعشاء في الحضر من غير علة بأذان وإقامتين.

- Muntaqa al-Juman, al-Sheikh Hasan Sahib al-Mualim, jilid 1 muka surat 390

Pensahihan sanad riwayat daripada ulama Syiah:

Persanadan riwayat ini adalah sahih, para ulama besar Syiah telah menjelaskannya; Dari sini cukuplah artikel ini membawa pernyataan beberapa ulama Syiah tanpa menerangkan satu per satu perawinya:

1. 'Allamah Muhammad Taqi Majlisi:

Selepas menukilkan sanad ini beliau menulis:

«و روى عبد الله بن سنان» في الصحيح‏ «عن الصادق عليه السلام إلخ» و يدل على جواز الجمع بين الصلاتين في وقت واحد في الحضر من غير علة و في معناه أخبار كثيرة، و في بعضها ليتسع الوقت على أمته فما وقع من التفريق محمول على الاستحباب‏.

Abdullah bin Sinan di dalam hadis sahih meriwayatkan dariada Imam Ja'far al-Sodiq (a.s)... dan ia menunjukkan tentang harusnya menjamak antara dua solat dalam satu masa ketika tidak ke mana-mana tanpa sebab, dan banyak lagi riwayat yang sama makna dengannya. Sebahagiannya menyatakan bahawa sebab amalan ini bertujuan mempermudahkan umat memanfaatkan waktu (ini disebabkan umat mengalami kesulitan sekiranya mendirikan solat secara terpisah), oleh itu riwayat yang menyatakan solat secara terpisah adalah dikeranakan mustahab.

- Majlisi, Muhammad Taqi bin Maqsud Ali, Raudhatul Muttaqin Fi Syarh Man La Yahdhuruhul Faqih, Percetakan al-Qadimiyah, jilid 2 muka surat 236.

 

2. Muhaqqiq Bahrani:

Beliau juga berkata:

وما رواه الصدوق في الفقيه في الصحيح عن عبد الله بن سنان عن الصادق ( عليه السلام ) أن رسول الله ( صلى الله عليه وآله ) جمع بين الظهر والعصر بأذان وإقامتين وجمع بين المغرب والعشاء في الحضر من غير علة بأذان وإقامتين.

Apa yang diriwayatkan oleh al-Saduq di dalam al-Faqih, hadis sahih daripada Abdullah bin Sinan, daripada Imam Ja'far al-Sadiq (a.s), bahawa Rasulullah (s.a.w) menjamakkan solat Zuhur dan Asar dengan satu azan dan dua iqomah. Baginda juga menjamakkan antara solat Maghrib dan Isya ketika menetap tanpa sebab dengan satu azan dan dua iqomah.

- Al-Bahrani, Al-Sheikh Yusuf (meninggal dunia tahun 1186 Hijrah), Al-Hadaiq al-Nadhirah Fi Ahkam al-Itrah al-Tahirah, jilid 6 muka surat 192.

3. Muhaqqiq Naraqi:

Beliau juga menjelaskan kesahihan riwayat ini setelah membawa dalil pertama berkenaan dengan kemustahaban jamak:

مع أنه صرح في الأخبار بأنه قد كان يجمع من غير علة أيضا ، كما في صحيحة ابن سنان : ( إن رسول الله صلى الله عليه وآله جمع بين الظهر والعصر بأذان وإقامتين ، وجمع بين المغرب والعشاء في الحضر من غير علة بأذان وإقامتين ) .

- Al-Naraqi, al-Mawla Ahmad bin Muhammad Mahdi (meninggal dunia tahun 1245 H), Mustanad al-Syi'ah Fi Ahkam al-Syari'ah, jilid 4 muka surat 140, Tahqiq Mu'asasah Al Bait Alaihimus Salam Li Ihya Turats - Masyhad al-Muqaddasah, penerbit: Mu'asasah Al al-Bait Alaihim As-Salam Li Ihya al-Turath - Qom, percetakan Sitarah, cetakan pertama 1415.

 

4. Sahib al-Jawahir:

Sahib Jawahir juga berkata:

ففي صحيح عبد الله ابن سنان عن الصادق (ع) (أن رسول الله صلى الله عليه وآله) جمع بين الظهر والعصر بأذان وإقامتين، وجمع بين المغرب والعشاء في الحضر من غير علة بأذان وإقامتين).

Di dalam hadis Sahih, Abdullah biin Sinan meriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) (Rasulullah s.a.w) menjamak solat Zuhur dan Asar dengan satu azan dan dua iqomah, begitu juga Maghrib dan Isya dalam situasi menetap di suatu tempat tanpa sebab tertentu dengan satu azan dan dua iqomah.

- Al-Najafi, al-Sheikh Muhammad Hasan (meninggal dunia 1266 Hijrah), Jawahir al-Kalam Fi Sharh Syarai' al-Islam, jilid 9 muka surat 33, Tahqiq wa Ta'liq wa Tashih: Mahmud al-Qucani, penerbit: Dar al-Kutub al-Islamiyah - Tehran, cetakan keenam 1363 Shamsi.

5. Agha Ridha Hamdani:

Beliau juga menganggap riwayat ini sebagai sahih:

Hadis Sahih Abdullah bin Sinan daripada Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) menjamakkan Zuhur dan Asar dengan satu azan dan dua iqomah...

- Al-Hamdani, Agha Ridha (meninggal dunia tahun 1322 Hijrah), Misbah al-Faqih, jilid 2 muka surat 208, penerbit Mansyurat Maktabah al-Sadr - Tehran, penerbit Haidari, Percetakan Hijriyah, menurut software Perpustakaan Ahlul Bait (a.s).

Riwayat kedua: Daripada Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) dengan persanadan yang sahih.

1 حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ إِدْرِيسَ رَحِمَهُ اللَّهُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحَكَمِ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَمَّارٍ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عليه السلام قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلي الله عليه وآله صَلَّى الظُّهْرَ وَ الْعَصْرَ فِي مَكَانٍ وَاحِدٍ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ وَ لَا سَبَبٍ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ وَ كَانَ أَجْرَأَ الْقَوْمِ عَلَيْهِ أَ حَدَثَ فِي الصَّلَاةِ شَيْ‏ءٌ قَالَ لَا وَ لَكِنْ أَرَدْتُ أَنْ أُوَسِّعَ عَلَى أُمَّتِي.

Dalam hadis sahih yang lain, Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) menerangkan bahawa Rasulullah (s.a.w) mendirikan solat Zuhur bersama solat Asar sekali gus tanpa keuzuran dan sebab. Dalil yang diterangkan ialah untuk memudahkan umat baginda:

- Al-Saduq, Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Husain (meninggal dunia tahun 381 Hijrah), Ilal al-Syarai', jilid 2 muka surat 321, Tahqiq wa Taqdim: al-Sayid Muhammad Sadiq Bahrul Ulum, Penerbit Mansyurat al-Maktabah al-Haidariyah Wa Matbaba'atuha - al-Najaf al-Asyraf, cetakan tahun 1385 H - 1966 M.

 

Analisa sanad riwayat:

Beberapa orang yang berada dalam sanad ini adalah terpercaya menurut ulama rijal:

 

1. Al-Husain bin Ahmad bin Idris:

 

Beliau adalah salah seorang Masyayikh Sheikh Saduq Rahimahullah dan Masyayikh Ijazah. Sheikh Tusi menulis tentang beliau:

الحسين بن أحمد بن إدريس القمي الأشعري ، يكنى أبا عبد الله ، روى عنه التلعكبري ، وله منه إجازة .

Al-Husain bin Ahmad bin Idris al-Qummi al-Asya'ari, bergelar Aba Abdillah, al-Talla'ukbari meriwayatkan daripada beliau, dan beliau telah diberi ijazah untuk menukilkan hadis.

- Al-Tusi, al-Sheikh Abu Ja'far, Muhammad bin al-Hasan bin Ali bin al-Hasan (meninggal dunia tahun 460 Hijrah), Rijal al-Tusi, muka surat 423, Tahqiq: Jawad al-Qayyumi al-Isfahani, penerbit Mu'asasah al-Nasyr al-Islami - Qom, cetakan pertama 1415 Hijrah.

Sheikh Saduq Rahimahullah di dalam banyak hal memohon rahmat dan keredaan ke atas beliau. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah terpercaya di sisi Sheikh Saduq; Sebagaimana yang dijelaskan oleh kebanyakan ulama Syiah.

 Berkenaan dengan Sheikh Saduq yang beratus kali memohon keredaan dan rahmat ke atas Al-Husain, Agha Wahid Bahbahani mengulas:

وهذا يشير إلى غاية الجلالة وكثرة الرواية إلى القوة وكذا مقبولية الرواية وكذا رواية الجليل عنه ...

Ini menunjukkan betapa agungnya beliau dan perbuatan Syeikh Saduq yang menukilkan banyak riwayat daripadanya menunjukkan keutuhan perawi serta penerimaan hadis-hadisnya, termasuklah individu-individu besar lain yang menukilkan riwayat daripada beliau yang membuktikan beliau diterima....

- Al-Wahid al-Bahbahani (meninggal dunia tahun 1205 Hijrah), Ta'liqah 'Ala Manhaj al-Maqal, muka surat 138

 

Namazi Syahevardi turut menulis:

وكلما ذكره الصدوق ترحم وترضى عليه ، بل عن المج ترحم عليه أزيد من ألف مرة . فيستفاد من ذلك كله جلالته ووثاقته .

Setiap kali menyebut beliau Syeikh Saduq akan memohon keredaan dan rahmat ke atasnya, bahkan dari kitab Manhaj al-Maqal, Sheikh telah memohon rahmat ke atasnya lebih dari seribu kali. Cukuplah semua itu menunjukkan keagungannya dan kepercayaan terhadapnya.

- Al-Syahevardi, al-Sheikh Ali al-Namazi (meninggal dunia tahun 1405 H), jilid 3 muka surat 84, Mustadrakat 'Ilm Rijal al-Hadis, penerbit Ibnu al-Muallif, percetakan Syafagh, Tehran, cetakan pertama 1412 H.

 

'Allamah al-Hilli di dalam kitab Khulasah al-Aqwal menerangkan tentang ketsiqahan beliau dan menulis:

الحسين الأشعري القمي ، أبو عبد الله ، ثقة.

Al-Husain al-Asya'ari al-Qummi, Abu Abdillah, tsiqah.

- Al-Hilli al-Asadi, Jamal al-Din Abu Mansur al-Hasan bin Yusuf bin al-Mutahhar (meninggal dunia tahun 726 H), Khlasah al-Aqwal Fi Ma'rifah al-Rijal, muka surat 119, Tahqiq Fadhilah al-Sheikh Jawad al-Qayyumi, penerbit Mu'asasah Nasyr al-Fuqahah, cetakan pertama, 1417 H.

 

Ulama membahaskan bahawa apakah Husain al-Asya'ari al-Qummi yang telah ditsiqahkan oleh Allamah al-Hilli itu adalah Ahmad bin Idris, atau tidak? Sayid Muhsin Amin dan beberapa orang yang lain menyatakan bahawa kedua-dua nama itu adalah orang yang sama. Sayid Muhsin menulis:

الحسين الأشعري القمي أبو عبد الله ذكره العلامة في الخلاصة وقال ثقة وفي منهج المقال الظاهر أنه ابن أحمد بن إدريس المتقدم لا ابن محمد بن عمران الآتي اه وفي التعليقة كونه ابن أحمد لا يخلو من بعد لان النجاشي نص على توثيق ابن محمد واما ابن أحمد فلم ينص على توثيقه مع أن ابن أحمد لعله أشهر وأكثر ورودا في الاخبار من ابن محمد فكيف يترك الأول ويذكر الثاني موثقا .

Abu Abdillah Husain al-Asya'ari al-Qummi, Al-'Allamah al-Hilli menyebut nama beliau di dalam kitab Khulasah al-Aqwal dan mentsiqahkannya. Di dalam kitab Minhaj al-Maqal juga terdapat: Secara zahirnya Husain al-Asya'ari adalah Ahmad bin Idris yang tersebut sebelumnya, bukan Hasan bin Muhammad bin 'Imran yang akan kami sebutkan nanti. Terdapat di dalam kitab Ta'liqah Bar Minhaj al-Maqal bahawa tidaklah mustahil sekiranya maksud beliau Husain al-'Asya'ari itu adalah Ahmad bin Idris; Ini disebabkan al-Najasyi secara jelas mentsiqahkan Husain bin Muhammad bin 'Imran sedangkan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang ketsiqahan Husain bin Ahmad bin Idris. Padahal Husain bin Ahmad lebih masyhur dan terdapat namanya ini lebih dari Husain bin Ahmad; Tidak mungkin Allamah al-Hilli meninggalkan Husain bin Ahmad dan mentsiqahkan Husain bin Muhammad bin 'Imran.

- Al-Amin, Al-Sayid Muhsin (meninggal dunia tahun 1371 H), A'yan al-Syi'ah, jilid 5 muka surat 458, Tahqiq wa Takhrij Hasan al-Amin, penerbit Dar al-Ta'aruf Li Matbu'at, Beirut - Lubnan, tahun cetakan 1403 H - 1983.

Sebagai kesimpulan, Husain bin Ahmad bin Idris menurut pandangan 'Allamah al-Hilli adalah tsiqah dan bagi pandangan ulama besar yang lain, permohonan rahmat dan rida Sheikh Sadiq membuktikan keagungan dan keterpercayaan beliau.

 

2. Ahmad bin Idris al-Qummi:

Beliau adalah ayah kepada Husain bin Ahmad bin Idris yang merupakan perawi hadis sebelumnya. Menurut pandangan ulama rijal Syiah, beliau adalah tsiqah. Al-Najasyi menulis tentang beliau:

أحمد بن إدريس بن أحمد أبو علي الأشعري القمي كان ثقة ، فقيها ، في أصحابنا ، كثير الحديث ، صحيح الرواية.

Ahmad bin Idris bin Ahmad Abu 'Ali al-Asya'ari al-Qummi adalah Tsiqah, Faqih, salah seorang Ashab kami, banyak hadisnya, riwayat yang sahih.

- Al-Najasyi al-Asadi al-Kufi, Abu al-'Abbas Ahmad bin Ali bin Ahmad bin al-'Abbas (meninggal dunia tahun 450 H), Fihrist Asma' Musannafi al-Syi'ah Bi Rijal al-Najasyi, muka surat 92, Tahqiq al-Sayid Musa al-Syabiri al-Zanjani, Penerbit Mu'asasah al-Islami - Qom, cetakan kelima, 1416 Hijrah.

 

3. Ahmad bin Muhammad Isa al-Asya'ari al-Qummi:

Beliau juga merupakan salah seorang ulama Syiah dan terpercaya. Najasyi menulis tentangnya:

أحمد بن محمد بن عيسى ... الأشعري. .... يكنى أبا جعفر، وأبو جعفر رحمه الله شيخ القميين، ووجههم، وفقيههم،

Amad bin Muhammad bin 'Isa... al-Asya'ari.. bergelar Aba Ja'far, Abu Ja'far Rahimahullah , ulama warga Qom, individu yang mempunyai martabat tinggi dan faqih bagi mereka.

- Al-Najasyi al-Asadi al-Kufi, Ahmad bin Ali, Rijal al-Najasyi, muka surat 82.

 

4. Ali bin al-Hakam al-ANbari:

Al-Najasyi memperkenalkan beliau seperti berikut:

علي بن الحكم بن الزبير النخعي أبو الحسن الضرير ...

Al-Najasyi al-Asadi al-Kufi, Ahmad bin Ali, Rijal al-Najasyi, muka surat 274

Sheikh al-Tusi mentsiqahkan beliau dan menulis:

علي بن الحكم الكوفي ، ثقة ، جليل القدر .

Ali bin Hakam al-Kufi, seorang yang tsiqah dan individu yang tinggi martabatnya

- Al-Tisi, al-Syeikh Abu Ja'far, Muhamad bin al-Hasan bin Ali bin al-Hasan (meninggal dunia tahun 460 Hijrah), al-Fihrist, muka surat 151, Tahqiq al-Sheikh Jawad al-Qayyumi, penerbit Mu'asasah Nasyr al-Faqqahah, percetakan Yayasan al-Nasyr al-Islami, cetakan pertama 1417 H.

Di kalangan ulama rijal, terdapat perselisihan apakah Ali bin Hakam al-Anbari merupakan Ali bin Hakam al-Kufi yang ditsiqahkan oleh Syeikh al-Tusi? atau beliau adalah individu yang berbeza?

Al-Marhum Kalbasi menyatakan bahawa kepercayaan ulama terkemudiaan (muta'akhkhirin) ialah kedua-duanya adalah individu yang sama. Beliau membawa 12 orang ulama terkemudian yang mempunyai kepercayaan seperti itu:

فعن المتأخرين القول بأنه متحد، وحديثه صحيح. وعن شيخنا البهائي القول بالاتحاد، وتخطئة القول بالتعدد . ...

Ulama terkemudian percaya kedua-dua itu merupakan individu yang sama dan riwayatnya adalah sahih. Syeikh Baha'i menyatakan mereka orang yang sama dan kepercayaan bahawa mereka invidividu yang berbeza adalah batil.

Setelah menukilkan nama-nama ulama, beliau sendiri juga meyakini bahawa mereka adalah individu yang sama:

والأظهر القول بالاتحاد ؛ لوجوه : ...

Dan yang lebih zahir ialah pandangan bahawa mereka itu orang yang sama atas beberapa dalil iaitu....

- Al-Kalbasu, Abi al-Ma'ali Muhammad bin Muhammad Ibrahim (meninggal dunia tahun 1315 Hijrah), al-Rasa'il al-Rijaliyah, jilid 3 muka surat 310, Tahqiq Muhammad Husain al-Dirayati, penerbit Dar al-Hadis Li Tiba'ah wa al-Nasyr - Qom, cetakan pertama 1423 H - 1381 Shamsi

Al-Marhum Haji al-Nuri dalam kitab Khatimah al-Mustadrak menganggap mereka adalah seorang individu dan kemungkinan individu berbeza adalah kepercayaan yang salah:

وعلي بن الحكم هو الكوفي الأنباري الثقة الجليل ، كثير الرواية ، ابن أخت داود بن النعمان بياع الأنماط ، وتلميذ ابن أبي عمير ..

واحتمال التعدد فيه لأن الكشي ذكره ووصفه بالأنباري ، والنجاشي بالنخعي، والفهرست بالكوفي، توهم فاسد ، وقرائن الاتحاد كثيرة مذكورة في الكتب المبسوطة.

Ali bin al-Hakam ialah al-Kufi al-Anbar, tsiqah, al-Jalil, banyak meriwayatkan hadis, beliau anak saudara perempuan Daud al-Nu'man Baya' dan anak murid Ibnu Abi 'Umair...

واحتمال التعدد فيه لأن الكشي ذكره ووصفه بالأنباري ، والنجاشي بالنخعي، والفهرست بالكوفي، توهم فاسد ، وقرائن الاتحاد كثيرة مذكورة في الكتب المبسوطة.

Kemungkinan berbilang individu (Kerana al-Kasysyi menyebut dan menyifatkannya sebagai al-Anbari, dan Najasyi dengan Nakha'i, dan Syeikh al-Tusi dengan al-Kufi) adalah satu sangkaan yang salah. Indikasi-indikasi telah menunjukkan bahawa beliau hanyalah satu individu, ia telah sebut diterangkan dalam kitab-kitab secara meluas.

- Al-Tabarsi, Mirza al-Syeikh Husain al-Nuri (meninggal dunia tahun 1320 H), Khatimah al-Mustadrak, jilid 4 muka surat 492, Tahqiq Mu'asasah Al Bait Alaihis Salam Li Ihya Turats, Penerbit Mu'asasah Al Bait Alaihis Salam Li Ihya Turats - Qom - Iran, cetakan pertama 1415 H.

 

Agha Namazi Shahevardi juga menukilkan kepercayaan Allamah al-Mamaqani mengenai satu individu:

وقال المامقاني : واختار الاتحاد جمع من الأواخر . ثم ذكرهم واستشهد للاتحاد بأمور سبعة واختار هو الاتحاد .

Al-Mamaqani berkata:

Kumpulan ulama terkemudian (muta'akhkhirin) memilih bahawa dua nama itu adalah "satu orang", kemudian nama-nama mereka disebut bersama tujuh dalil.

Agha Shahevardi juga turut percaya bahawa dua orang ini adalah individu yang sama:

9964 - علي بن الحكم بن الزبير :... وقد عرفت الاتحاد . ..

9965 - علي بن الحكم الكوفي : ثقة جليل القدر ولا خلاف فيه .

- Al-Shahevardi, al-Sheikh Ali al-Namazi (meninggal dunia tahun 1405 Hijrah), Mustadrak Ilm Rijal al-Hadis, jilid 5 muka surat 360

 

Ayatullah al-Kho'ie turut berpandangan ittihad (dua nama namun individu yang sama):

أقول : لا شك في اتحاد من ترجمه النجاشي مع من ترجمه الشيخ ، وذلك لبعد أن يكون المسمى بعلي بن الحكم رجلين ، لكل منهما كتاب ، رواه سعد ، عن البرقي ، عنهما ، فيقتصر النجاشي على ذكر أحدهما ، ويقتصر الشيخ على الآخر .

Saya berkata: Tidak syak lagi bahawa terdapat ittihad dalam terjemah perihal rawi yang dilakukan al-Najashi dengan al-Syeikh al-Tusi. Ini disebabkan mustahil seorang individu bernama Ali bin Hakam adalah dua individu yang berbeza sedangkan kedua-duanya memiliki satu karya kitab yang mana Sa'ad telah menukilkan hadis daripada al-Barqi dan kedua-duanya menukilkan daripada individu yang sama. Cukuplah al-Najasyi menyebutkan salah satu daripada dua nama tersebut manakala Syeikh al-Tusi menukilkan yang satu lagi.

 

Dalam kitab Rijal al-Najashi, mengenai perihal Abu Shu'aib al-Mahamali dinyatakan seperti berikut:

أبو شعيب المحاملي كوفي ، ثقة ، من رجال أبي الحسن موسى عليه السلام ، مولى علي بن الحكم بن الزبير الأنباري .

Abu Syu'ib al-Mahamali Kufi, Tsiqah, daripada rijal Abil Hasan Musa bin Ja'far(a.s), hamba Ali bin al-Hakam bin al-Zubair al-Anbari

- Al-Najasyi, Rijal al-Najasyi, muka surat 456

 

Perkara ini menunjukkan bahawa Ali bin Hakam bin al-Zubair dan Ali bin Hakam al-Anbari dari pandangan Najasyi merupakan seorang individu. Oleh itu bukan sahaja akidah ulama terkemudian (sebagaimana yang dinyatakan Marhum Astarabadi) yang berpendapat demikian, bahkan golongan ulama terdahulu juga menyatakan bahawa mereka ini bukannya dua individu.

 

5. Ishaq bin Ammar al-Sairafi.

 

Perawi ini juga menurut pandangan ulama Rijal Syiah adalah tsiqah. Najasyi menulis:

إسحاق بن عمار بن حيان ... أبو يعقوب الصيرفي شيخ من أصحابنا ، ثقة ...

Ishaq bin Ammar bin Hayyan.. Abu Ya'qub al-Sairafi merupakan salah seorang daripada ulama besar Syiah dan tsiqah...

al-Najasyi, Rijal al-Najasyi, muka surat 81.

Syeikh al-Tusi juga menulis:

إسحاق بن عمار ، ثقة ، له كتاب .

Ishaq bin Ammar adalah tsiqah dan beliau mempunyai kitab

Al-Syeikh al-Tusi, Rijal al-Tusi muka surat 331.

 

Riwayat ketiga, daripada Zurarah yang tsiqah:

Terdapat riwayat lain yang melaporkan daripada Imam Ja'far al-Sodiq (a.s), bahawa Rasulullah (s.a.w) menghimpin solat-solat dan turut diceritakan sebab-sebabnya:

1 - مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُكَيْرٍ عَنْ زُرَارَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عليه السلام قَالَ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وآله بِالنَّاسِ الظُّهْرَ وَ الْعَصْرَ حِينَ زَالَتِ الشَّمْسُ فِي جَمَاعَةٍ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ وَ صَلَّى بِهِمُ الْمَغْرِبَ وَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ قَبْلَ سُقُوطِ الشَّفَقِ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ فِي جَمَاعَةٍ وَ إِنَّمَا فَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وآله لِيَتَّسِعَ الْوَقْتُ عَلَى أُمَّتِهِ .

- Al-Kulaini al-Razi, Abu Ja'far Muhammad bin Ya'qub bin Ishaq (meninggal dunia tahun 328 H), al-Ushul Min al-Kafi, jilid 3 muka surat 286, penerbit al-Islamiyah, Tehran, cetakan kedua, 1362 Shamsi.

 

Zurarah menukilkan daripada Imam Ja'far as-Sodiq yang berkata: Rasulullah (s.a.w) solat Zuhur dan Asar ketika tergelincir matahari dengan masyarakat dalam berjemaah tanpa sebarang alasan. Baginda solat Maghrib dan Isya secara berjemaah sebelum hilangnya mega merah di ufuk Barat tanpa sebarang alasan. Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) melakukan demikian untuk memudahkan waktu ke atas umatnya.

 

Riwayat ini juga terdapat dalam kitab-kitab Syeikh Saduq dan Syeikh al-Tusi:

- Al-Saduq, Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Husain (meninggal dunia tahun 381 Hijrah, Ilal al-Syarai', muka surat 321, Tahqiq Wa Taqdim: Al-Sayid Sodiq Bahrul Ulum, penerbit: Mansyurat al-Maktabah al-Haidariyah Wa Matba'uha - Al-Najaf al-Asyraf, cetakan 1385 H - 1966 M.

 

- Al-Tusi, Syeikh Abu Ja'far, Muhammad bin al-Hasan bin Ali bin al-Hasan (meninggal dunia tahun 460 Hijrah), Tahdzib al-Ahkam, jilid 2 muka surat 263, penerbit al-Syaid Hasan al-Musawi al-Khurasan, penerbit Dar al-Kutub al-Islamiyah - Tehran, cetakan ke-empat 1365 Shamsi.

 

Pensahihan sanad riwayat:

 

Persanadan riwayat ini adalah tsiqah dan ulama Syiah telah menerangkannya demikian. Muhaqqiq al-Bahrani menulis:

وما رواه الشيخ في الموثق الذي هو كالصحيح عن عبد الله بن بكير عن زرارة عن أبي عبد الله (عليه السلام) قال : صلى رسول الله (صلى الله عليه وآله) بالناس الظهر والعصر ...

- Al-Bahrani, al-Syeikh Yusuf (meninggal dunia tahun 1186 H), al-Hada'iq al-Nadhirah Fi Ahkam al-Itrah al-Tahirah, jilid 6 muka surat 192, penerbit Mu'asasah al-Nasyr al-Islami al-Tabi' Li Jama'ah al-Mudarrisin Bi Qom al-Musyarrafah, menurut software Perpustakaan Ahlul Bait (a.s).

 

Sohib al-Mualim menganggap riwayat ini sebagai tsiqah dan menulis:

وروى بإسناد من الموثق معلق عن أحمد بن محمد ، عن علي بن الحكم ، عن عبد الله بن بكير ، عن زرارة ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال : صلى رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بالناس الظهر والعصر ...

Diriwayatkan dengan persanadan yang tsiqah, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Bukair, daripada Zurarah, daripada Imam Abi Abdillah Ja'far al-Sodiq (a.s) yang berkata: Rasulullah (s.a.w) menunaikan solat Zuhur dan Asar bersama masyarakat...

- Hasan bin Zain al-Din al-Syahid, Muntaqa (meninggal dunia tahun 1011 H), al-Juman Fi al-Ahadis al-Sihah wa al-Hassan, jilid 1 muka surat 390, Tashih wa ta'liq: Ali Akbar al-Ghaffari, penerbit: Mu'asash al-Nasyr al-Islami al-Tabi'ah Li Jama'ah al-Mudarrisin Bi Qom al-Musyarrafah, cetakan pertama tahun 1362 Shamsi.

 

Allamah al-Hilli di dalam kitab Mukhtalif al-Syiha juga mengakui ketsiqahan sanad riwayat:

وفي الموثق، عن زرارة، عن الصادق - عليه السلام - قال : صلى رسول الله - صلى الله عليه وآله - بالناس الظهر والعصر حين زالت الشمس في جماعة من غير علة ،...

Di dalam riwayat yang tsiqah, daripada Zurarah, dinukilkan daripada Imam al-Sodiq (a.s) bahawa Rasulullah (s.a.w)...

- Al-Hilli, Al-Hasan bin Yusuf (meninggal dunia tahun 726 H), Mukhtalif al-Syiah, jilid 2 muka surat 26, Tahqiq Mu'asasah al-Nasyr al-Islami, tahqiq: Mu'asasah al-Nasyr al-Islami, cetakan kedua, tahun cetakan Zul Kaedah 1413.

 

Muhaqqiq Sabzwari menganggap riwayat ini sahih dan menulis:

وفي الصحيح عن عبد الله بن بكير عن زرارة عن أبي عبد الله عليه السلام قال صلى رسول الله صلى الله عليه وآله بالناس الظهر والعصر حين زالت الشمس في جماعة من غير علة ...

- Al-Sabzwari, Mulla Muhammad Baqir (meninggal dunia tahun 1090 H), Dzakhira al-Ma'ad, jilid 1 muka surat 196, Penerbit Mu'asasah Al al-Bait Alaihis Salam Li Ihya al-Turath, menurut software Maktabah Ahlul Bait.

 

Walau bagaimanapun ucapan ulama Syiah dalam menyabitkan kemuktabaran riwayat ini terlalu banyak dan kami cukupkan dengan kadar ini secara ringkas.