Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Isnin

27 Oktober 2014

4:51:24 PG
647095

Arab Saudi;

Dua pengikut Syiah dijatuhi hukuman mati

Dua pengikut mazhab Syiah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan menyertai demonstrasi aman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pengikut mazhab Syiah berhubungan dengan demonstrasi aman yang dianjurkan penduduk minoriti sejak tiga tahun lalu, menurut media rasmi.

Pada minggu lalu mahkamah Saudi telah menjatuhkan hukuman mati terhadap ulama terkemuka Saudi, Ayatullah Sheikh Nimr sehingga memicu protes besar-besaran.

Sementara itu beberapa tahanan Syiah lain, Hydar Ali Al Namily, 23 telah dijatuhkan hukuman selama 12 tahun, Daud Husain Al-Marhun 18 serta Abdullah Hassan al-Zaher, 17 masih dalam proses perbicaraan atas tuduhan menyertai perarakan di Awamiya.

Mereka juga dituduh melaungkan slogan anti rejim, menyerang anggota polis yang bertugas dan mencuri ubat dari farmasi untuk merawat penunjuk perasaan yang cedera.

Pada bulan Jun lalu dua orang telah dijatuhi hukuman mati kerana menyertai pembentukan pasukan pengganas dan beberapa kes lain yang dikaitkan dengan demonstrasi Syiah.

Beberapa tahanan yang lain juga turut menerima hukuman penjara selama beberapa tahun.

Kira-kira 2 juta masyarakat Syiah menetap di kawasan yang kaya dengan minyak, di Timur Saudi sering mengadu didiskriminasikan oleh kerajaan.

Demonstrasi bermula sejak tahun 2011 termasuk dalam rangka menyokong kebangkitan revolusi Bahrain.

Amnesty International melaporkan ratusan penduduk awam telah ditahan berikutan demonstrasi tersebut.