Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Jumaat

31 Oktober 2014

6:07:46 PTG
648257

Penjara Imam Musa al-Kazim dilestari sebagai tempat bersejarah

Dalam masa yang singkat monumen rumah Sheikh Kulaini dan bilik gelap penjara yang dihuni oleh Imam Musa al-Kazim (a.s) selama bertahun-tahun sedang dibangunkan sebagai tempat bersejarah untuk kunjungan umum.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kota Baghdad merupakan salah satu tempat penting dalam sejarah Syiah dan salah satu daripada perintisan pembentukan populasi pengikut mazhab Syiah dikatakan berasal dari sini. Dalam kurun ke 3, 4 dan 5 Hijrah, masyarakat Syiah terbentuk dengan pembangunan Hawzah dan beberapa tokoh besar Syiah seperti Sheikh Kulaini, Sheikh Mufid, Sayid Radi, Sayid Murtadha, Sheikh Tusi dan beberapa ahli fikah tekun belajar di sana.

Setelah masa 12 kurun berlalu pergi, 80 peratus penduduk Baghdad kini terdiri daripada pengikut mazhab Syiah. Sejak zaman dahulu lagi Baghdad telah menjadi jalan laluan para imam, ahli hadis dan fikah Imamiyah. Beberapa kesan darinya masih lestari hingga hari ini. Menurut Pengurus Besar Tempat Ziarah Syiah di Iraq, Dr. Sa'idi, terdapat 19 tempat ziarah di Baghdad (tidak termasuh Kazimiyah). Antaranya ialah permakaman Sufara Arba'ah, Sheikh Kulaini, Ismail bin Musa bin Ja'far, Masjid Buratha, penjara Imam Musa al-Kazim (a.s), pusara Qanbar Ali, Sayid Idris anak cucu Imam Kazim.

Sebelum ini tempat-tempat tersebut berada dalam kawasan Sunni fanatik sehinggalah zaman kejatuhan Saddam. Atas usaha Sheikh Sami Mas'udi, timbalan pengerusi Waqaf Syiah Iraq, tempat-tempat tersebut berjaya di kembalikan kepada pihak Syiah.

Di Barat Baghdad, tinggalan sejarah dinasti Bani Abbasiyah seperti Madrasah al-Muntasariyah yang dibangunkan oleh al-Muntasir Billah Abbasi pada tahun 631 Hijrah masih berdiri teguh. Sementara itu terdapat sebuah masjid bernama Masjid Safawi yang kemudiannya kerajaan Uthmani menukarkan namanya sebagai Jami' Al-Asifi. Terdapat satu bahagian dari masjid ini yang mana Sheikh al-Kulaini, wafat pada tahun 329 Hijrah telah dipusarakan.

Sementara itu makam Ismail bin Musa bin Ja'far (a.s) terletak di bahagian Timur madrasah tersebut. Di Utara madrasah pula terletak bilik bawah tanah yang menempatkan makam naib dan wakil keempat Imam Zaman (a.s), Ali bin Muhammad Samari yang wafat tahun 329 Hijrah.

Dr. Hadi Ansari, penulis dan penyelidik yang menjadi tetamu Kongres Antarabangsa al-Ghadir di Najaf