Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Rabu

5 November 2014

7:51:36 PTG
649454

Pengganas serang perarakan Asyura di Negeria

Sebilangan pengikut mazhab Syiah Imamiyah terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri di Timur Laut Nigeria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengganas Wahabi di Nigeria bertindak menyerang perarakan pengikut mazhab Syiah Imamiyah dalam festival Asyura, semalam.

Menurut saksi, seorang pengebom bunuh diri telah melakukan serangan tersebut di Potiskum, Yobe.

Dalam serangan ini, 28 pengikut mazhab Syiah terbunuh manakala 80 yang lain cedera.

Askar Nigeria dikatakan masih belum mengeluarkan kenyataan manakala seorang polis yang berada di tempat kejadian berkata, "Ramai masyarakat berkumpul di sini, kerana itu sejumlah besar mengalami kecederaan."

Hingga kini belum ada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab namun banyak pihak meramalkan serangan didalangi pemberontak Boko Haram, cabang pengganas al-Qaeda.

Sebelum ini pengikut mazhab Syiah yang berarak sempena hari al-Quds telah diserang sehingga menyebabkan 33 orang terbunuh termasuk anak ulama Nigeria, iaitu Ahmad Zakzaki, Hamid Zakzaki dan Mahmud Zakzaki.

.................