Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Rabu

12 November 2014

3:01:22 PG
650864

Pemimpin Sepah E Muhammad bebas setelah 18 tahun penjara tanpa dakwaan

Pemimpin Sepah E Muhammad Pakistan bebas setelah 18 tahun dipenjarakan tanpa pendakwaan mahkamah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ulama Syiah Wilayah Punjab, Allamah Ghulam Rida Naqawi yang dipenjarakan selama 18 tahun akhirnya dibebaskan tanpa pendakwaan mahkamah.

Beliau yang ditahan di penjara Lahore dibebaskan oleh mahkamah anti pengganas pada 27 Oktober lalu.

Sebelum ini Allamah Gulam Rida Naqawi pernah membentuk organisasi politik bernama Sepah E Muhammad sebagai tindak balas gelombang fitnah yang dilancarkan kumpulan anti Syiah.

Allamah berkata, "17 tahun dalam penjara atas kesalahan Syiah telah memberikan saya lebih banyak kekuatan untuk berusaha menjaga pertubuhan. Sekiranya menjadi Syiah merupakan satu kesalahan, kemungkinan saya akan mengaku bersalah. Sebenarnya ini adalah satu kes yang sengaja dicipta. Saya ingin melaksanakan tugas ini sampai ke nafas yang terakhir."

Selain itu, ketegangan antara Sunni dan Syiah di Pakistan menurutnya telah didalangi ejen kuasa asing.

Beliau menegaskan, negara-negara Barat telah menyalurkan banyak dana kepada kumpulan Takfiri untuk menghancurkan keamanan dan keharmonian masyarakat Islam.

Beliau telah ditahan pada tahun 1996 manakala pada tahun 2014 Jeneral Parviz Musharraf telah menganggap organisasi Sepah E Muhammad tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam masa yang sama kumpulan penyokong Taliban di Pakistan telah lama memulakan kempen pembunuhan masyarakat awam Syiah sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Penumpahan darah Syiah di Pakistan telah mengundang kecaman pertubuhan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa manakala pihak kerajaan masih enggan bertindak