Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Jumaat

21 November 2014

8:00:27 PTG
652918

Menurut kitab Ahli Sunnah, apakah penghinaan terhadap Syiah merupakan penghinaan kepada Nabi (s.a.w)?

Menurut kitab Ahli Sunnah, apakah penghinaan terhadap Syiah merupakan penghinaan kepada Nabi (s.a.w)?

Menurut kitab Ahli Sunnah, apakah penghinaan terhadap Syiah merupakan penghinaan kepada Nabi (s.a.w)?

Berasaskan hadis muktabar yang dinukilkan daripada kalangan Ahli Sunnah, Ummul Mukiminin Ummu Salamah (a.s) menganggap penghinaan terhadap Amirul Mukminin (a.s), Syiah dan pencinta beliau merupakan penghinaan terhadap Nabi (s.a.w).

 

Nukilan Ibnu Abī Shaybah dalam kitab al-Muannaf:

Ibnu Abī Shaybah menukilkan sebuah riwayat yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang mencerca Ali bin Abi Talib (a.s) dan pencinta beliau, hakikatnya dia menghina Rasulullah (s.a.w):

 

حدثنا عبد الله بن نمير عن فطر عن أبي إسحاق عن أبي عبد الله الجدلي قال قالت لي أم سلمة يا أبا عبد الله أيسب رسول الله صلى الله عليه وسلم فيكم ثم لا تغيرون قال قلت ومن يسب رسول الله صلى الله عليه وسلم قالت يسب علي ومن يحبه وقد كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحبه

إبن أبي شيبة الكوفي، ابوبكر عبد الله بن محمد (متوفاى235 هـ)، الكتاب المصنف في الأحاديث والآثار، ج 6   ص 371، تحقيق: كمال يوسف الحوت، ناشر: مكتبة الرشد - الرياض، الطبعة: الأولى، 1409هـ.

 

Diriwayatkan Abdullah bin Numair, daripada Fitr, daripada Abi Ishaq, daripada Abdullah al-Jadali yang berkata: Ummu Salamah berkata kepadaku: Wahai Abdullah, apakah ada di kalangan anda yang menghina Rasulullah (s.a.w), kemudian kamu tidak merasa geram? Katanya: Aku betanya: Siapakah yang menghina Rasulullah (s.a.w)? Beliau berkata: Bukankah dia itu adalah orang yang mencerca Ali dan pencinta beliau, padahal Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau.

- Ibnu Abi Shaibah al-Kufi, Abu Bakar Abdullah bin Muhammad (meninggal dunia tahun 230 Hijrah), al-Kitab al-Musannaf Fi al-Ahadith wal Athar, jilid 6 muka surat 381, tahqiq: Kamal Yusuf al-Hut, penerbit Maktabah al-Rushd, Riyadh, cetakan pertama 1409 Hijrah.

Peneliti kitab ini dalam perenggan nota kaki berkata, Hakim dan Zahabi masing-masing mensahihkan riwayat ini:

 

الحاکم صححه و وافقه الذهبي

 Al-Hakim mensahihkannya, dan disepakati oleh Zahabi.

 

Penelitian sanad hadis yang terputus:

Sebagaimana yang tertera pada margin kitab al-Musannaf, penyelidik kitab ini Muhammad ‛Awwamah menyatakan sanad bahawa meskipun riwayat daripada Ishaq tidaklah muanan, namun hadis ini tetap sahih:

 

اسناد المصنف صحيح لولا عنعنة ابي اسحاق

Permasalahan sanad hadis hanyalah: Abu Ishaq menukilkan riwayat dalam bentuk “daripada”. Oleh itu sanad hadis ini tidak muktabar.

 

Jawapan terhadap permasalah ini:

Sebagai jawapannya, kita dapat katakan:

Mu‛an‛an riwayat Abi Ishaq tidak merosakkan kesahihan riwayat; ini disebabkan terdapat banyak hadis dalam sahih Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan hadis daripada Abi Ishaq secara mu‛an‛an. Sebagai contoh, cukuplah merujuk pada hadis-hadis berikut:

Al-Bukhari menukilkan sebuah riwayat berkenaan topik ini.

. حدثنا عَمْرُو بن عَبَّاسٍ حدثنا عبد الرحمن عن سُفْيَانَ عن أبي إِسْحَاقَ عن عَمْرِو بن الْحَارِثِ قال ما تَرَكَ النبي صلى الله عليه وسلم إلا سِلَاحَهُ وَبَغْلَةً بَيْضَاءَ وَأَرْضًا جَعَلَهَا صَدَقَةً

البخاري الجعفي، ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاى256هـ)، صحيح البخاري، ج3، ص1066 ش 2755  تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

Diriwayatkan bahawa ‛Amru bin Abbas menceritakan kepada kami, daripada Abdul Rahman, daripada Sufyan, darupada Abi Ishaq, daripada ‛Amru bin Haris yang berkata: Rasulullah (s.a.w) tidak mewarisi melainkan senjatanya, seekor kaldai putih dan tanah. Baginda menjadikannya sebagai sedekah.

- Al-Bukhari al-Ja‛fi, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail (meninggal dunia tahun 256 Hijrah), Sahih al-Bukhari, jilid 3, muka surat 1066, hadis nombor 2755, tahqiq Dr. Mustafa Deib al-Bagha, penerbit Dar Ibnu Kathir, al-Yamamah, Beirut, Cetakan ke-tiga, 1407 H – 1987 M.

Beliau juga menulis:

 

 حدثنا عُبَيْدُ اللَّهِ بن مُوسَى عن إِسْرَائِيلَ عن أبي إِسْحَاقَ عن الْأَسْوَدِ قال قال لي بن الزُّبَيْرِ كانت عَائِشَةُ تُسِرُّ إِلَيْكَ كَثِيرًا فما حَدَّثَتْكَ في الْكَعْبَةِ قلت قالت لي قال النبي صلى الله عليه وسلم يا عَائِشَةُ لَوْلَا قَوْمُكِ حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ قال بن الزُّبَيْرِ بِكُفْرٍ لَنَقَضْتُ الْكَعْبَةَ فَجَعَلْتُ لها بَابَيْنِ بَابٌ يَدْخُلُ الناس وَبَابٌ يَخْرُجُونَ فَفَعَلَهُ بن الزُّبَيْرِ

البخاري الجعفي، ابوعبدالله محمد بن إسماعيل (متوفاى256هـ)، صحيح البخاري، ، ج1، ص59 ش 126 ، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 - 1987.

 

Diriwayatkan Ubaidullah bin Musa, daripada Isra’il, daripada Abi Ishaq, daripada Aswad yang berkata: Ibnu Zubair berkata: Aisyah banyak memberitahu rahsia kepada kamu. Apa yang diceritakannya tentang Ka’bah? Aku berkata: Dia berkata kepadaku bahawa Nabi (s.a.w) bersabda kepadaku: Wahai 'Aisyah, kalau bukan kerana kaummu masih dekat zaman mereka, Az Zubair menyebutkan, Dengan kekufuran, maka Ka'bah akan aku ubah, lalu aku buat dua pintu untuk orang-orang masuk dan satu untuk mereka keluar." Di kemudian hari hal ini dilaksanakan oleh Ibnu Zubair.

- Al-Bukhari al-Ja’fi, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail (meninggal dunia tahun 256 Hijrah), Sahih al-Bukhari, jilid 1 muka surta 59, hadis 126, Tahqiq Dr. Mustafa Dib al-Bagha: Penerbit Dar Ibnu Kathir, al-Yamamah – Beirut, cetakan ketiga, 1407 H – 19 87 M.

Muslim juga meriwayatkan hadis seperti ini:

حدثنا عَوْنُ بن سَلَّامٍ الْكُوفِيُّ حدثنا زُهَيْرُ بن مُعَاوِيَةَ الْجُعْفِيُّ عن أبي إسحاق عن عبد اللَّهِ بن مَعْقِلٍ عن عَدِيِّ بن حَاتِمٍ قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول من اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَتِرَ من النَّارِ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ

النيسابوري القشيري ، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج2، ص703 ش 1016،تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.

Diriwayatkan ‛Aun bin Sallam al-Kufi berkata, Zuhair bin Muawiyah al-Ju’fi, daripada Abi Ishak, daripada Abdillah bin Ma‛qil, daripada Adi bin Hatim yang berkata, aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: “Siapa di antara kalian yang mampu membentengi diri dari neraka walau dengan separuh butiran kurma maka hendaknya ia lakukan.

- Al-Nishaburi al-Qashari, Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj (meninggal dunia tahun 261 Hijrah), Sahih Muslim jilid 2 muka surat 703, Hadis 1016, Tahqiq Muhammad Fu’ad Abdul Baqi, penerbit Dar Ihya al-Turath al-‛Arabi – Beirut.

 

Di dalam sanad yang lain beliau berkata seperti berikut:

وحدثنيه زُهَيْرُ بن حَرْبٍ حدثنا عُثْمَانُ بن عُمَرَ ح وحدثناه إسحاق بن إبراهيم أخبرنا النَّضْرُ بن شُمَيْلٍ كلاهما عن إِسْرَائِيلَ عن أبي إسحاق عن الْبَرَاءِ قال اشْتَرَى أبو بَكْرٍ من أبي رَحْلًا بِثَلَاثَةَ عَشَرَ دِرْهَمًا وَسَاقَ الحديث بِمَعْنَى حديث زُهَيْرٍ عن أبي إسحاق وقال في حَدِيثِهِ

النيسابوري القشيري ، ابوالحسين مسلم بن الحجاج (متوفاى261هـ)، صحيح مسلم، ج4، ص2310 ش 2009 ،تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.

 

Diriwiyatkan Zuhair bin Harb, daripada Uthman bin Umar, daripada Ishaq bin Ibrahim, diriwayatkan kepada kami oleh al-Nadhr bin Shumail kedua-duanya daripada Isra’il bin Abi Ishaq, daripada al-Bara’ yanhg berkata: Abu Bakr membeli dari 'Azib seperangkat pelana unta dengan harga tiga belas dirham…

- Al-Nishaburi al-Qushairi, Abul Husain bin al-Hajjaj (Meninggal dunia 261 Hijrah), Sahih Muslim, jilid 4 muka surat 231, hadis 2009, tahqiq Muhammad Fu’ad Abdul Baqi, penerbit: Dar Ihya al-Turath al-‛Arabi – Beirut.

Mengenai hadis Mu‛an‛an, Tarmizi berkata tentang Abi Ishaq yang mengambil hadis daripada Barra’:

 

حدثنا وَاصِلُ بن عبد الأعلى حدثنا أبو بكْرِ بن عَيَّاشٍ عن أبي إسحاق عن الْبَرَاءِ قال كنا نَتَحَدَّثُ أَنَّ أَصْحَابَ بَدْرٍ يوم بَدْرٍ كَعِدَّةِ أَصْحَابِ طَالُوتَ ثلاثمائة وَثَلَاثَةَ عَشَرَ رَجُلًا قال وفي الْبَاب عن بن عَبَّاسٍ قال أبو عِيسَى هذاحَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

الترمذي السلمي،  ابوعيسي محمد بن عيسي (متوفاى 279هـ)، سنن الترمذي، ج4، ص152 ش 1598 ،تحقيق: أحمد محمد شاكر وآخرون، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.

 

Diriwayatkan Wasil bin Abdul A‛la, diriwayatkan kepada kami Abu Bakar bin Ayyash, daripada Abi Ishaq, daripada al-Bara’ yang berkata, kami telah berbincang bahawa ashab Badar di hari peperangan Badar seperti jumlah pasukan Thaluth, iaitu tiga ratus tiga belas orang. Ia berkata, Dalam bab ini juga ada hadits dari Ibnu Abbas. Abu Isa berkata;Hadits ini darjatnya hasan shahih.

- Al-Tarmizi al-Salami, Abu Isa Muhammad bin Isa (meninggal dunia tahun 279 Hijrah), Sunan al-Tarmizi, jilid 4 muka surat 152 hadis nombor 1597, tahqiq: Ahmad Muhammad Shakir dan lain-lain, penerbit Dar Ihya al-Turath al-‛Arabi – Beirut.

Albani juga menukilkan riwayat mu‛an‛an daripada Abi Ishaq dan mensahihkannya:

 

حدثنا حفص بن عمر: ثنا شعبة عن أبي إسحاق عن الأسود عن عبد الله.

قلت: وهذا إسناد صحيح على شرط البخاري؛ وقد أخرجه كما يأتي.

الباني، : محمد ناصر الدين ، صحيح أبي داود، 5/ 150،  مؤسسة غراس للنشر والتوزيع ، الكويت، الطبعة : الأولى ، 1423 هـ - 2002

Hafsh bin Umar berkata: Telah diceritakan kepada kami Shu‛bah, daripada Abi Ishaq, daripada Aswad, daripada Abdullah. Aku berkata: Persanadan hadis ini sahih menurut syarat al-Bukhari; beliau telah mengeluarkannya seperti berikut…

- Albani, Muhammad Nasir al-Din, Sahih Abi Daud, 5/150, Yayasan Ghuras Li Nashr Wa Tauzi‛, al-Kuwait, cetakan pertama 1423 H – 2002 M.

 

Dengan ini berasaskan kaedah ilmu rijal dan hadis, pertikaian sanad riwayat Abi Ishaq yang berbentuk mu‛an‛an tidak dapat diterima; Ini disebabkan mempertikaikannya sama dengan mempersoalkan Bukhari dan Muslim yang telah menukilkan hadis Abu Ishak dalam bentuk ini.

 

Nukilan Tabrani dalam Mujam al-Awsat

Tabrani juga telah menukilkan riwayat yang muktabar seperti ini:

 

حدثنا محمد بن الحسين أبو حصين القاضي قال نا عون بن سلام قال نا عيسى بن عبد الرحمن السلمي عن السدي عن أبي عبد الله الجدلي قال قالت لي أم سلمة أيسب رسول الله صلى الله عليه وسلم فيكم على المنابر قلت سبحان الله وأنى يسب رسول الله صلى الله عليه وسلم قالت أليس يسب علي بن أبي طالب ومن يحبه أشهد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يحبه لم يرو هذا الحديث عن السدي إلا عيسى بن عبد الرحمن السلمي

الطبراني،  ابوالقاسم سليمان بن أحمد بن أيوب (متوفاى360هـ)، المعجم الأوسط، ج 6، ص 74  ، تحقيق: طارق بن عوض الله بن محمد،‏عبد المحسن بن إبراهيم الحسيني، ناشر: دار الحرمين - القاهرة – 1415هـ.

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin al-Husain Abu Hushayn al-Qadi, beliau berkata Aun bin Salam berkata, Isa bin Abdul Rahman al-Salami berkata, daripada al-Sudi, daripada Abi Abdillah al-Jadali yang berkata kepadaku bahawa: Ummu Salamah berkata kepadaku: Apakah ada di kalangan anda yang menghina Rasulullah (s.a.w) di atas minbar? Aku berkata Maha Suci Allah mungkinkah ada yang menghina Rasulullah (s.a.w)? Beliau berkata: Tidakkah ada yang mencerca Ali bin Abi Talib dan orang yang mencintainya? Padahal aku bersaksi bahawa Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau. Tidak seorang pun yang pernah meriwayatkan hadis ini daripada al-Sudi melainkan Isa bin Abdul Rahman al-Salami.

- Al-Tabrani, Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayyub (meninggal dunia tahun 360 H), al-Mu‛jam al-Awsat, jilid 6, muka surat 74, tahqiq: Tariq bin ‛Audillah bin Muhammad, Abdul Muhsin bin Ibrahim al-Husaini, penerbit Dar al-Haramain – Kaherah 1415 H.

 

AlBani turut menukilkan riwayat ini dan mengakui bahawa hadis ini adalah baik:

 

قلت: وهذا إسناد جيد، ورجاله كلهم ثقات، وفي السدي- واسمه إسماعيل بن عبدالرحمن- كلام يسير لا يضر، وهو من رجال مسلم.

 

Aku bekata: Persanadan hadis ini adalah baik, dan seluruh rijalnya adalah thiqah, berkenaan dengan al-Sudi, namanya adalah Ismail bin Abdul Rahman, kata-katanya adalah sedikit dan tidaklah merosakkan kepercayaan terhadapnya, dan dia juga adalah rijal Muslim.

 

- Albani, Muhammad Nasir (meningal dunia 1420 H), Silsilah al-Ahadis al-Sahihah, jilid 6 muka surat 996, penerbit Maktabah al-Mu‛arif Li Nashr Wa Tauzi‛, Riyadh cetakan pertama.

 

Nukilan hadis ini daripada Abu Yala:

Abu Ya‛la turut menukilkan hadis yang hampir sama:

 

حدثنا أبو خيثمة حدثنا عبيد الله بن موسى حدثنا عيسى بن عبد الرحمن البجلي عن السدي عن أبي عبد الله الجدلي قال قالت أم سلمة أيسب رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنابر قلت وأنى ذلك قالت أليس يسب علي ومن يحبه فأشهد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يحبه

أبو يعلي الموصلي التميمي، أحمد بن علي بن المثني (متوفاى307 هـ)، مسند أبي يعلي، ج 12 ، ص 444، تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث - دمشق، الطبعة: الأولى، 1404 هـ – 1984م.

 

Diriwayatkan Abu Khusaimah telah menceritakan kepada kami, daripada Ubaidillah bin Musa, Isa bin Abdul Rahman al-Bajali, daripada al-Sudi, daripada Abdullah al-Jadali yang berkata: Ummu Salamah berkata: Apakah ada yang mencerca Rasulullah (s.a.w) di atas minbar-minbar? Aku berkata: Mungkinkah ada yang melakukan demikian? Beliau berkata: Tidakkah ada yang mencerca Ali dan pencintanya? Aku bersaksi bahawasanya Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau. – Abu Ya‛la al-Mausuli al-Tamimi, Ahmad bin Ali bin al-Muthanna (meninggal dunia tahun 307 Hijrah), Musnad Abi Ya‛la, jilid 12 muka surat 444, penyelidik: Husain Salim Asad, penerbit Darul Makmun Li Turath – Damsyik, cetakan pertama, 1404 H – 1984 M.

 

Penelitian masalah yang diajukan penyelidik kitab ini ke atas sanad riwayat

Penyelidik kitab Musnad Abi Ya‛la, Husain Salim Asad menganggap hadis ini terputus walau sebaik-baik thiqah sanadnya. Beliau bercaya bahawa Al-Sudi tidak menukilkan riwayat ini daripada Abi Abdillah. Dalam perkara ini beliau berkata:

رجاله ثقات إلا أنه- عندي- منقطع، ما علمت رواية لإسماعيل بن عبدالرحمن السدي عن أبي عبدالله الجدلي فيما اطلعت عليه. والله أعلم

أبو يعلي الموصلي التميمي، أحمد بن علي بن المثني (متوفاى307 هـ)، مسند أبي يعلي، ج 12 ، ص 444، تحقيق: حسين سليم أسد، ناشر: دار المأمون للتراث - دمشق، الطبعة: الأولى، 1404 هـ – 1984م.

 

Rijalnya adalah tsiqah melainkan beliau, kerana pada pendapat saya sanadnya adalah terputus. Dalam pengetahuan saya, saya tidak tahu adanya riwayat Ismail bin Abdul Rahman al-Sudi yang diambil daripada Abi Abdillah al-Jadali, dan Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

- Abu Ya‛la al-Mousuli al-Tamimi, Ahmad bin Ali bin al-Muthanna (meninggal dunia tahun 307 Hijrah), Musnad Abi Ya‛la, jilid 12, muka surat 444, penyelidik Husain Salim Asad, penerbit: Dar Makmun Li Turath – Damsyik, cetakan pertama, 1404 H – 1984 M.

 

Jawapan Albani terhadap masalah ini

Berkenaan perkara ini, hendaklah kita menyatakan bahawa Albani telah pun memberikan jawapan kepada penyelidik Musnad Abi Ya‛la di mana beliau berkata:

رجاله ثقات إلا أنه- عندي- منقطع، ما علمت رواية لإسماعيل بن عبدالرحمن السدي عن أبي عبدالله الجدلي فيما اطلعت عليه. والله أعلم!

قلت: وهذا من أسمج ما رأيت من كلامه؛ فإن السدي تابعي روى عن أنس في صحيح مسلم ، ورأى جماعة من الصحابة مثل الحسن بن علي، وعبدالله بن عمر، وأبي سعيد، وأبي هريرة كما في تهذيب المزي ، يضاف إلى ذلك أن السدي لم يرم بتدليس، فيُكتفى في مثله المعاصرة، كما هو مذهب جمهور الحفاظ الأئمة , فلعله جنح به القلم إلى مذهب الإمام البخاري في صحيحه  الذي يشترط اللقاء وعدم الاكتفاء بالمعاصرة، وما أظنه يتبناه؛ وإلا انهار مئات التصحيحات والتحسينات التي قررها، ويغلب عليه التساهل في الكثير منها، وبخاصة ما كان فيها من الرواة ممن لم يوثقهم أحد غير ابن حبان، وهو لا يشترط اللقاء!

ألباني، محمد ناصر (متوفاى1420هـ)، سلسلة الأحاديث الصحيحة وشيء من فقهها وفوائدها، ج6 ص 996، الناشر: مكتبة المعارف للنشر والتوزيع، الرياض، الطبعة: الأولى،

 

Rijalnya adalah thiqah melainkan menurut pandanganku sanad riwayat adalah terputus, saya tidak mengetahui adanya riwayat Ismail bin Abdul Rahman al-Sudi yang diambil daripada Abi Abdillah al-Jadali dalam sepanjang pengetahuan saya, dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.

 

Aku berkata:

Inilah dia kata-kata yang paling buruk yang ku lihat padanya, sesungguhnya al-Sudi merupakan seorang Tabi'i yang meriwayatkan daripada Anas di dalam Sahih Muslim, dan dia meriwayatkan sekumpulan daripada sahabat seperti al-Hasan bin Ali, Abdullah bin Umar, Abi Sa‛id dan Abi Hurairah seperti mana yang terdapat di dalam kitab Tahdzib al-Mizzi. Lebih-lebih lagi al-Sudi tidak pernah dituduh sebagai tadlis (menyembunyikan kebenaran dengan matlamat tertentu)

Oleh itu cukuplah keterkinian beliau dalam perkara ini sebagaimana mazhab huffaz. Mungkin penyelidik mempunyai kecenderungan kepada mazhab Bukhari dalam pensahihan yang meletakkan syarat adanya pertemuan antara perawi dan tidak cukup hanya menjadi orang terkini. Aku tidak merasakan dia mempunyai kepercayaan tersebut; jika tidak ratusan riwayat sahih dan hasan akan luput. Akibatnya dia akan menuduh banyak riwayat diambil secara sambil lewa. Di antaranya ialah hadis (yang telah disahihkan oleh penyelidik) yang terdapat para perawi yang tidak dithiqahkan oleh Ibnu Hibban sedangkan Ibnu Hibban tidak meletakkan pertemuan sebagai syarat.

- Albani, Muhammad Nasir (meninggal dunia tahun 1420 Hijrah), Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, jilid 6 muka surat 996, penerbit Maktabah al-Mu‛arif Li Nashr Wa al-Tawzi‛, al-Riyadh, cetakan pertama.

 

Oleh itu, menurut pandangan Albani, sanad ini tersabung dan dari sini juga al-Sudi tidaklah dituduh sebagai tadlis, selain menjadi seorang yang terkini. Kesimpulannya hadis ini tidak terputus dan muktabar.

 

Nukilan Khatib al-Baghdadi dalam kitab Tarikh Madinah al-Salam

Khatib al-Baghdadi turut menukilkan riwayat ini:

أخبرنا إبراهيم بن مخلد بن جعفر حدثنا محمد بن أحمد بن إبراهيم الحكيمي حدثنا الحسن بن الفضل الزعفراني وجعفر بن أبي عثمان الطيالسي قالا حدثنا عبد الحميد بن صالح حدثنا عيسى بن عبد الرحمن عن السدي عن أبي عبد الله الجدلي عن أم سلمة قالت يا أبا عبد الله أيسب رسول الله صلى الله عليه وسلم فيكم على المنابر قال سبحان الله وأنى يكون هذا قالت أليس يسب علي ومن يحبه فأنا أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه كان يحبه

الخطيب البغدادي، أحمد بن علي أبو بكر (متوفاي )463 ،تاريخ مدينة السلام (تاريخ بغداد) ج 8 ص 411 - 412 ،  دار النشر : دار الغرب الإسلامي، بيروت، چاپ اول ، 1422 هـ.ق، ،‌ ترجمه رقم 3896.

Diriawayatkan Ibrahim bin Makhlad bin Ja'far berkata, Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim al-Hakimi telah menceritakan kepada kami, daripada al-Hasan bin al-Fadhl al-Za'farani dan Ja'far bin Abi Uthman al-Tayalisi bahawa mereka berdua berkata, daripada Abdul Hamid bin Salih, telah menceritakan kepada kami oleh Isa bin Abdul Rahman, daripada al-Sudi, daripada Abi Abdillah al-Jadali, daripada Ummu Salamah yang berkata: Wahai Aba Abdillah, apakah ada di kalangan kamu yang mencerca Rasulullah di atas minbar-minbar? Katanya: Maha Suci Allah, mungkinkah terjadi seperti ini? Ummu Salamah berkata: Tidakkah ada yang mencerca Ali dan pencintanya? Sesungguhnya aku bersaksi bahawa Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau.

- Al-Khatib al-Baghdadi, Ahmad bin Ali Abu Bakar (meninggal dunia tahun 463), Tarikh Madinah al-Salam (Tarikh Baghdad) jilid 8 muka surat 411 - 412, Dar al-Nashr: Dar al-Garb al-Islami, Beirut, cetakan pertama, 1422 H, terjemah nombor 3896.

Muhaqqiq menyatakan sekiranya sanad-sanadnya adalah dhaif, namun secara prinsipnya hadis ini adalah sahih:

و الحديث صحيح يروي من طرق عن ابي عبد الله الجدلي و هو ثقة يتشيع.

الخطيب البغدادي، أحمد بن علي أبو بكر (متوفاي )463 ،تاريخ مدينة السلام (تاريخ بغداد) ج 8 ص 411 - 412 ،  دار النشر : دار الغرب الإسلامي، بيروت، چاپ اول ، 1422 هـ.ق، ،‌ ترجمه رقم 3896.

Hadis itu sahih dan diriwayatkan dari berbagai jalan, daripada Abi Abdillah al-Jadali, beliau adalah thiqah dan seorang Syiah.

- Al-Khatib al-Baghdadi, Ahmad bin Ali Abu Bakar (meninggal dunia tahun 463), Tarikh Madinah al-Salam, jilid 8 muka surat 411 – 412, Dar al-Nashr, Dar al-Gharb al-Islami, Beirut, cetakan pertama, 1422 H, terjemah nombor 3896.

 

Nukilan al-Haithami dalam kitab Majma’ al-Zawaid

Al-Haithami juga meriwayatkan hadis ini dan menganggapnya sebagai Sahih:

وعن أبي عبدالله الجدلي قال قالت لي أم سلمة يا أبا عبدالله أيسب رسول الله صلى الله عليه وسلم فيكم قلت أنى يسب رسول الله صلى الله عليه وسلم قالت أليس يسب علي ومن يحبه وقد كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحبه رواه الطبراني في الثلاثة وأبو يعلى ورجال الطبراني رجال الصحيح غير أبي عبدالله وهو ثقة وروى الطبراني بعده بإسناد رجاله ثقات إلى أم سلمة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال مثله

الهيثمي، ابوالحسن نور الدين علي بن أبي بكر (متوفاى 807 هـ)، مجمع الزوائد ومنبع الفوائد، ج 9 ص 130، ناشر: دار الريان للتراث/‏ دار الكتاب العربي - القاهرة، بيروت – 1407هـ.

 aripada Abi Abdillah al-Jadali yang berkata: Ummu Salamah telah berkata kepadaku: Wahai Aba Abdillah, adakah di kalangan kamu yang mencerca Rasulullah (s.a.w). Aku berkata: Mungkinkah Rasulullah dicerca? Beliau berkata: Tidakkah ada orang yang mencerca Ali dan pencintanya? Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau. Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan Abu Ya'la, rijal al-Tabrani adalah rijal sahih melainkan Abi Abdillah sedangkan beliau adalah thiqah. Tabrani meriwayatkan hadis seperti itu dengan sanad rijal yang thiqah sampai kepada Ummu Salamah daripada Rasulullah (s.a.w).

- Al-Haithami, Abul Hasan, Nur al-Din Ali bin Abi Bakar (meninggal dunia tahun 807 H), Majma' al-Zawaid Wa Manba' al-Fawa'id, jilid 9 muka surat 130, penerbit Dar al-Rayyan Li Turath/ Dar al-Kitab al-Arabi - Qahirah, Beirut - 1407 H.

 

 

Riwayat Ibnu Asakir dalam kitab Tarikh Madinah Dimasq.

 

Ibnu Asakir telah menukilkan riwayat yang lain dari berbagai jalan:

أخبرنا أبو محمد بن طاوس أنا أبو الفتح عبد الرزاق بن عبد الكريم بن عبد الواحد أنا أبو عبد الله محمد بن إبراهيمم بن جعفر الجرجاني نا محمد بن يعقوب بن يوسف الأصم نا محمد بن الحسين بن أبي الحنين نا إسماعيل بن أبان الوراق حدثني عمرو عن إسماعيل السدي قال وقال قيس بن أبي حازم سمعت أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم تقول من سب عليا وأحباءه فقد سب رسول الله صلى الله عليه وسلم وأشهد أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يحبه

ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله (متوفاى571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، ج 42  ،ص 267، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995.

 

Diriwayatkan Abu Muhammad bin Tawus berkata, Ibnu Abul Fath Abdul Razzaq bin Abdul Karim bin Abdul Wahid telah menceritakan kepada kami, Abu Abdillah Muhammad bin Ibrahim bin Ja’far al-Jurjani telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ya’qub bin Yusuf al-Asham, Muhammad bin Husain bin Abi al-Hunain telah menceritakan kepada kami, Ismail bin Aban al-Warraq telah menceritakan kepada kami, Amru telah menceritakan kepadaku daripada Ismail al-Sudi yang berkata: Qais bin Abi Hazim berkata: aku telah mendengar isteri Nabi (s.a.w) Ummu Salamah berkata: Barangsiapa yang mencerca Ali dan para pencintanya maka ia telah mencerca Rasulullah (s.a.w), aku bersaksi bahawa Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau.

 

Ibnu Asakir al-Dimashqi al-Shafi‛I, Abi al-Qasim Ali bin al-Hasan ibu Hibbatillah bin Abdillah (meninggal dunia tahun 571 H), Tarikh Madinah Dimasyq wa Zikr Fadhliha, jilid 42 muka surat 267, Tahqiq: Muhibbuddin Abi Sa’id Umar bin Ghuramah al-Umari, penerbit Dar al-Fikr – Beirut 1995.

 

Riwayat lain daripada Ibnu Asakir

Ibnu Asakir juga menukilakan hadis yang lain seperti berikut:

 

أخبرنا أبو عبد عبد الله الفراوي انا أبو عثمان البحيري أنا أبو بكر محمد بن الحسن بن أحمد بن سليم النجاد البغدادي نا أبو العباس أحمد بن محمد بن سعيد بن عبد الرحمن الهمداني ناأحمد بن يحيى الصوفي نا إسماعيل بن أبان الوراق نا عمرو بن ثابت عن يزيد بن أبي زياد حدثني ابن أخي بن ارقم قال دخلت على أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم فقالت ممن أنت قلت من أهل الكوفة قالت من الذين يسب فيهم رسول الله صلى الله عليه وسلم قلت لا والله يا أمه ماسمعت أحدا يسب رسول الله صلى الله عليه وسلم قالت بلى والله إنهم يقولون فعل الله بعلي ومن يحبه وقد كان والله رسول الله صلى الله عليه وسلم يحبه

ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله (متوفاى571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، ج 42   ص 265، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995.

 Abu Abdillah al-Farawi berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Uthman la-Buhairi, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin Salim al-Nijad al-Baghdadi, telah menceritakan kepada kami Abul Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sa'id bin Abdul Rahman al-Hamdani, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yahya al-Sufi, telah menceritakan kepada kami Ismail bin Aban al-Warraq, telah menceritakan kepada kami Amru bin Thabit, daripada Yazid bin Abi Ziyad, telah menceritakan kepada kami Ibnu Akhi bin Arqam yang berkata: Aku bertemu dengan Ummu Salamah, isteri Nabi (s.a.w). Beliau berkata kepadaku: Engkau dari mana? Aku menjawab: Aku datang dari Kufah. Beliau berkata: Siapakah di kalangan kamu yang mencerca Rasulullah? Aku berkata: Tidak ada demi Allah, wahai bonda. Aku tidak mendengar seorangpun yang mencerca Rasulullah (s.a.w). Beliau berkata: Bahkan demi Allah mereka mengatakannya terhadap Ali dan pencinta beliau. Sedangkan Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w) mencintai beliau.

- Ibnu Asakir al-Dimashqi al-Shafi'i, Abi al-Qasim Ali bin al0Hasan ibn Hibbatullah bin Abdillah (meninggal dunia tahun 571 H), Tarikh Madinah Dimashq, Wa Zikr Fadhliha, Jilid 42, muka surat 265, tahqiq: Muhibbuddin Abi Sa'id Umar bin Ghuramah al-Umari, penerbit: Dar al-Fikr - Beirut 1995.

Riwayat yang lain daripada Ibnu Asakir:

Ibnu Asakir menukilkan riwayat lain tentang cercaan terhadap para pencinta Ali (a.s) sebagai mana yang telah disebut sebelum ini di mana orang yang mencerca dan melaknat beliau sebenarnya telah mencerca dan melaknat Rasulullah (s.a.w).

 

Ibnu Asakir menulis:

كتب إلي أبو سعد محمد بن محمد بن محمد وأبو علي الحسن بن أحمد وأبو القاسم غانم بن محمد بن عبيد الله ثم أخبرنا أبو المعالي عبد الله بن أحمد بن محمد الحلواني أنا أبو علي قالوا أنا أبو نعيم الحافظ نا سليمان بن أحمد نا أحمد بن محمد بن الحجاج بن رشدين نا يوسف بن عدي الكوفي نا عمرو بن أبي المقدام عن يزيد بن أبي زياد عن عبد الرحمن ابن أخي زيد بن أرقم قال  دخلت على أم سلمة أم المؤمنين فقالت من أين أنتم فقلت من أهل الكوفة فقالت أنتم الذين تشتمون النبي  فقلت ما علمنا أحدا يشتم النبي قالت بلى أليس يلعنون عليا ويلعنون من يحبه وكان رسول الله يحبه

ابن عساكر الدمشقي الشافعي، أبي القاسم علي بن الحسن إبن هبة الله بن عبد الله (متوفاى571هـ)، تاريخ مدينة دمشق وذكر فضلها وتسمية من حلها من الأماثل، ج 42   ص 265 -266، تحقيق: محب الدين أبي سعيد عمر بن غرامة العمري، ناشر: دار الفكر - بيروت - 1995.

Abu Sa'ad Muhammad bin Muhammad dan Abu Ali al-HUsain bin Ahmad, Abu al-Qasim Ghanim bin Muhammad bin Ubaidillah telah menulis kepadaku, kemudian telah menceritakan kepada kami Abu al-Mu'ali Abdillah bin Ahmad bin Muhammad al-Halwani, telah menceritakan kepada kami Abu Ali, mereka berkata Abu Naim al-Hafiz telah menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Ahmad telah menceritakan kepada kami, Ahmad bin Muhammad bin al-Hajjaj bin Rashidin telah menceritakan kepada kami Yusuf bin Adi al-Kufi, telah menceritakan kepada kami Amru bin Abi al-Miqdam, daripada Yazid bin Abi Ziyad, daripada Abdul Rahman ibnu Akhi, Zaid bin Arqam yang berkata: Ummul Mukminin Ummu Salamah menemuiku dan bertanya: Kamu dari mana? Aku berkata: Aku warga kufah. Beliau berkata: Kamukah orang yang mencerca Nabi? Aku menjawab: Aku tidak tahu ada orang yang mencerca Nabi. Beliau berkata: Bahkan iya, tidakkah ada orang yang melaknat Ali dan pencintanya? Sesunggguhnya Rasulullah mencintai beliau.

- Ibnu Asakir al-Dimashqi al-Shafi'i, Abil Qasim Ali bin al-Hasan ibnu Hibbatillah bin Abdillah (meninggal dunia tahun 571 Hijrah), Tarikh Madinah Dimashq Wa Zikr Fadhliha, jilis 42 muka surat 265 - 266, tahqiq Muhibuddin Abi Sa'id Umar bin Guramah al-Umari, penerbit: Dar al-Fikr - Beirut, 1995 M.

 

Kesimpulan:

 

Dengan ini, berasaskan riwayat-riwayat yang berbagai jalur sanad, barangsiapa yang menghina Syiah dan para pencinta Ali (a.s) hakikatnya telah menghina Nabi (s.a.w) dan Ahlul Bait baginda.