Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Isnin

24 November 2014

7:21:44 PG
653551

Jenayah terbaru ISIS al-Shabab Somalia (+18)

Kumpulan pengganas Al-Shabab Somalia membunuh penumpang bas bukan Islam di Utara Kenya.

Kumpulan pengganas Al-Shabab Somalia membunuh penumpang bas bukan Islam di Utara Kenya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kira-kira 28 orang penumpang sebuah bas diculik dan dibunuh kumpulan pengganas al-Shabab Somalia.

Dua pegawai polis Kenya mengumumkan bas ini sedang bergerak membawa 60 orang penumpang ke Nairobi, ibukota Kenya, 50 kilometer dari kta Mandera, yang berhampiran dengan Somalia.

Penumpang diarahkan turun dan mereka yang tidak dapat membaca ayat suci al-Qur'an telah ditembak pengganas.

Sebahagian korban merupakan penganut agama Kristian yang sedang bercuti sempena tahun baru Masihi.

Kali terakhir Kenya diserang kumpulan pengganas yang mengaku berkait rapat dengan jaringan al-Qaeda ialah pada tahun 2011. Sekurang-kurangnya 135 serangan pengganas al-Shabab terjadi di negara ini.