Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA.ir
Selasa

25 November 2014

8:18:11 PG
653863

Guru Tarikat Azmiyah Mesir;

Majlis Keselamatan Negara Islam perlu dibentuk

Negara-negara Islam perlu membentuk Majlis Keselamatan untuk mempertahankan negara Islam dari serangan musuh luar dan dalaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pemimpin Tarikat Aza'im Mesir, Sheikh Ala Abul Aza'im dalam ucapannya menegaskan bahawa negara-negara Islam perlu membentuk Majlis Keselamatan sendiri.

Beliau berkata demikian malam tadi dalam Kongres Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam di Qom.

Tambah beliau lagi, "Semua negara Islam hendaklah menganggotai pakatan Majlis Keselamatan ini. Pasukan tentera di bawah Majlis Keselamatan ini perlu dibentuk demi mempertahankan negara-negara Islam dalam menghadapi musuh luar, termasuk kumpulan pengganas Takfiri."

Kongres Antarabangsa Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam berakhir malam tadi dengan pembacaan resolusi dari empat jawatankuasa penting yang dilantik dua hari lalu.

Liputan Berita Kongres Antarabangsa Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam: