Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Jumaat

28 November 2014

4:40:50 PG
654499

Majma' Jahani Ahlul Bait kecam serangan ke atas rumah Ayatullah Isa Qasim

Pertubuhan NGO Majma' Jahani Ahlul Bait mengeluarkan kenyataan media bagi mengecam tindakan pasukan keselamatan rejim Al Khalifah yang menyerbu rumah Ayatullah Isa Qasim berikutan kegagalan pihak kerajaannya menganjurkan drama pilihanraya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan serangan pasukan keselamatan rejim Al Khalifah terhadap rumah Ayatullah Sheikh Isa Qasim, dengan pertubuhan Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

Kenyataan media ini turut menyentuh tentang kegagalan pilihanraya Bahrain sehingga melancarkan tindakan pengecutnya, "Serangan ganas ke atas rumah Ayatullah Isa Qasim tidak akan mencapai matlamatnya dan tindakan ini tidak akan melemahkan asas gerakan pembangkang Bahrain mahupun mengurangkannya."

Teks penuh kenyataan media Majma' adalah seperti berikut:

Mereka yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi. Mereka itulah orang yang rugi. (Surah al-Baqarah ayat 27)

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling, ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu seburuk-buruk tempat tinggal. (Surah al-Baqarah ayat 204-207)

Selang beberapa jam kegagalan drama pilihanraya di Bahrain dalam keadaan rakyatnya menghadapi sekatan lebih dari 70 peratus, pasukan keselamatan yang lengkap bersenjata bertindak menggempur rumah pemimpin tertinggi Syiah Bahrain Ayatullah Isa Qasim dan mengancam seluruh penghuni rumah beliau. Mereka menggeledah rumah beliau dengan teliti. Setelah itu pasukan keselamatan bertindak mengambil gambar kad pengenalan penghuninya.

Aksi pengecut ini sebenarnya menyingkap hakikat krisis akhlak, politik dan keselamatan dalam negara ini. Bahrain kini merupakan negara yang memerintah rakyatnya secara kuku besi dan tidak mampu mendramakan sebuah realiti pilihanraya.

Serangan yang disertai ancaman dan penghinaan bertentangan dengan undang-undang tidak pernah berhenti. Bahrain mencatatkan 39 serangan ke atas rumah-rumah penduduk setelah pilihanraya dramatik. Dari bulan Julai hingga September 2014 tindakan pihak polis semakin keras. 601 kes serangan ke atas rumah-rumah penyokong pembangkang telah direkod. Aksi-aksi ini bertujuan menekan pihak pembangkang Bahrain supaya menyertai pilihanraya.

Inilah serangan kedua terhadap rumah tokoh agama yang berpengaruh di Bahrain tersebut. Selain serangan, berbagai ancaman dan penghinaan telah dilontarkan kepada pemimpin Syiah dan para pemimpin pembangkang.

Dunia Islam dan rakyat Bahrain yang berani amat mengetahui dengan baik kedudukan tertinggi, ilmu, ketakwaan dan keberanian ulama pejuang ini.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) percaya serangan ganas yang disasar terhadap Ayatullah Isa Qasim tidak akan mencapai matlamatnya dan tindakan ini tidak akan melemahkan asas gerakan pembangkang Bahrain mahupun mengurangkannya.

Mereka yang berlindung di bawah transformasi terkini jelas menyatakan kesetiakawanan mereka terhadap Ayatullah Isa Qasim. Majma' juga turut mengecam sebarang penghinaan terhadap pemimpin Syiah ini dan serangan ke atas beliau dianggap serangan terhadap seluruh pengikut Ahlul Bait (a.s).

Majma' meminta seluruh marja' taqlid, yayasan agama, kebudayaan dan pertubuhan antarabangsa menunjukkan solidariti masing-masing terhadap pemimpin tersohor Bahrain tersebut. Serangan ke atas pemimpin rakyat Bahrain ini merupakan tindakan bahaya dan pihak Majma' memberi amaran tentang perkara ini kepada kerajaan Bahrain.

Akhir sekali, dengan menadah tangan memohon doa kepada Allah (s.w.t), kami memohon rahmat, keampunan, perhatian dan kemenangan untuk kaum mukiminin.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)
4 Safar 1436 Hijrah