Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Ahad

30 November 2014

6:20:53 PTG
655126

Nigeria;

Muhammad Sanusi II melawat tempat serangan pengganas di Kano

Pemimpin nombor dua Ahli Sunnah melawat masjid yang diserang pengganas Boko Haram dan mengutuk serangan tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Nigeria Googluck Jonathan bersumpah akan memburu dalang serangan tidak berperi kemanusiaan di sebuah masjid yang mana imamnya menyeru umat Islam memerangi pengganas Boko Haram.

Dalam kejadian ini sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh manakala 270 yang lain mengalami kecederaan apabila pengganas melakukan serangan bom bunuh diri dan tembakan rambang ke atas jemaah masjid yang sedang solat Jumaat.

Sementara itu, Muhammad Sanusi II ulama Sunni nombor dua terkenal di Nigeria setelah Sheikh Sultan Sokoto mengambil inisiatif melawat tempat kejadian sambil mengutuk dalang serangan.

Minggu lalu Sanusi menyeru umat Islam mengangkat senjata untuk memerangi pengganas Boko Haram.

"Dari semua petunjuk, mereka telah merancang serangan ini sekurang-kurangnya dua bulan lalu," kata Sanusi kepada pemberita.

Hingga kini tidak dapat dipastikan samada perempuan atau lelaki yang melakukan serangan bom bunuh diri tersebut. Namun dalam siri serangan sebelum ini menunjukkan pengganas telah menggunakan perempuan sebagai pengebom bunuh diri.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marziye Afkham turut menyatakan rasa dukacita pihaknya terhadap serangan pengganas di Nigeria di Masjid Kano.

Sambil mengecam perbuatan tersebut, beliau menegaskan betapa pentingnya perpaduan dalam menangani krisis pengganas serta menentukan masa depan Nigeria.

...............