Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Isnin

1 Disember 2014

4:48:38 PG
655174

Al-Azhar undang Iran dalam forum anti terrorisme

Universiti al-Azhar yang mewakili dunia Ahli Sunnah akan menganjurkan forum anti keganasan pada 3 dan 4 Disember ini dengan kehadiran deligasi dan duta lebih dari 120 negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Akhbar Youm al-Sabi' melaporkan wakil al-Azhar, Dr. Abbas Shouman dalam satu sidang media berkata, universiti al-Azhar akan menganjurkan forum anti pengganas dengan penyertaan Sunni dan Syiah, termasuk penganut agama Sa'ibiyyah yang mana undangannya akan meliputi 120 negara termasuk Iran.

Shoman berkata, "Forum anti terrorisme yang akan diatur oleh Majlis Mahaguru al-Azhar pada 3 dan 4 Disember ini bakal menyaksikan deligasi-kehadiran deligasi kumpulan Sunni, Syiah dan Sa'ibin, di mana undangannya meliputi 120 negara termasuk Iran, yang menegaskan bahawa persidangan bukanlah berbaur politik atau mengejar kepentingan individu, bahkan ia merupakan usulan dari Sheikh al-Azhar."

Tambah Shoman forum ini akan memperincikan sikap al-Azhar yang berkonfrontasi dengan terrorisme. Menurutnya lagi duta-duta dari berbagai negara akan diundang termasuk wakil kaum Yezidi yang akan memenuhi sesi bagi menceritakan penderitaan kaumnya di dalam krisis keganasan.

Menyentuh tentang kebudayaan al-Azhar, Shoman menegaskan pihak univeristinya yang terkenal sebagai wakil dunia Ahli Sunnah itu tidak pernah memproduksikan terrorisme dan masyarakat awam bakal menyaksikan perkembangannya dengan penuh harapan di mana forum seperti itu akan berlangsung setiap tahun.

الدكتور عباس شومان وكيل الأزهر

جانب من الحضور بالمؤتمر

الصحفيون بمؤتمر وكيل الأزهر

أحد الحاضرين يُناقش وكيل الأزهر حول دور الأزهر فى مواجهة الإرهاب

الدكتور عباس شومان يوضح تفاصيل مؤتمر مواجهة التطرف للحاضرين

وكيل الأزهر يوضح استفسار أحد الصحفيين حول المؤتمر

فاعليات المؤتمر

الدكتور عباس شومان يتحدث عن دور الأزهر لردع العنف

عباس شومان يؤكد ضرورة مشاركة علماء الأزهر وممثلى الكنيسة بالمؤتمر

وكيل الأزهر يُداعب أحد الصحفيين خلال المؤتمر