Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Selasa

2 Disember 2014

9:41:50 PG
655443

Ahmad Moballeghi diundang Sheikh al-Azhar dalam persidangan di Kaherah

Presiden Univerisiti Taqrib Bainal Mazhabi diundang dalam persidangan anti pengganas di Kaherah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Dr. Sheikh Ahmad Tayyib telah mengirim surat undangan rasmi kepada Presiden Universiti Taqrib Bainal Mazahib, Hujjatul Islam Ahmad Moballeghi dalam persidangan anti pengganas pada 3 dan 4 Disember ini.

Berasaskan laporan ini, surat Sheikh al-Azhar tersebut tersebut memuji usaha bersepadu Moballeghi dalam menyebarkan semangat muhibbah dan kesefahaman di kalangan mazhab-mazhab dalam Islam yang dianggap sebagai modal yang diredai Institut Pengajian al-Azhar. Dengan ini Moballeghi diundang untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Al-Azhar al-Syarif bagi Konfrontasi Ekstremisme dan Terrorisme.

Hujjatul Islam Moballegi juga dijangka akan menyampaikan ucapan berjudul "Hormati perselisihan, kepelbagaian dan keharmonian" dalam persidangan tersebut.

Persidangan ini dikatakan mempunyai misi membetulkan kefahaman tentang negara Islam, kekhalifahan, penghakiman, jihad, jahiliyah dan Takfiri yang telah membentuk golongan ekstremisme dan sedang menghancurkan negara Mesir.

Selain itu beberapa tokoh penting dari berbagai negara, elit dari ulama, individu-individu al-Azhar dan ulama Islam dari seluruh dunia, termasuk pemimpin gereja Timur serta Barat termasuk wakil mazhab-mazhab telah diundang.