Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Khamis

4 Disember 2014

2:56:54 PG
655802

Persidangan Konfrontasi Ekstremisme dan Terrorisme di Al-Azhar telah bermula

Presiden Univeriti al-Azhar, Sheikh Ahmad al-Tayyib merasmikan persidangan dengan kecaman terhadap jenayah kejam ISIS di Iraq dan Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Persidangan Konfrontasi Ekstremisme dan Terrorisme yang bermula kelmarin di al-Azhar Mesir menegaskan betapa pentingnya peranan ulama serta yayasan agama dalam menghadapi pemikiran rosak golongan pelampau.

Dalam persidangan tersebut, deligasi berbagai mazhab dan agama dari 120 buah negara telah diundang seperti Sunni, Syiah, Sa'ibiyah, Yezidiyah serta Kristian bagi menganalisa jalan penyelesaian terhadap krisis terrorisme.

Sheikh Ahmad Tayyib dalam ucapan perasmian kelmarin berkata, "Kumpulan-kumpulan pengganas dan fanatik perkauman seperti ISIS sedang menerapkan Islam palsunya ke atas semua orang. Dengan undang-undang Islam yang mereka gubal sendiri, mereka menghukum bunuh orang lain dan mereka itu terkeluar dari daerah agama Islam, sedangkan perkara ini tidak dapat diterima."

Tambah beliau lagi, "Ekstremisme cuba menyelewengkan hukum hakam Islam dan nilai ajaran agama yang berkaitan dengan jihad, seterusnya menghalalkan penumpahan darah orang lain."

Sheikh al-Azhar menambah, "Pengganas yang melakukan propaganda di rantau ini tidak mempunyai misi lain kecuali menjahanamkan negara-negara umat Islam dan bekerja untuk memenuhi kepentingan negara-negara asing."

Sambil mengecam jenayah kekejaman ISIS di Iraq dan Syria, beliau berkata, "Organisasi dan kumpulan bersenjata, telah melakukan jenayah kejam dan tidak dapat diterima ini atas nama Islam."

"Persidangan al-Azhar Konfrontasi Ekstremisme dan Pengganas" ini turut memberi penekanan terhadap peranan para ulama dan yayasan agama dalam menghadapi pemikiran yang rosak dan meluruskan pemahaman istilah seperti Negara Islam, Kekhalifahan, Pemerintahan, Jihad, Jahil dan Takfiri di Mesir yang menjadi sasaran golongan pelampau sejak akhir-akhir ini. Selain itu persidangan ini juga akan menganalisa punca-punca ekstremisme.

Deligasi dari Iran, Presiden Universiti Taqrib Bainul Mazahib, Hujjatul Islam Ahmad Moballeghi turut memberikan ucapan berjudul: Hormati perselisihan, kepelbagaian dan keharmonian.