Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Selasa

9 Disember 2014

7:59:17 PG
656980

Pemimpin Ikhwanul Muslimin disidangkan

Aturcara Mahkamah Kaherah meneliti beberapa tuduhan yang dikenakan terhadap pemimpin-pemipin Ikhwanul Muslimin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Mahkamah Kaherah beberapa hari lalu bersidang untuk meneliti pertuduhan ke atas mantan Presiden Mesir, Dr. Mohamad Morsi bersama 35 orang pemimpin Ikhwanul Muslimin sebagai mata-mata asing dan membocorkan rahsia negara.

Sidang dihakimi oleh Sha'ban al-Shami di Kaherah yang menyeret para pemimpin Ikhwan seperti Khairat el-Shater, Mohammad Badi', Saad El-Katatni, Safwat al-Hegazi dan lain-lain lagi ke muka pengadilan.

Perincian sidang tidak tersebar namun media Mesir memaklumkan pertuduhan masih dibicarakan.

Semalam Mahkamah Kaherah bersidang untuk mendengar prosiding mengenai tragedi Pejabat al-Irshad.

Pada masa yang sama, Muhammad Badi' dan timbalannya Khairat al-Shatir bersama 15 yang lain turut disidangkan.

Antara pertuduhan yang diaju ialah pembunuhan, hasutan untuk membunuh di hadapan pejabat al-Irshad, Mokattam, Kaherah sehingga menyebabkan kematian 9 orang manakala 90 yang lain cedera.

Mahkamah dijangka akan memutuskan hukuman secepat mungkin.