Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Sabtu

13 Disember 2014

3:22:08 PTG
657948

Mesir dan Jordan setuju kerjasama kembalikan keamanan di Iraq dan Syria

Presiden Mesir kunjungi Raja Abdullah II Jordan untuk membincangkan masalah Palestin, Iraq dan Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi telah membincangkan masalah kempen memerangi pengganas, krisis Syria dan Palestin ketika mengunjungi Raja Abdullah II di Amman, Jordan.

Kedua-dua pihak saling menegaskan betapa pentingnya percaturan strategi memerangi pengganas yang kini memperalatkan nama Islam dalam melakukan jenayah.

Raja Jordan dan Presiden Mesir bersetuju untuk mendesak masyarakat antarabangsa menyediakan inisiatif lazim bagi mewujudkan perdamaian di Timur Tengah serta mengakhiri babak perseteuan antara Palestin dan rejim Zionis.

Kedua-dua pihak turut mencapai kesefahaman untuk mencari jalan penyelesaian masalah Syria hingga kembalinya keamanan di negara bergolak tersebut.

Abdullah II dan Abdul Fattah al-Sisi turut membincangkan masalah Iraq dan pengukuhan perdamaian di kalangan seluruh puak. Mereka juga tidak menolak untuk membantu Baghdad dalam menghadapi pengganas.

Kunjungan al-Sisi ini adalah yang pertama sejak beliau memegang tampuk pemerintahan Republik Arab Mesir.