Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Sabtu

13 Disember 2014

4:01:51 PTG
657962

Nigeria;

Pengganas serang pasar kain, 7 terbunuh

Sekurang-kurangnya 7 orang terbunuh dalam satu lagi serangan bunuh diri di sebuah pasar kain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sebuah pasar kain di Utara Kano, Nigeria diserang pengganas sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 7 orang terbunuh dan 30 yang lain cedera.

Dalam insiden ini, dua wanita dipercayai menjadi pengebom bunuh diri menyasarkan kawasan pemunggahan barang di medan motorsikal untuk meledakkan diri masing-masing.

Hingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab namun serangan dipercayai telah dilakukan oleh kumpulan pengganas Boko Haram.

Seorang penjaja, Nura Sadiq berkata, "Saya mendengar letupan besar dari arah belakang kedai sepanjang Jalan Unity. Saya terus menutup kedai dan pergi kerana tidak aman."

...............

Letupan di kota Jos

Pegawai Nigeria mengumumkan dua serangan bom terjadi di kota Jos pada hari Khamis lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh.

Kota Jos terletak di antara Selatan kawasan penduduk Kristian manakala di bahagian Utara mempunyai populasi penduduk Islam. Hampir semua kejadian serangan dikesan telah dilakukan oleh kumpulan Boko Haram.

Insiden ini terjadi berhampiran dengan terminal bas di kawasan komersial Jos.

Kumpulan Boko Haram telah membunuh lebih dari 2000 orang pada tahun ini atas nama jihad.

Sementara itu polis Nigeria berjaya menahan seorang gadis berusia 13 tahun yang memakai tali pinggang bersama bom di Kano.