Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Sabtu

3 Januari 2015

8:20:11 PTG
662468

Sempena Maulud Nabi (s.a.w);

Penduduk Mesir ziarah Ra'sul Imam Husain (a.s)

Esok penduduk Mesir Syiah dan Sunni akan menyambut hari kelahiran Rasulullah (s.a.w) di Masjid Imam Husain (a.s), Kaherah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ra'sul Imam Husain (a.s) merupakan salah satu kompleks yang dihormati pengikut mazhab Syiah dan Ahlisunnah di Mesir yang mana terdapat pandangan bahawa tempat tersebut telah bersemadinya kepala cucu Rasulullah yang syahid di Karbala.

Esok bertepatan dengan 12 Rabi'ul Awwal, pengikut Ahlisunnah akan menyambut ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad (a.s.) di mana ada di antara mereka akan mengambil kesempatan untuk menziarahi Ra'sul Husain (a.s).

Seorang pengikut mazhab Syiah Mesir, Tahir al-Hashimi berkata, "Syiah juga akan menyambut hari Maulud Nabi (s.a.w) bersama-sama Ahlisunnah dan golongan sufi di Masjid Imam Husain (a.s), Kaherah."

Tambah beliau lagi, "Walaupun pengikut mazhab Syiah kurang melibatkan diri di dalam lapangan politik dan agama Mesir, namun mereka akan berusaha mendapatkan hak-hak beragama dalam berbagai kegiatan."

Kompleks Ra'sul Husain (a.s) kini menjadi salah satu simbol suci di kalangan para pencinta Ahlul Bait (a.s) yang terletak di Kaherah. Tempat ini telah dibangunkan oleh kerajaan Fatimiyah pada tahun 553 Hijrah dengan dharih makamnya yang dinisbahkan kepada tempat bersemadi kepala Imam Husain (a.s). Meskipun terdapat perselisihan pendapat tentang tempat persemadian kepala cucu Rasulullah ini, terdapat satu riwayat yang menegaskan pihak kerajaan Fatimiyah yang beraliran Ismailiyah telah membawa kepala Imam Husain (a.s) dari Asqalan, Palestin ke Mesir kerana khuatir terhadap perang Salib yang boleh membawa kerosakan terhadap kepala tersebut.