Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Ahad

4 Januari 2015

7:27:05 PTG
662651

Resolusi persidangan ke-160, Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)

Persidangan ke 160 Syura Tertinggi Majma Jahani Ahlul Bait telah berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu lepas di Masyhad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait mengeluarkan resolusi di akhir persidangan ke-160 hari ini. Resolusi ini mengandungi beberapa perkara yang berkaitan dengan Hari Dunia Islam, termasuk masalah Iraq, gerakan Takfiri, penangkapan Sheukh Ali Salman dan pembunuhan Syiah Arab Saudi.


Teks resolusi persidangan adalah seperti berikut:



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Resolusi Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)



Menjelang Maulud Nabi Muhammad dan hari kelahiran Imam Ja'far al-Sodiq yang bertuah  ini, yang turut menempa nama minggu perpaduan, anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) berjaya melangsungkan persidangan ke-160 di samping haram Imam Ali bin Musa al-Ridha (a.s).

Anggota Syura dalam persidangan selama dua hari ini, telah membincangkan dan menilai transformasi terkini dunia Islam, dan situasi umum para pengikut Ahlul Bait (a.s). Diakhir persidangan ini, penduduk dunia diminta memperhatikan beberapa perkara berikut:

1. Anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan istimewa terhadap keberanian dan kenyataan bijaksana para marja' taqlid terutamanya Ayatullah al-Uzma Sayid Ali Khamenei dalam memberi penjelasan kepada pemikuran umum umat Islam terhadap bahaya dan ancaman kumpulan Takfiri bersenjata, dan mengajak umat Islam ke arah menjaga perpaduan, solidariti dan bersemuka dengan fenomena keji Amerika, Zionis, Ba'ath serta Takfiri.

2. Anggota Syura ini menyatakan penghargaannya atas kejayaan dan kesan Kongres Antarabangsa Takfiri Menurut Pandangan Islam. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Ayatullah Makarim Syirazi dan Ja'far Subhani (penganjur).

3. Anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) menyatakan penghargaan terhadap keperihatinan mereka yang berkabung dengan perarakan besar Arba'in sehingga menakjubkan penghuni dunia, di samping mengglobalkan kudrat dan solidariti Syiah. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada para marja', pegawai kerajaan dan penduduk Iraq serta Iran yang berperanan mewujudkan sarana berkesan selaku tuan rumah kepada para penziarah.

4. Anggota Majlis Tertinggi mengecam jenayah kumpulan Takfiri dan pengganas yang membunuh insan tidak berdosa dan tidak berdaya mempertahankan diri di hujung pelusuk dunia, terutamanya di Syria dan Iraq. Penghargaan tidak terhingga atas keupayaan perjuangan dan kemenangan yang dicapai pihak tentera, pejuang tempatan dan kabilah-kabilah yang berani dalam rantau yang bergolak sejak akhir-akhir ini di samping mengusir kumpulan ISIS dari kawasan yang di bawah kekuasaannya di Iraq. Disebabkan taufik, mereka berjaya mengembalikan perdamaian, keamanan dan pembebasan sempurna bumi yang dicengkam pencemaran Takfiri bersenjata dan talibarut negara pembuli termasuk yang terhutang budi dengan paksi Gharbi (Barat) - 'Ibri (Hebrew) - Arab.

5. Anggota Syura Tertinggi menyatakan sikap solidariti terhadap perjuangan dan kebangkitan umat Islam Bahrain dalam menunaikan tuntutan hak legitimasi dan tamadunnya. Syura Tertinggi juga meminta pembebasan segera tanpa syarat Hujjatul Islam Sheikh Ali Salman, Setiausaha Agung Parti Islam Nasional Bahrain al-Wefaq, begitu juga seluruh tahanan politik dalam negara ini. Turut dikecam perbuatan tidak berperi kemanusiaan Al Khalifah.

6. Anggota Syura negara ini mengecam keras kezaliman rejim Al Khalifah yang menumpahkan darah penduduk tidak berdosa di samping menuntut para tahanan yang dipenjarakan.

7. Berasaskan sirah nurani Nabi (s.a.w) dan Ahlul Bait baginda (a.s), Anggota Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengajak umat Islam menjaga perpaduan dan kesetiakawanan Islam di samping menghindari perselisihan dan perpecahan. Semua orang dinasihatkan menuruti jalan Imam Khomeini dan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam.

Kami akhiri seruan dengan kesyukuran kepada Tuhan sekalian alam
Masyhad.


Persidangan Syura Tertinggi Majma' Jahani Ahlul Bait ke-160 telah berlangsung di Mashhad pada 2 hingga 3 Januari dengan kehadiran ramai anggota dari Iran dan luar Iran di Masyhad.