Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Rabu

14 Januari 2015

7:54:33 PTG
664864

Perdana Menteri Iraq di Mesir;

Sheikh al-Azhar ingin bertemu maraji' Syiah Najaf

Perdana Menteri Iraq berbincang masalah pelampau agama dan perpaduan di Iraq dalam satu pertemuan bersama Sheikh al-Azhar, di Kaherah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi  pada hari Isnin lalu telah mengadakan pertemuan bersama Presiden Universiti al-Azhar, Dr. Ahmad al-Tayyib bagi membincangkan kaedah memerangi pemikiran Takfiri dan bertukar pandangan masing-masing tentang isu semasa.

Sambil menerangkan situasi yang terjadi di Iraq sekarang, Haider al-Abadi berkata, "Kami sudah mempunyai marja' Syiah seribu tahun yang lalu di mana mereka sentiasa mengajak ke arah kehidupan harmoni dan keamanan, tanpa penumpahan darah. Rakyat pula mengetahui prinsip dan menentang setiap bendera yang bukan bendera Iraq."

Menurut beliau lagi, demi menjaga keamanan negara berbagai langkah proaktif perlu diambil seperti memperkenalkan agama Islam sebenar yang bertentangan dengan ajaran Takfiri disamping menyemai interaksi baik dengan pengikut berbagai agama serta menjauhi elemen-elemen perpecahan.

Dr. Amad Tayyib turut menegaskan pihaknya sentiasa menyokong perpaduan dan solidariti bersama rakyat Iraq dalam usaha memerangi pengganas tersebut.

Haider al-Abadi menceritakan beberapa plan strategik yang dapat diterapkan antara al-Azhar dan hawzah ilmiyah Najaf dalam rangka menyatukan ummah serta memerangi gejala ekstremisme. Tegasnya lagi kelompok-kelompok kabilah di Iraq adalah saling bersaudara.

Selain itu, prinsip yang dikongsi bersama al-Azhar dan hawzah Najaf dalam perpaduan umat dapat membantu melahirkan pemikiran sederhana dalam menghadapi aliran ekstremisme. Kabilah-kabilah di Iraq yang mengiktiraf persaudaraan tidak sekali-kali mengizinkan sebarang sempadan dilakar bagi memisahkan perpaduan yang telah dibina sesama mereka.

Perdana Menteri Iraq turut meminta negara-negara Arab bekerjasama mewujudkan satu majlis keselamatan bagi memerangi ISIS yang sedang memecah belah dan mencetuskan fitnah di kalangan umat dengan racun pemikirannya.

Mengulas tentang pengganas, beliau berkata terrorisme dan jenayah tidak berkaitan dengan Sunni atau Syiah, malah kewujudannya tidak ada kaitan sedikitpun dengan agama Islam. Sementara itu kemunculannya merupakan satu tamparan terhadap Islam dan sudah menjadi kewajipan umat untuk mempertahankan agama.

Sementara itu, penasihat Sheikh al-Azhar, Dr. Muhammad Mehna memaklumkan Dr. Ahmad Tayyib akan mengunjungi Iraq secepat mungkin dalam rangka mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Dr. Mehna dalam sidang akhbar menjelaskan, "Dalam pertemuan ini Sheikh al-Azhar berjanji akan menjemput marja' Syiah untuk menganalisa beberapa masalah ikhtilaf di Universiti al-Azhar kerana masalah ini sering dijadikan eksploitasi bagi menambahkan perpecahan."

Tambah beliau lagi, "Sheikh al-Azhar akan segera ke Iraq. Kunjungan ini bertujuan berbakti kepada perpaduan umat Islam sedangkan perpaduan merupakan suatu kemestian pada hari ini. Al-Azhar bersedia menjalankan kajian tentang perpaduan dengan memanfaatkan seluruh fasiliti yang ada padanya. Mengenai perkara ini, Sheikh al-Azhar berkata pihaknya tidak akan menunggu keamanan dipertingkatkan, namun dalam situasi seperti ini beliau akan menerapkan perpaduan di dalam negara Iraq."

"Salah satu ciri-ciri istimewa tahun ini ialah kelahiran Nabi Isa (a.s) dan Nabi Muhammad (s.a.w) sudah bermula. Peluang seperti ini harus dimanfaatkan kerana perpecahan dan perselisihan tidak memberikan faedah kepada sesiapapun.

"Dalam pertemuan ini, Sheikh al-Azhar dan Perdana Menteri Iraq turut membincangkan wacana-wacana dialog antara ulama al-Azhar dan marja'-marja' taqlid Najaf.

"Dasar politik negara baru Iraq ialah perpaduan dan kesetiakawanan. Semoga kita dapat melihat kerjasama dasar politik ini dengan Universiti al-Azhar," tutur beliau.

...............