Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna.ir
Rabu

21 Januari 2015

8:09:42 PG
666140

Kerajaan Mesir buka sempadannya dengan Rafah

Pintu untuk menyeberang ke Rafah dibuka selama tiga hari sampai Khamis minggu ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kerajaan Mesir telah membuka pintu sempadannya ke Rafah semalam selama tiga hari sehingga Khamis minggu ini.

Sumber keselamatan Gaza memaklumkan pintu penyeberangan di sempadan itu dibuka bagi memudahkan laluan pesakit dan mahasiswa keluar masuk ke kawasan Palestin.

Para pegawai Mesir turut memaklumkan, para pesakit juga memerlukan rawatan kecemasan sementara mahasiswa yang memiliki dua kerakyatan boleh memasuki negeranya dari Gaza.

Wartawan yang melaporkan berita dari sempadan Mesir-Rafah mendapati pintu masuk itu sesak dengan orang ramai beberapa jam sebelum dibuka.

Sebelum ini kerajaan Mesir juga telah membuka pintu sempadan tersebut pada 21 September lalu.