Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.ir
Jumaat

30 Januari 2015

9:37:03 PG
668099

Penduduk kampung bentuk pasukan buru pengganas Boko Haram

Penduduk kampung bentuk pasukan separa tentera untuk memburu pengganas Boko Haram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.ir) - Kumpulan pengganas Boko Haram kali ini terpaksa berdepan dengan reaksi masyarakat apabila penduduk kampung mengambil keputusan untuk membentuk pasukan separa tentera dalam menangani krisis kekejaman yang dipelopori militan daripada penganut aliran sesat Wahabi.

Di kota Mobi, pasukan separa tentera berjaya membebaskan kawasan tersebut dari cengkaman Boko Haram dan mengawal keamanan sejak November lalu.

Pasukan relawan tersebut dibentuk setelah kerajaan gagal mengawal seluruh negara dari ancaman Boko Haram.

Sejak beberapa bulan lalu, ribuan angota militan menemui ajal dalam beberapa pertempuran dengan relawan tersebut.

Salah seorang penduduk, Dawoda berkata, "Dalam satu peristiwa, saudara lelaki saya sedang melalui jalan utama di mana beliau melihat sekumpulan masyarakat sedang mencurahkan minyak. Penduduk yang sedang mengerumuni mayat-mayat berkata kepada beliau bahawa relawan berjaya membunuh 4 anggota Boko Haram. Menurut mereka lagi, individu-individu ini diserang ketika sedang menghampiri kota dan mereka pun membakar mayat-mayat tersebut."

Menurut pasukan relawan rakyat, mereka ini dianggap anggota pengganas Boko Haram sebaik sahaja didapati menunggang motor dengan membawa senjata.

Menurut komandan relawan tersebut, mereka sudah mengetahui lebih awal tentang rancangan jahat Boko Haram yang ingin menyerang kota mereka.

Menurut Amnesty International sejak akhir-akhir ini, 600 anggota Boko Haram berjaya dibunuh relawan rakyat.

Sementara itu Presiden Nigeria Goodluck Jonathan memuji relawan rakyat tersebut dan menganggap kumpulan ini sebagai wira.