Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Khamis

19 Februari 2015

11:09:43 PG
671976

Agama apa yang dianuti Nabi Muhammad (s.a.w) sebelum mencapai kedudukan kenabian?

Agama apa yang dianuti Nabi Muhammad (s.a.w) sebelum mencapai kedudukan kenabian?

Jawapan umum:
Pandangan ulama Syiah dan Sunni:
A) Ibadah Rasulullah (s.a.w) sebelum bi‛thah (deligasi/misi kenabian)
 
 
1. Ibadah selama empat puluh tahun bersama Abu Talib.
وقد كان صلي قبل ذلك ، وهو ابن أربع سنين ، وهو مع أبي طالب ...
مستطرفات السرائر ، ابن ادريس( 598 هـ ) ، ص 575 .
Sebelum itu baginda sudah mendirikan solat ketika masih berusia empat tahun bersama Abi Talib.
- Al-Mustarafāt al-sarā’ir, Ibnu Idrīs (meninggal dunia tahun 598 Hijrah), muka surat 585
 
2. Ibadah Rasulullah sejak bermulanya taklīf secara bersembunyi.
 
مستخفيا يصوم ويصلي علي خلاف ما كانت قريش تفعله مذ كلفه اللّه تعالي ...
روضة الواعظين ، فتّال نيشابوري ، ص 52 .
 
Baginda berpuasa dan solat secara bersembunyi, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Quraysh, semenjak Allah (s.w.t) mewajibkan taklīf.
- Rauḍah al-Wā‛izīn, Fattāl Nishāburī, muka surat 52
 
2. Penurunan Jibra’il yang mengajar wudhu dan solat ketika baginda berusia 37 tahun.
 
فعلمه جبرئيل الوضوء علي الوجه واليدين من المرفق ومسح الرأس والرجلين إلي الكعبين ، وعلمه الركوع و السجود ،
قصص الأنبياء ، قطب الدين راوندي( 573 هـ ) ، ص 315 ، ح 424 .
 
Maka Jibra’il pun mengajar baginda berwudhu di muka dan kedua tangan dari siku dan kedua kaki ke mata kaki, beliau mengajar baginda rukuk dan sujud.
- Qiṣaṣ al-Anbiyā, Quṭb al-Din Rawandī (meninggal dunia tahun 573 Hijrah), muka surat 315, hadis 424.
 
B) Apakah Rasulullah beribadah dengan agama lain?
 
1. Pandangan Sayyid Murtadha: Tawaqquf:
 
والثالث التوقف عن القطع علي أحد الامرين ، وهذا هو الصحيح ...
الذريعة (أصول فقه) ، ج 2 ، ص 595 .
Bagi Yang Ketiga ialah tawaqquf (berhenti/ tidak menyatakan iya atau tidak) secara qat’ (tegas) ke atas salah satu dari dua perkara tersebut, dan pandangan ini adalah sahih.
- Al-Dzari‛ah (Uṣūl Fiqh), jilid 2 muka surat 595
 
2. Pandangan Sheikh Ṭūsī: Ibadah menurut tanggung jawab seseorang
 
ان جميع ما تعبد به كان شرعا له ...
عدة الأصول ، شيخ طوسي ، (ط.ج)، ج 2، ص590.
 
Sesunggunhnya apa yang diibadah adalah syariat baginya…
- ‛Uddat al-Uṣūl, Sheikh al-Ṭūsī, jilid 2 muka surat 590.
 
3. ‛Allamah al-Ḥillī: Sekiranya baginda mengikuti agama lain, sudah tentu ia akan menjadi kisah masyhur dan kebanggaan bagi agama lain.
 
لم يكن متعبدا بشرع من قبله ، قبل النبوة ولا بعدها . وإلا ! ! لاشتهر ، ولافتخر به أهل تلك الملة ...
الوصول، ص 170.
 
Tidak pernah terjadi bahawa baginda beribadah dengan syariat terdahulu, sebelum kenabian mahupun setelah itu, jika tidak sudah tentu ia akan menjadi kemasyhuran dan kebanggaan bagi agama itu.
- Al-Wuṣūl, muka surat 170
 
4. Selain itu, Sheikh al-Sharī‛ah al-Isbahānī dan ‛Allāmah al-Majlisī turut menyatakan bahawa baginda tidak pernah beribadah dengan agama lain sebelum dan selepas bi‛thah.
 
 
: أحسن من تناول الموضوع هو العلامة المجلسي قدس سره ...، وكان يعبد الله قبل ذلك بصنوف العبادات إما موافقاً لما أمر به الناس بعد التبليغ وهو أظهر أو علي وجه آخر إما مطابقا لشريعة إبراهيم أو غيره ممن تقدمه من الأنبياء عليهم السلام
البيان في عقائد أهل الإيمان ، ص 59 .
 
Sebaik-baik orang yang mencerap topik ini ialah ‛Allamah al-Majlisī… Iaitu baginda menyembah Allah dengan tatacara ibadah-ibadah. Namun tatacara itu bertepatan dengan yang diperintahkan kepada manusia setelah dakwah. Ianya adalah jelas atau dari sisi lain samada menepati syariat Nabi Ibrahim atau selain itu daripada para nabi yang datang terlebih dahulu.
– al-Bayān fī ‛Aqā’id Ahl al-Īmān, muka surat 59
 
5. ‛Allamah Sayyid Ja‛far Murtaḍā: Nabi memiliki semua keutamaan para nabi dan beribadah sejak dari zaman kanak-kanak.
 
في رواية يزيد الكناسي في الكافي : إن الله لم يعط نبيا فضيلة ، ولا كرامة ، ولا معجزة ، إلا أعطاها نبينا الأكرم ( صلي الله عليه وآله وسلم ) ...
انه ( صلي الله عليه وآله وسلم ) كان مؤمنا موحدا ، يعبد الله ، ويلتزم بما ثبت له أنه شرع الله تعالي مما هو من دين الحنيفية شريعة إبراهيم ( عليه السلام ) ، وبما يؤدي إليه عقله الفطري السليم ، وأنه كان مؤيدا ومسددا ، وأنه كان أفضل الخلق وأكملهم خلقا ، وخلقا وعقلا .
الصحيح من سيرة النبي الأعظم (ص) ، ج 2 ، ص 195 .
 
Terdapat dalam riwayat Yazid al-Kunāsī di dalam kitab al-Kāfī: Sesungguhnya Allah tidak pernah menganugerahkan kelebihan, keramat dan mukjizat kepada nabi melainkan dikurniakan juga kepada Nabi (s.a.w)
Sesungguhnya baginda (s.a.w) dahulunya seorang yang beriman dan ahli tauhid, beribadah kepada Allah dan diyakini bahawa baginda telah disyariatkan oleh Allah dengan agama Hanīf Ibrāhīm (a.s), dan apa yang sesuai mengikut fitrah akal yang waras, dan baginda disokong dan ditegaskan, baginda adalah sebaik-baik makhluk dan ciptaan paling sempurna, moral dan akal.
– Al-Ṣaḥīḥ min Sīrah al-Nabī al-A‛ẓam, jilid 2 muka surat 195.
 
Pandangan ulama Ahli Sunnah:
 
1. Fakhrul Rāzī hanya menyebut pandangan-pandangan ulama.
2. Ibnu Ḥajar, menukil pandangan-pandangan ulama.
3. Abul Ḥusayn Baṣrī al-Mu‛tazilī: Baginda (s.a.w) tidak pernah beribadah menurut tatacara agama lain sebelum dan selepas Bi‛thah
 
باب في جواز تعبد النبي الثاني بشريعة الأول وفي أن نبينا (ص) لم يكن متعبدا قبل النبوة ولا بعدها بشريعة من تقدم لا هو ولا أمته ...
المعتمد ، ابو الحسين بصري ، ص 336 .
 
Bab pada yang menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) beribadah dengan syariat sebelum baginda, terdapat pandangan bahawa Nabi kita (s.a.w) tidak pernah beribadah dengan syariah terdahulu sebelum kenabian, begitu juga umat baginda…
- Al-Mu‛tamid, Abūl Ḥasan al-Baṣrī, muka surat 336.
 
4. Haṣkafī: Beramal dengan syariat Nabi Ibrahim (a.s)
المختار عندنا لا، بل كان يعمل بما ظهر له من الكشف الصادق من شريعة إبراهيم وغيره
الدر المختار ، حصكفي ، ج 1، ص 387 .
 
Pandangan terpilih di sisi kami ialah: tidak, bahkan apa yang dizahirkan kepada baginda ialah penyingkapan yang benar daripada syariat Nabi Ibrahim (a.s) dan lain-lain
– Al-Dār al-Mukhtar, Ḥaṣkāfī, jilid 1 muka surat 387.
 
5. Ibnu ‛Ābidin: Menurut pandangan gagasan ulama.
أن المختار عندنا عدمه وهو قول الجمهور
حاشية رد المحتار ، ابن عابدين ، ج 1 ، ص 97 .
 
Sesugguhnya pandangan terpilih di sisi kami ialah baginda tidak beramal dengan mana-mana syariat, dan ini adalah pandangan gagasan ulama. - Ḥashiah Rad al-Mukhtar, Ibnu ‛Abidin, jilid 1 muka surat 97.
Jawapan terperinci:
Berkenaan dengan pertanyaan yang diajukan mengenai apakah agama yang dianuti  Rasulullah (s.a.w) dan bagaimanakah tatacara amal ibadat baginda sebelum mendapat mandat misi kenabian? Sebagai jawapan, butiran-butiran berikut dapat dibahagikan kepada dua bahagian:
A) Apakah Rasulullah (s.a.w) melaksanakan ibadah sebelum ditugas menjalankan misi kenabian?
B) Sekiranya iya, baginda (s.a.w) beribadah berasaskan agama apa? Apakah baginda menuruti tatacara ibadah agama Yaudi, Kristian atau syariat Nabi Ibrahim (a.s)?
 
Ibadah Rasulullah (s.a.w) sebelum bi‛thah?
 
Ibadah sejak berusia 4 tahun bersama Abu Talib.
روي ابن ادريس المتوفي 598 هـ ، عن جامع البزنطي عن زرارة ، قال سمعت أبا جعفر وأبا عبد اللّه من بعده عليهما السلام ، يقولان حج رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله عشرين حجة مستسرة ، منها عشرة حجج ، أو قال سبعة ، الوهم من الراوي ، قبل النبوة. وقد كان صلي قبل ذلك ، وهو ابن أربع سنين ، وهو مع أبي طالب في أرض بصري ، وهو موضع كانت قريش تتجر إليه من مكة.
مستطرفات السرائر ، ابن ادريس( 598 هـ ) ، ص 575 .
 
Diriwayatkan Ibnu Idrīs (meninggal dunia tahin 598 H), daripada Jāmi‛ al-Bizanṭī, daripada Zarārah, beliau berkata, aku mendengar Aba Ja‛far dan Aba ‛Abdillah bahawa mereka berdua berkata: Rasulullah (s.a.w) telah menunaikan ibadah haji sebanyak 20 kali secara rahsia sebelum kenabian di mana 10 atau 7 kali daripadanya diragui perawi (perawi tidak ingat dengan tepat samada baginda melaksanakannya sebanyak itu). Baginda sudah pun melaksanakan ibadah solat sebelum itu. Baginda mendirikan solat bersama Abu Talib ketika berusia empat tahun di bumi Buṣrā, iaitu tempat kaum Quraish bergerak ke arah Makkah untuk berdagang.
- Mustaṭrafāt al-Sarā’ir, Ibnu Idris (meninggal dunia tahun 598 Hijrah), muka surat 575.
 
Ibadah Rasulullah (s.a.w) sejak bermulanya taklīf secara sembunyi.
 
Mengenai cara solat Nabi (s.a.w) sebelum Islam dan Bi‛thah, Fattāl Nishābūrī (meninggal dunia tahun 508 Hijrah) menyatakan:
إعلم : أنّ الطائفة قد اجتمعت علي أنّ رسول اللّه ( صلي اللّه عليه وآله ) كان رسولا نبيا . مستخفيا يصوم ويصلي علي خلاف ما كانت قريش تفعله مذ كلفه اللّه تعالي . فإذا أتت أربعون سنة أمر اللّه عز وجل جبرئيل عليه السلام أن يهبط إليه بإظهار الرسالة.
روضة الواعظين ، فتّال نيشابوري ، ص 52.
Ketahuilah: Sesunggguhnya terdapat puak yang bersepakat bahawa Rasululllah (s.a.w) sebelum kerasulan dan kenabian sudah ada Taklif daripada sejak Allah (s.w.t), baginda berpuasa dan solat secara rahsia bertentangan dengan apa yang Quraysh lakukan. Apabila genap usia baginda empat puluh tahun, Allah (s.w.t) memerintahkan Jibrail (a.s) turun kepada baginda (s.a.w) dengan menyatakan perutusan kenabian.
- Rauḍah al-Wā‛iẓīn, Fattāl Nishābūrī, muka surat 52.
 
Jibra’il turun mengajar baginda berwudhu ketika usia 37 tahun.
 
Quṭb al-Dīn Rawandī, meninggal dunia tahun 573 Hijrah menulis:
 
ذكر علي بن إبراهيم بن هاشم ، وهو من اجلّ رواة أصحابنا ، ان النبي صلي اللّه عليه وآله وسلم لما اتي له سبع وثلاثون سنه كان يري في نومه كان آتيا اتاه فيقول : يا رسول اللّه - وكان بين الجبال يرعي غنما - فنظر إلي شخص يقول له : يا رسول اللّه ! فقال : من أنت ؟ قال : انا جبرئيل أرسلني اللّه إليك ليتخذك رسولا . وكان رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله وسلم يكتم ذلك . فأنزل جبرئيل بماء من السماء ، فقال : يا محمد صلي اللّه عليه وآله وسلم قم فتوضأ ! فعلمه جبرئيل الوضوء علي الوجه واليدين من المرفق ومسح الرأس والرجلين إلي الكعبين ، وعلمه الركوع و السجود ، فدخل علي عليه السلام علي رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله وسلم وهو يصلي . - هذا لما تم له صلي اللّه عليه وآله وسلم أربعون سنه - فلما نظر إليه يصلي قال : يا أبا القاسم ما هذا ؟ قال : هذه الصلاة التي امرني اللّه بها ، فدعاه إلي الاسلام ، فاسلم وصلي معه ، وأسلمت خديجة ، فكان لا يصلي الا رسول اللّه وعلي صلوات اللّه عليهما وخديجة خلفه . فلما اتي كذلك أيام دخل أبو طالب إلي منزل رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله ومعه جعفر ، فنظر إلي رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله وسلم وعلي عليه السلام بجنبه يصليان ، فقال لجعفر : يا جعفر صل جناح ابن عمك ، فوقف جعفر بن أبي طالب من الجانب الاخر ، ثم خرج رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله وسلم إلي بعض أسواق العرب فرأي زيدا ، فاشتراه لخديجة ووجده غلاما كيسا ، فلما تزوجها وهبته له ، فلما نبئ رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله وسلم أسلم زيد أيضا ، فكان يصلي خلف رسول اللّه صلي اللّه عليه وآله وسلم علي وجعفر و زيد وخديجة.
قصص الأنبياء ، قطب الدين راوندي( 573 هـ ) ، ص 315 ، ح 424 . إعلام الوري بأعلام الهدي ، الشيخ الطبرسي( 548هـ ) ، ج 1، ص 102- كشف الغمة ، الاربلي( 693 هـ ) ، ج 1، ص 86 - مناقب آل أبي طالب ، ج 1 ، ص 41 - والسيّد الخوئي نقلها عن كشف الغمة.كتاب الطهارة ، ج 4 ، ص 95- وهكذا السيّد البروجردي نقلها عن كشف الغمة ، جامع أحاديث الشيعة ، ج 2 ، ص 280 و ج 6 ، ص 405 - رقم 5438 . بحار الأنوار، العلامة المجلسي ، ج 18 ، ص 194 و ج 22 ، ص 272 - وسائل الشيعة (آل البيت) ، الشيخ الحر العاملي ، ج 1، ص 399 -مستدرك الوسائل ، المحدث النوري ، ج 1 ، ص 287 - موسوعة التاريخ الإسلامي ، محمد هادي اليوسفي ، ج 1 ، ص 369 - مستدرك سفينة البحار ، الشيخ علي النمازي الشاهرودي ، ج 6 ، ص 325 - الأنوار الساطعة ، الشيخ غالب السيلاوي ، ص 191.
Ali bin Ibrahim bin Hashim yang merupakan perawi teragung kami berkata: Tatkala Rasulullah (s.a.w) berusia 37 tahun, baginda bermimpi seseorang datang kepadanya sedangkan baginda sibuk mengembala kambing siang dan malam. Kata orang itu kepada baginda: Wahai utusan Allah! Baginda bertanya: Siapakah kamu? Jawabnya: Aku adalah Jibrail, Allah (s.w.t) telah mengutuskan aku kepadamu sebagai utusan-Nya yang dilantik. Rasulullah (s.a.w) menyembunyikan kisah ini dari pengetahuan orang lain. Sehinggalah pada suatu hari Jibrail turun bersama air dari langit dan berkata kepada baginda (s.a.w): Wahai Muhammad, bangunlah dan berwudhu. Jibrail pun mengajar wudhu dari membasuh wajah, kedua tangan dari siku, mengusap kepala dan kaki sehinggalah rukuk dan sujud (solat). Tatkala ‛Ali (a.s) masuk, beliau melihat Rasulullah (s.a.w) berada dalam keadaan solat dan ketika itu baginda sudah pun berusia empat puluh tahun dan bertanya: Apakah yang sedang engkau lakukan? Baginda menjawab: Ini adalah solat, Allah (s.w.t) mengajarku. Dari situlah baginda mengajak Ali (a.s) kepada Islam dan beliaupun bersetuju dan mendirikan solat bersama baginda. Setelah itu Khadijah juga beriman dan tidak ada siapa-siapa lagi yang berdiri menunaikan solat di belakang baginda melainkan Ali (a.s) dan Khadijah (a.s). Setelah beberapa hari berlalu, Abu Talib bersama Ja‛far masuk ke rumah Rasulullah (s.a.w) dan melihat baginda beribadah bersama Ali (a.s). Abu Talib mengadap Ja‛far dan berkata: Solatlah di samping bapa saudaramu! Ja‛far pun berdiri solat di sisi mereka. (Peristiwa berikut berkaitan dengan kejadian sebelum perkahwinan baginda dengan Khadijah). Rasulullah (s.a.w) masuk ke dalam salah satu pasar Arab dan melihat Zaid dan membelinya untuk Khadijah dan mendapatinya hamba sahaya yang santun. Setelah baginda berkahwin dengan Khadijah (a.s), Khadijah (a.s) menghadiahkan Zaid kepada baginda. Sesudah baginda menjadi nabi, Zaid memeluk agama Islam dan mereka yang solat di belakang baginda ialah Ali (a.s), Ja‛far, Zaid dan Khadijah.
- Qaṣis al-Anbiyā, Quṭb al-Dīn Rawandi (meninggal dunia tahun 573 Hijrah), halaman 315, hadis 424; I‛lām al-Warā bi I‛lām al-Hudā, Shaikh al-Ṭabarsī (548 Hijrah), jilid 1 muka surat 102; Kashf al-Ghummah, al-Arbili (meninggal dunia tahun 693 Hijrah), jilid 1 muka surat 86 – Manāqib Āl Abī Ṭālib, jilid 1 muka surat 41; al-Sayid al-Khā’ī yang menukilkan dari Kashf al-Ghummah, Kitāb al-Ṭahārah, jilid 4 muka surat 95; demikian juga al-Sayid al-Burūjerdī yang menukilkannya dari Kashf al-Ghummah, Jāmi‛ al-Aḥādith al-Shī‛ah, jilid 2 muka surat 280 dan jilid 6, muka surat 405, nombor 5438; Bihār al-Anwār al-‛Allāmah al-Majlisī jilid 18 muka surat 194 dan jilid 22 muka surat 272; Muásasah al-Tārīkh al-Islāmī, Muḥammad Hādī al-Yūsufī, jilid 1 muka surat 369; Mustadrak Safīnah al-Biḥār, al-Shaykh ‛Ali al-Namāzī al-Shāhevadī, jilid 6 muka surat 325; Al-Anwār al-Sāṭi‛ah, al-Saykh Ghālib al-Saylāwī muka surat 191.
 
Apakah Rasulullah (s.a.w) beribadah dengan agama lain?
 
Sekarang pertanyaan lain yang timbul ialah: Apakah Rasulullah (s.a.w) beribadah sebagaimana agama-agama lain seperti Yahidi dan Kristian, manakala amalan-amalan baginda berasaskan agama-agama tersebut?
 
Pandangan Sayyid Murtaḍā: Tawaqquf
 
 
‛Allamul Hudā Sayyid Murtaḍā menerangkan:
 
فصل في هل كان النبي صلي الله عليه وآله و سلم متعبدا بشرائع من تقدمه من الأنبياء عليهم السلام في هذا الباب؟
مسألتان : إحديهما قبل النبوة ، والأخري بعدها .
و في المسألة الأولي ثلاثة مذاهب : أحدها أنه ما كان عليه السلام متعبدا قطعا ، والآخر أنه كان متعبدا قطعا ، والثالث التوقف عن القطع علي أحد الامرين ، وهذا هو الصحيح . والذي يدل عليه أن العبادة بالشرائع تابعة لما يعلمه الله تعالي من المصلحة بها في التكليف العقلي ، ولا يمتنع أن يعلم الله تعالي أنه لا مصلحة للنبي صلي الله عليه وآله - قبل نبوته في العبادة بشئ من الشرائع ، كما أنه غير ممتنع أن يعلم أن له عليه السلام - في ذلك مصلحة ، وإذا كان كل واحد من الامرين جائزا ، ولا دلالة توجب القطع علي أحدهما ، وجب التوقف .
وليس لمن قطع علي أنه عليه السلام ما كان متعبدا أن يتعلق بأنه لو كان تعبده عليه السلام بشئ من الشرائع ، لكان فيه متبعا لصاحب تلك الشريعة ، ومقتديا به ، وذلك لا يجوز ، لأنه أفضل الخلق ، واتباع الأفضل للمفضول قبيح .
الذريعة (أصول فقه) ، ج 2 ، ص 595 .
 
Dalam perkara ini, apakah Rasulullah (s.a.w) telah beribadah dengan tatacara syariat para nabi terdahulu atau tidak? Perkara ini perlu dibahaskan dalam dua masalah:
Pertama: Sebelum kenabian
Kedua: Selepas kenabian
Dalam bahagian pertama terdapat tiga pandangan iaitu:
1) Sebelum kenabian, sudah tentu tidak beribadah dengan mana-mana syariat para nabi. 2) Sebelum kenabian, baginda sudah beribadah dengan syariat para nabi yang terdahulu 3) Tawqquf dalam perkara ini, tidak berpihak kepada kedua-dua pandangan tersebut, dan pandangan ini adalah sahih. Dalil terhadap perkara ini ialah: Beribadah dengan syariat adalah menepati maslahat-maslahat yang mana Allah (s.w.t) mengetahuinya dalam penaklifan akal, tidak ada halangan juga untuk Allah (s.w.t) mengetahui bahawa tidak ada sebarang maslahat untuk nabi beribadah dengan syariat sebelum kenabiannya (beribadat dengan syariat terdahulu). Sekarang setiap satu daripada kedua-dua sisi ini boleh terjadi, oleh kerana tidak ada dalil yang menegaskan terjadinya salah satu daripada kedua-duanya, maka hendaklah bertawaqquf (tidak cenderung kepada salah satu daripada kedua-duanya). Tidak ada halangan bagi yang berpendapat bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak beribadah dengan mana-mana syariat yang mana sekiranya baginda menuruti suatu syariat, hakikatnya baginda juga menuruti pemilik syariat tersebut (nabi terdahulu) dan ini tidak dibenarkan (oleh akal) kerana Rasulullah (s.a.w) adalah sebaik-baik makhluk. Adalah suatu yang buruk sekiranya yang paling baik menuruti yang baik selainnya.
 
Sheikh al-Tūsī: Ibadah mengikut tanggung jawab peribadi
 
 
Sheikh al-Tūsī (meninggal dunia tahun 640 Hijrah) menyatakan seperti berikut:
فصل في أنه عليه السلام هل كان متعبدا بشريعة من كان قبله من الأنبياء أم لا ؟
عندنا أنّ النبي صلي الله عليه وسلم لم يكن متعبداً بشريعة من تقدمه من الأنبياء ، لا قبل النبوة و لا بعدها ، وان جميع ما تعبد به كان شرعا له . ويقول أصحابنا : انه عليه السلام قبل البعثة كان يوحي إليه بأشياء تخصه ، وكان يعمل بالوحي لا اتباعا لشريعة قبله .
وأمّا الفقهاء فقد اختلفوا في ذلك والمتكلمون : فالذي ذهب إليه أكثر المتكلمين من أهل العدل :
أبو علي و أبو هاشم انه لم يكن متعبدا بشريعة من تقدمه ، وان جميع ما تعبد به كان شرعا له دون من تقدمه .
و في العلماء من قال : انه كان متعبدا بشريعة من تقدمه ، واختلفوا : فمنهم من قال : تعبد بشريعة إبراهيم عليه السلام . ومنهم من قال : تعبد بشريعة موسي عليه السلام .
واختلف المتكلمون في أنه عليه السلام قبل البعثة هل كان متعبدا بشئ من الشرايع أم لا ؟ فمنهم : من (قطع علي أنه كان متعبدا بشريعة بعض من تقدمه من الأنبياء . ومنهم : من قطع علي خلافه . ومنهم : من توقف في ذلك وجوز كلا الامرين .
والذي يدل علي ما ذهبنا إليه : اجماع الفرقة المحقة ، لأنه لا اختلاف بينهم في ذلك ، واجماعها حجة علي ما سندل عليه إن شاء الله .
ويدل علي ذلك أيضا : ما ثبت بالاجماع من أنه عليه السلام أفضل من سائر الأنبياء ، ولا يجوز أن يؤمر الفاضل باتباع المفضول علي ما دللنا عليه في غير موضع .
عدة الأصول ، شيخ طوسي ، (ط.ج)، ج 2، ص590.
 
Fasal pada menyatakan apakah Rasulullah (s.a.w) beribadah dengan syariat para nabi terdahulu sebelum baginda atau tidak? Pada padangan kami, Nabi (s.a.w) tidak beribadat dengan syariat para nabi terdahulu sebelum baginda, samada sebelum atau setelah kenabian. Bahkan seluruh ibadah yang baginda dirikan merupakan sebuah syariat baginya. Telah berkata (sebahagian daripada) ulama kami bahawa Jibrail membawa wahyu kepada baginda sesuatu yang khusus baginya. Baginda beribadat dengan apa yang diwahyukan, bukan menuruti syariat sebelum baginda. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli fikah dan ahli kalam: Kebanyakan ahli kalam daripada ahli ‛Adl (Muktazilah) seperti Abu Ali dan Abu Hashim: Rasulullah (s.a.w) tidak pernah beribadah dengan syariat nabi sebelum baginda, dan seluruh ibadah yang dikerjakannya adalah syariat baginya, bukan bagi yang sebelum baginda. Terdapat ulama yang berkata baginda beribadah dengan syariat Nabi Ibrahim (a.s), dan ada pula yang mengatakan baginda beribadah dengan syariat Nabi Musa (a.s). Terdapat juga ahli kalam yang berselisih bahawa apakah baginda beribadah dengan syariat dengan syariat nabi-nabi sebelum baginda sedangkan sebahagian ulama menentang pendapat ini, manakala sebahagian yang lain bertawaqquf di mana salah satu daripada kedua-dua pendapat ini (samada baginda beribadah dengan syariat nabi terdahulu atau tidak) dibenarkan. Dalil bagi pendapat kami ialah kesepakatan ulama firqah al-Muḥaqqiqah yang mana tidak ada perselisihan lagi di kalangan mereka. Dalil lain terhadap perkara demikian ialah ijma’ menetapkan bahawa baginda adalah paling afdhal di kalangan para nabi, justeru itu tidak dibolehkan berpendapat bahawa Allah (s.w.t) memerintahkan yang paling afdhal mengikuti golongan afdhal yang lain. Kami telah menegaskan perkara ini di beberapa tempat yang berbeza.
- ‛Uddah al-Uṣūl, Shaykh al-Ṭūsī, jilid 2 muka surat 590.
 
‛Allamah al-Ḥillī: Sekiranya baginda mengikuti agama lain, sudah pasti ia menjadi kemasyhuran dan kebanggan agama lain.
 
‛Allamah al-Ḥillī membahaskan perkara ini seperti berikut:
 
الحق ! ! أنه عليه السلام ، لم يكن متعبدا بشرع من قبله ، قبل النبوة ولا بعدها . وإلا ! ! لاشتهر ، ولافتخر به أهل تلك الملة ، ولوجب مراجعة من تقدم ، لو كان متعبدا بعد النبوة ، ولعلم معاذاً عند سؤاله.
الوصول، ص 170.
Yang benar ialah baginda tidak pernah beribadah dengan syariat terdahulu sebelum kenabian mahupun setelah kenabian, jika tidak maka perkara ini akan menjadi kemasyhuran dan kebanggan penganut agama tersebut, dan menjadi suatu kewajipan untuk merujuk kepada syariat terdahulu. Seandainya baginda beribadah dengan syariat lain setelah kenabian maka sudah tentu baginda akan merujuk kepada agama lain dalam banyak persoalan.
- Al-Wuṣūl, muka surat 170
 
Persetujuan Sheikh Shari‛a Isfahānī  dengan ‛Allāmah al-Majlisī mengenai ibadah sebelum kenabian menurut syari‛at setelah Bi‛thah.
Muḥaqqiq Faqīh Sheikh Shari‛atī Isfahānī menulis:
 
أقول : أحسن من تناول الموضوع هو العلامة المجلسي قدس سره في كتابه الجليل ( بحار الأنوار ) 18 / 277 من الطبعة الجديدة ، ونحن ننقل هنا بحثه لاستيعابه ، فنقول : قال بعد نقل أدلة القوم : أقول إنما أوردنا دلائل القول في نفي تعبده ( ص ) بعد البعثة بشريعة من قبله لاشتراكها مع ما نحن فيه في أكثر الدلائل ، فإذا عرفت ذلك فاعلم أن الذي ظهر لي من الأخبار المعتبرة والآثار المستفيضة هو أنه ( ص ) كان قبل بعثته مذ أكمل الله عقله في بدو سنّه نبيّاً مؤيّداً بروح القدس يكلمه الملك ويسمع الصوت ويري في المنام ، ثم بعد أربعين سنة صار رسولاً وكلّمه الملك معاينة ونزل عليه القرآن وأمر بالتبليغ ، وكان يعبد الله قبل ذلك بصنوف العبادات إما موافقاً لما أمر به الناس بعد التبليغ وهو أظهر أو علي وجه آخر إما مطابقا لشريعة إبراهيم أو غيره ممن تقدمه من الأنبياء عليهم السلام لا علي وجه كونه تابعا لهم وعاملا بشريعتهم بل بأن ما أوحي إليه كان مطابقا لبعض شرائعهم أو علي وجه آخر نسخ بما نزل إليه بعد الإرسال .
كنت نبيا وآدم بين الماء والطين أو بين الروح والجسد .
ولنذكر بعض الوجوه لزيادة الاطمئنان علي وجه الاجمال :
الأول: إن ما ذكرنا من كلام أمير المؤمنين عليه السلام من خطبته القاصعة المشهورة بين العامة والخاصة يدل علي أنه صلي الله عليه وآله من لدن كان فطيماً كان مؤيّداً بأعظم ملك يعلمه مكارم الأخلاق ومحاسن الآداب ، وليس هذا إلا معني النبوة كما عرفت في الأخبار الواردة في معني النبوة ، وهذا الخبر مؤيد بأخبار كثيرة سبقت في الأبواب السابقة في باب منشأه ( ص ) وباب تزويج خديجة وغيرها من الأبواب .
الثاني: الأخبار المستفيضة الدالة علي أنهم عليهم السلام مؤيدون بروح القدس من بدء حالهم بنحو ما مر من التقرير .
الثالث: صحيحة الأحول وغيرها حيث قال نحو ما كان رأي رسول الله ( ص ) من أسباب النبوة قبل الوحي حتي أتاه جبرئيل من عند الله بالرسالة ، فدلت علي أنه ( ص ) كان نبيا قبل الرسالة ، و يؤيده الخبر المشهور عنه ( ص ) كنت نبيا وآدم بين الماء والطين أو بين الروح والجسد .
ويؤيده أيضا الأخبار الكثيرة الدالة علي أن الله تعالي اتخذ إبراهيم عليه السلام عبدا قبل أن يتخذه نبيا وأن الله اتخذه نبيا قبل أن يتخذه رسولا وأن الله اتخذه رسولا قبل أن يتخذه خليلا وأن الله اتخذه خليلا قبل أن يجعله إماما .
الرابع: ما رواه الكليني في الصحيح عن يزيد الكناسي قال : سألت أبا جعفر عليه السلام : أكان عيسي بن مريم حين تكلم في المهد حجة لله علي أهل زمانه ؟ فقال : كان يومئذ نبيا حجة لله غير مرسل ، أما تسمع لقوله حين قال (إني عبد الله آتاني الكتاب وجعلني نبيا وجعلني مباركا أينما كنت وأوصاني بالصلاة والزكاة ما دمت حيا). سورة مريم : 31 .
قلت : فكان يومئذ حجة لله علي زكريا في تلك الحال وهو في المهد ؟
فقال : كان عيسي في تلك الحال آية للناس ورحمة من الله لمريم حين تكلم فعبر عنه ، وكان حجة نبيا علي أي تكلم عن مريم حين سكتت وأشارت إلي ابنها .
من سمع كلامه في تلك الحال ، ثم صمت ولم يتكلم حتي مضت له سنتان وكان زكريا الحجة لله علي الناس بعد صمت عيسي عليه السلام بسنتين ، ثم مات زكريا فورثه ابنه يحيي الكتاب والحكمة وهو صبي صغير ، أما تسمع لقوله عز وجل (يا يحيي خذ الكتاب بقوة وآتيناه الحكم صبيا). سورة مريم : 12 .
فبلغ عيسي سبع سنين تكلم بالنبوة والرسالة حين أوحي الله تعالي إليه ، فكان عيسي الحجة علي يحيي وعلي الناس أجمعين - الخبر.أصول الكافي 1 / 382 .
وقد ورد في أخبار كثيرة أن الله لم يعط نبيا فضيلة ولا كرامة ولا معجزة إلا وقد أعطاه النبي صلي الله عليه وآله ، فكيف جاز أن يكون عيسي عليه السلام في المهد نبيا ولم يكن نبيا إلي أربعين سنة نبيا.
ويؤيده ما مر في أخبار ولادته وما ظهر منه في تلك الحال من إظهار النبوة وما مر وسيأتي من أحوالهم وكمالهم في عالم الأظلة وعند الميثاق وأنهم يعبدون الله تعالي ويسبحونه في حجب النور قبل خلق آدم عليه السلام ، وأن الملائكة منهم تعلموا التسبيح والتقديس والتهليل إلي غير ذلك من الأخبار الواردة في بدء أنوارهم .
ويؤيده ما ورد في أخبار ولادة أمير المؤمنين عليه السلام أنه قرأ الكتب السماوية علي النبي ( ص ) بعد ولادته وما سيأتي من أن القائم عليه السلام في حجر أبيه أجاب عن المسائل الغامضة وأخبر عن الأمور الغائبة وكذا سائر الأئمة عليهم السلام كما سيأتي في أخبار ولادتهم ومعجزاتهم ، فكيف يجوز عاقل أن يكون النبي صلي الله عليه وآله في ذلك أدون منهم جميعا .
الخامس: أنه صلي الله عليه وآله بعد ما بلغ حد التكليف لا بد من أن يكون إما نبيا عاملا بشريعته أو تابعا لغيره ، لما سيأتي من الأخبار المتواترة أن الله لا يخلي الزمان من حجة ولا يرفع التكليف عن أحد ، وقد كان في زمانه أوصياء عيسي وأوصياء إبراهيم عليهما السلام ، فلو لم يكن أوحي إليه بشريعة ولم يعلم أنه نبي كيف جاز له أن لا يتابع أوصياء عيسي ولم يعمل بشريعتهم إن كان عيسي مبعوثا إلي الكافة وإن لم يكن مبعوثا إلي الكافة وكانت شريعة إبراهيم باقيا في بني إسماعيل كما هو الظاهر فكان عليه أن يتبع أوصياء إبراهيم ويكونوا حجة عليه عليه السلام ، وهو باطل بوجهين :
أحدهما: أنه يلزم أن يكونوا أفضل منه كما مر تقريره .
وثانيهما: ما مر من كونه محجوجا بأبي طالب و بآبي[من ألقاب علماء النصاري و هو آخرهم(راجع : هامش بحارالانوار،ج18،ص140)] بل كانا مستودعين.
السادس: إنه لا شك في أنه صلي الله عليه وآله يعبد الله قبل بعثته بما لا يعلم إلا بالشارع كالطواف والحج وغيرهما ، كما سيأتي أنه ( ص ) حج عشرين حجة مستسرا ، وقد ورد في أخبار كثيرة أنه ( ص ) كان يطوف وأنه كان يراعي الآداب المنقولة من التسبيح والتحميد عند الأكل وغيره ، وكيف يجوز ذو مسكة من العقل علي الله تعالي أن يهمل أفضل أنبيائه أربعين سنة بغير عبادة والمكابرة في ذلك سفسطة فلا يخلو إما أن يكون عاملا بشريعة مختصة به أوحي الله إليه وهو المطلوب أو عاملا بشريعة غيره وهو لا يخلو من وجوه ...
البيان في عقائد أهل الإيمان ، ص 59 .
 
 
Sebaik-baik pendapat dalam perkara ini ialah ‛Allāmah al-Majlisī di dalam kitab bernilainya Biḥār al-Anwār, jilid 18, muka surat 277 cetakan baru yang mana kita akan menyebutnya secara menyeluruh: Setelah menukilkan dalildalil daripada ulama Syiah, ‛Allamah al-Majlisī berkata: Terlebih dahulu kami ingin menyebut dalil-dalil yang menafikan bahawa baginda beribadah dengan syariat terdahulu setelah kenabian, sementara itu terdapat banyak persamaan dengan pandangan kami dalam kebanyakan perkara.
Setelah mengetahui perkara ini, ketahuilah bahawa: Apa yang terdapat dalam riwayat muktabar dan mustafiḍ ialah Rasulullah (s.a.w) sebelum sampai ke maqam kenabian, sejak dari bermulanya usia baligh, baginda telah disokong oleh Ruḥ al-Qudus, dan terdapat malaikat yang berbicara dengannya sedangkan baginda juga mendengar suara malaikat tersebut dan melihatnya dalam mimpi. Selepas mencapai usia empat puluh tahun, ketika mencapai maqam kenabian baginda melihat malaikat dengan mata yang berbicara dengannya dan menurunkan al-Qur‛an serta menugaskan baginda menyampaikannya. Namun, sebelum itu baginda sudah bertahun-tahun beribadah kepada Allah yang mana sebahagian dari ibadah itu kemudiannya diperintahkan kepada manusia, sementara sebahagian daripadanya juga selaras dengan syariat Nabi Ibrahim (a.s) atau syariat nabi-nabi lain. Bahkan ada di antara hukum hakamnya yang dimansuhkan setelah kenabian.
Sekarang bagi keyakinan yang lebih dan menyempurnakan topik, kami sebutkan beberapa sisi lain:
Pertama: Apa yang ditunjukkan dalam Khutbah al-Qāṣi‛ah yang mana khutbah ini masyhur di kalangan Syiah dan Sunni, Rasulullah (s.a.w) sejak dari zaman menyusu daripada ibunya, baginda telah disokong oleh sebesar-besar malaikat ilahi dan diajar kemuliaan akhlak. Ini tidak ada apa-apa melainkan makna kenabian sebagai mana yang terkenal dalam riwayat-riwayat mengenai perkara kenabian, dan pengkhabaran ini disokong oleh banyak hadis-hadis sebelum ini di dalam bab-bab lalu, iaitu dalam bab Mansā’ahu (s.a.w), bab perkahwinan baginda dengan khadijah dan bab-bab yang lain.
Kedua: Riwayat-riwayat yang mencapai standard mustafāḍah dalam perkara ini menunjukkan bahawa para nabi (a.s), sebagaimana yang telah kami katakan sebelum ini, mereka disokong oleh Rūḥ al-Quds sejak dilahirkan.
Ketiga: Riwayat yang sahih berkenaan hal ehwal perkara ini dan yang lain-lain menyatakan: Baginda sudahpun menjadi Nabi walaupun sebelum Mab‛ath. Jibra’il sudah turun kepada baginda atas perintah Allah (s.w.t). Semua riwayat ini menunjukkan bahawa baginda sudahpun nabi sebelum misi kenabian dan perkara ini masyhur yang mana telah ditegaskan di dalam sabda Rasulullah (s.a.w) yang menyatakan:
“Dahulu aku sudah menjadi nabi sedangkan Adam masih di antara kejadian air dan tanah, atau roh dan jasad.”
Begitu juga berbagai riwayat yang menunjukkan bahawa Allah (s.w.t) memilih Ibrahim (a.s) sebagai hambaNya sebelum kenabian, dan baginda dilantik sebagai nabi sebelum mencapai maqam kerasulan, sebelum terpilih sebagai khalīl. Allah memilih baginda sebagai khalīl sebelum baginda menjadikan baginda imām.
Keempat: Apa yang Marḥūm Sheikh al-Kulaynī Raḥimahullah menukilkan dari riwayat sahih daripada Yazīd al-Kanāsī: Aku bertanya kepada Abu Ja‛far (a.s): Apakah Isa bin Maryam (a.s) sudah menjadi hujjatuLlah ketika berbicara dalam buaian? Beliau berkata: Di zaman tersebut baginda sudah menjadi nabi dan hujjah Allah untuk masyarakat di zamannya, cuma belum ditugaskan misi kenabian. Apakah engkau tidak mendengar firman Allah:
إني عبد الله آتاني الكتاب وجعلني نبيا وجعلني مباركا أينما كنت وأوصاني بالصلاة والزكاة ما دمت حيا). سورة مريم : 31
Sesungguhnya aku adalah hamba Allah, aku dikurniakan kitab dan Allah menjadikan aku seorang nabi, dan menjadikan keberkatan di mana jua aku berada. Allah berpesan kepadaku dengan solat dan zakat selama aku masih hidup. – Surah Maryam ayat 31
Aku bertanya: Jadi ketika itu apakah baginda juga yang masih berada di dalam buaian menjadi hujjah Allah terhadap nabi Zakaria?
Beliau berkata: Dalam situasi itu Isa (a.s) merupakan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap manusia dan rahmat Allah (s.w.t) kepada Maryam apabila baginda berbicara tatkala manusia sedang bertanya dan menunggu jawapan daripada Maryam. Maryam terpaksa diam dan hanya mengisyaratkan kepada anaknya.
Orang yang mendengar kata-kata Isa (a.s) berdiam diri sehingga baginda berusia dua tahun. Selama dua tahun itu baginda berdiam diri dan tidak berbicara dengan sesiapa pun. Selama tempoh ini Zakaria (a.s) adalah Hujjah Allah setelah Isa (a.s) berdiam diri selama dua tahun. Kemudian Nabi Zakaria (a.s) wafat, kitab dan hikmah baginda diwarisi pula oleh anaknya Yahya (a.s) yang masih kecil. Apakah engkau tidak mendengar Allah (s.w.t) berfirman:
يا يحيي خذ الكتاب بقوة وآتيناه الحكم صبيا). سورة مريم : 12 .
 
Wahai Yahya! Ambillah kitab dengan kekuatan! Dan kami kurniakan hikmah kepada baginda ketika masih kanak-kanak. – Surah Maryam ayat 12.
 
Maka Isa (a.s) mencapai umur 7 tahun, baginda berbicara dengan misi kenabian dan pengutusan tatkala Allah (s.w.t) mewahyukan kepadanya. Maka baginda pun menjadi hujjah Allah kepada Yahya (a.s) dan seluruh manusia - Hadis, Uṣūl al-Kāfī, jilid 1 muka surat 382.
Terdapat banyak hadis bahawasanya Allah (s.w.t) tidak pernah menganugerahkan para nabi berupa kelebihan, keramat, mukjizat melainkan dikurniakan juga kepada Nabi Muhammad (s.a.w). Bagaimana mungkin Isa (a.s) menjadi nabi sejak dalam buaian namun baginda (s.a.w) tidak menjadi nabi sehingga berusia 40 tahun.
Perkara begini dapat dilihat di dalam riwayat, dalam bab kelahiran dan hal ehwal kezuhuran baginda sebagai nabi. Begitu juga dalam riwayat sebelum ini dan yang akan datang tentang hal ehwal para nabi dan kesempurnaan mereka di alam al-‘Aillah. Begitu juga tatkala di alam mīthāq (الميثاق), mereka menyembah Allah (s.w.t) di dalam hijab nūr dan bertasbih sebelum penciptaan nabi Adam (a.s). Malaikat juga turut bertasbih, taqdīs dan tahlīl dan lain-lain lagi sebagaimana yang terdapat di dalam hadis tentang bermulanya ciptaan. Ini ditegaskan oleh hadis-hadis mengenai kelahiran Amirul Mu’minīn (a.s) yang mana beliau mula membaca al-Qur’an dan kitab wahyu yang lain tatkala lahir, begitu juga di dalam riwayat mengenai Imam Mahdi (a.s) yang mana beliau dapat menceritakan soalan ilmiah yang paling susah dan khabar perkara-perkara ghaib, begitu juga para imam (a.s) yang lain di mana kisah riwayat dan mukjizat akan diceritakan ditempatnya nanti. Maka bagaimana mungkin seseorang berakal dapat manyatakan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada semua para nabi?.
Kelima: Tatkala Nabi Muhammad (s.a.w) mencapai usia taklif, sudah tentu samada baginda menjadi nabi yang beramal dengan syariatnya atau menuruti syariat yang lain. Apabila terdapat riwayat-riwayat yang mutawātir tidak membiarkan sesuatu zaman kosong dari hujjah dan tidak pula mengangkat taklif daripada seseorang, maka di zaman itu pasti terdapat para waṣī ‛Isa (a.s) dan para waṣī Ibrahim (a.s). Andainya Allah (s.w.t) tidak menurunkan syariat tetentu dan wahyu kepada Rasulullah (s.a.w), dan baginda tidak diisyaratkan tanda kenabian, bagaimana mungkin baginda tidak mengikuti dan beramal dengan syariat salah seorang daripada waṣī Ibrahim (a.s) yang ada di zaman itu sedangkan Isa (a.s) diutuskan untuk seluruh masyarakat. Sekiranya Isa (a.s) tidak diutuskan untuk semua orang maka sudah tentu syariat Nabi Ibrahim (a.s) tidak akan kekal di kalangan anak cucu baginda sehinggalah zaman Rasulullah (s.a.w). Maka sudah pasti Rasulullah (s.a.w) mengikuti syariat Nabi Ibrahim (a.s) atau waṣī-waṣī baginda sedangkan meraka adalah hujjah Allah bagi baginda, dan perkara ini tidak benar kerana:
Pertama: Sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, adalah menjadi satu kelaziman bahawa mereka ini menjadi lebih utama daripada Rasulullah (s.a.w).
Kedua: Sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, hujjah Allah ke atas Abu Talib dan Ābī (Salah satu laqab bagi ulama Kristian yang ke-12 dan menjadi ulama terakhir mereka; Sila rujuk nota margin Biḥār al-Anwār, jilid 18 muka surat 140)….
Keenam: Tidak syak lagi bahawa baginda (s.a.w) tidak tahu (tuhan yang lain) melainkan hanya menyembah Allah (s.w.t) sebelum perutusan misi kenabian dengan menjalankan syariat seperti tawaf, haji, dan lain-lain lagi, sebagaimana yang terdapat dalam hadis akan datang bahawa baginda melaksanakan haji sebanyak 20 kali secara sembunyi. Teradapat banyak hadis bahawa baginda (s.a.w) mengerjakan tawaf. Terdapat banyak nukilan daripada Ādāb bahawa baginda menjaga tasbih dan pujian tatkala makan dan minum. Maka bagaimana mungkin Allah (s.w.t), Tuhan bagi segala akal membiarkan sebaik-baik nabiNya tidak beribadat selama empat puluh tahun?
Oleh itu, sebagai kesimpulan: Nabi (s.a.w) beramal dengan syariat daripada Allah (s.w.t) yang khusus untuk baginda melalui wahyu yang menjadi matlamat topik kami atau baginda beramal dengan syariat yang lain…
- Al-Bayān fī Aqā’id Ahl al-Īmān, muka surat 59
 
‛Allāmah Sayid Ja8far Murtaḍā: Nabi (s.a.w) menepati seluruh keutamaan para nabi dan beribadah sejak masih kanak-kanak
Berkenaan topik ini ‛Allāmah Muḥaqqiq Sayid Ja‛far Murtaḍā mempunyai pandangan yang menyeluruh dan meringkaskannya sebagai berikut:
 
البحث الثاني : بماذا كان يدين النبي صلي الله عليه وآله وسلم قبل البعثة؟
إن ايمان النبي ( صلي الله عليه وآله وسلم ) وتوحيده قبل بعثته يعتبر من المسلمات ، ولكن يبقي : أنهم قد اختلفوا في أنه ( صلي الله عليه وآله وسلم ) هل كان متعبدا بشرع أحد من الأنبياء قبله أو لا . فهل هو متعبد بشرع نوح ، أو إبراهيم ، أو عيسي ، أو بما ثبت أنه شرع ، أو لم يكن متعبدا بشرع أحد ، ذهب إلي كل فريق . ( راجع : تاريخ الخميس ج 1 ص 254 )
وتوقف عبد الجبار ، والغزالي ، والسيد المرتضي . وذهب المجلسي إلي أنه ( صلي الله عليه وآله وسلم ) حسبما صرحت به الروايات : كان قبل البعثة ، مذ أكمل الله عقله في بدو سنه نبيا ، مؤيدا بروح القدس.
وكان عيسي أيضا مؤيدا بروح القدس ، قال تعالي : (وأيدناه بروح القدس ) ولو لم يكن نبينا صلي الله عليه وآله وسلم مؤيدا بروح القدس ، لكان يحيي وعيسي أفضل منه صلي الله عليه وآله وسلم .
يكلمه الملك ، وليسمع الصوت ، ويري في المنام ، ثم بعد أربعين سنة صار رسولا ، وكلمه الملك معاينة ، ونزل عليه القرآن ، وأمر بالتبليغ . وقال المجلسي : إن ذلك ظهر له من الآثار المعتبرة ، والأخبار المستفيضة . ( البحار ج 18 ص 277 )
ما استدلّوا علي نبوته منذ صغره
وقد استدلوا علي نبوته ( صلي الله عليه وآله وسلم ) منذ صغره بأن الله تعالي قد قال حكاية عن عيسي : (إني عبد الله آتاني الكتاب ، وجعلني نبيا ، وجعلني مباركا أينما كنت ، وأوصاني بالصلاة والزكاة ما دمت حيا). مريم : 30 . ويقول تعالي عن يحيي ( عليه السلام ) : (وآتيناه الحكم صبيا) مريم : 12 . فإذا أضفنا إلي ذلك : أنه قد ورد في أخبار كثيرة ، بعضها صحيح ، كما في رواية يزيد الكناسي في الكافي : إن الله لم يعط نبيا فضيلة ، ولا كرامة ، ولا معجزة ، إلا أعطاها نبينا الأكرم ( صلي الله عليه وآله وسلم ) . فان النتيجة تكون : هي أن الله تعالي قد اعطي نبينا محمدا ( صلي الله عليه وآله وسلم ) الحكم والنبوة منذ صغره ثم أرسله للناس كافة ، حينما بلغ الأربعين من عمره . . . وقد أيد المجلسي هذا الدليل بوجوه كثيرة.
راجع : البحار : ج 18 ص 277 - 281 .
نعم، ثمة روايات كثيرة تلمح وتصرح بنبوته قبل بعثته ، أشار إليها المجلسي كما قلنا ، وأشار العلامة الأميني أيضا إلي حديث : إنه ( صلي الله عليه وآله وسلم ) كنت نبيا وآدم بين الروح والجسد ، ورواه عن العديد من المصادر من غير الشيعة. (راجع : الغدير : ج 9 ص 287 ).
ولكن لا يمكن الحكم بمضمون هذه الروايات إلا بعد التأكد من أسانيدها ودلالتها ، وثبوت ذلك بشكل قطعي ، حيث إنه يراد إثبات أمر إعتقادي بها ، والمطلوب في الاعتقادات هو القطع ، ولا يكفي ما دونه .
وبعد كل ما تقدم ، فان ما نستطيع نحن الجزم به ، هو انه ( صلي الله عليه وآله وسلم ) كان مؤمنا موحدا ، يعبد الله ، ويلتزم بما ثبت له أنه شرع الله تعالي مما هو من دين الحنيفية شريعة إبراهيم ( عليه السلام ) ، وبما يؤدي إليه عقله الفطري السليم ، وأنه كان مؤيدا ومسددا ، وأنه كان أفضل الخلق وأكملهم خلقا ، وخلقا وعقلا . وكان الملك يعلمه ، ويدله علي محاسن الأخلاق . كما أننا نجدهم ينقلون عنه ( صلي الله عليه وآله وسلم ) : انه كان يلتزم بأمور لا تعرف إلا من قبل الشرع وكان لا يأكل الميتة ، ويلتزم بالتسمية والتحميد ، إلي غير ذلك مما يجده المتتبع لسيرته صلوات الله عليه .
هذا كله ، لو لم نقتنع بالأدلة الدالة علي نبوته ( ص ) من صغره ( صلي الله عليه وآله وسلم ) .
الصحيح من سيرة النبي الأعظم (ص) ، ج 2 ، ص 195 و التبيان ، ج 3 ، ص 532 ، تفسير مجمع البيان ، ج 3 ، ص 341 ، فقه القرآن ، قطب راوندي ، ج 2 ، ص 20.
 
Perbahasan kedua: Apakah agama Nabi (s.a.w) sebelum bi‛thah? Sesungguhnya iman dan ketauhidan Nabi (s.a.w) sebelum bi‛thah merupakan suatu prinsip yang muktabar dan diterima. Cuma yang tertinggal ialah mereka berselisih tentang apakah Nabi (s.a.w) beribadah dengan syariat Nabi Nuh (a.s), Ibrahim (a.s), Isa (a.s), atau apakah baginda beribadah sebagai sebuah agama wahyu yang diturunkan? atau (sebelum bi‛thah) tidak mengikuti sebarang syariat? Dalam perkara ini, setiap seorang telah memberikan pandangan masing-masing (sila rujuk pada kitab Tārikh al-Khāmis, jilid 1 muka surat 254).
Individu seperti ‛Abdul Jabbār, al-Ghazālī dan Sayyid Murtaḍā (‛Allāmul Hudā) bertawaqquf dan tidak memilih untuk menyatakan sebarang pandangan.
‛Allāmah al-Majlisī berpendapat bahawa sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat, sebelum bi‛thah Allah (s.w.t) telah menyempurnakan akalnya sejak dari permulaan kehidupan, di samping memilih baginda sebagai nabi dan disokong oleh Rūḥ al-Quds
Sementara itu Isa (a.s) telah diteguhkan dengan Rūḥ al-Qudus berdasarkan ayat (وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ), sekiranya Nabi kita tidak diteguhkan dengan Rūh al-Qudus, maka ini melazimkan Isa (a.s) dan Yahya (a.s) lebih utama daripada baginda.
Dalam pada itu malaikat telah berbicara dengan Rasulullah (s.a.w) dan baginda turut mendengar suaranya serta bermimpikannya, kemudian baginda dapat melihatnya dengan mata ketika mencapai usia 40 tahun, al-Qur’an turun kepadanya dan baginda ditugaskan menyampaikannya.
‛Allāmah al-Majlisī berkata: Perkara ini muncul dari dalil-dalil yang muktabar dan hadis-hadis mustafīḍah (biḥār al-Anwār, jilid 18 muka surat 277).
Dalil-dalil kenabian baginda sejak dari zaman kanak-kanak ialah:
Apa yang menjadi dalil tentang kenabian baginda sejak zaman kanak-kanak ialah Allah (s.w.t) berfirman tentang kisah Nabi Isa (a.s): Ia menjawab:" Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. – Surah Maryam ayat 31
Dan Allah berfirman tentang Yahya (a.s): "Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak. – Surah Maryam ayat 12
Terdapat banyak riyawat yang mana sebahagiannya adalah sahih, sebagaimana riwayat Yazīd al-Kunāsī di dalam kitab al-Kāfi: Sesungguhnya Allah (s.w.t) tidak menganugerahkan kelebihan, keramat dan mukjizat melainkan Allah (s.w.t) memberikan kepada Nabi kita Muhammad (s.a.w), maka kesimpulannya ialah Allah (s.w.t) memberikan kepada Nabi kita Muhammad (s.a.w) hikmah dan kenabian semenjak kecil, kemudian mengutuskan baginda kepada seluruh manusia tatkala berusia 40 tahun… Al-Majlisī menyabitkan dalil ini dari banyak sisi (sila rujuk Biḥār al-Anwār, jilid 18 muka surat 278)
Memang benar, terdapat riwayat yang menunjukkan dan menjelaskan kenabian baginda sebelum bi‛thah sebagaimana yang telah kami katakan sebelum ini bahasa ‛Allamah Majlisī. ‛Allamah Aminī juga telah mengisyaratkan sabda Rasulullah (s.a.w) ini yang mana baginda bersabda: Aku sudah menjadi nabi ketika Adam berada di antara roh dan jasad. Hadis ini diriwayatkan juga dari berbagai jalan dalam sumber bukan Syiah. (Sila rujuk al-Ghadīr, jilid 9 muka surat 287).
Namun menurut isi kandungan riwayat ini tidak dapat ditetapkan sesuatu hukum melainkan terdapat keyakinan dari sanad, pendalilan dan penetapan yang meyakinkan; Ini disebabkan riwayat tersebut menjadi satu pembuktian urusan akidah sementara dalam pegangan akidah, kewujudannya menjadi sebuah keyakinan yang pasti dan tidak dapat berpegang dengan yang mempunyai banyak kekuarangan.
Dengan perkara-perkara yang telah dikemukakan, adalah dengan ini suatu kepastian dan keyakinan bahawa Rasulullah (s.a.w) (sebelum bi‛thah) merupakan individu beriman dan ahli tauhid. Baginda menyembah Allah (s.w.t) dan apa yang terdapat di dalam agama Ḥanif Ibrahim (a.s) menjadi konsisten sementara akal yang waras dapat mencerapnya dan diteguhkan oleh Allah dan sebaik-baik keutamaan serta kesempunaan manusia dari segi akhlak, penciptaan dan akal. Seorang malaikat mengajar baginda dan kecantikan akhlak sebagaimana yang terdapat di dalam hadis:
انه كان يلتزم بأمور لا تعرف إلا من قبل الشرع وكان لا يأكل الميتة ، ويلتزم بالتسمية والتحميد ، إلي غير ذلك مما يجده المتتبع لسيرته صلوات الله عليه .
Baginda melaksanakan beberapa perkara selama belum ada kepastian tentang jalan syariat, baginda tidak memakan bangkai dan berpegang dengan tasmiyyah, taḥmīd dan lain-lain lagi yang selaras dengan sirahnya baginda (s.a.w).
Itulah segala-galanya walaupun kita belum merasakan cukup dengan argumen terhadap kenabian (s.a.w) baginda di zaman kanak-kanak.
- Al-Ṣaḥīḥ min Sīrah al-Nabī al-A‛ẓam (s.a.w), jilid 2 muka surat 195; al-Tibyān jilid 3 muka surat 532; Tafsīr Majma‛ al-Bayān, jilid 3 muka surat 341; Fiqh al-Qur’ān, Quṭb Rawandī jilid 2 muka surat 20.
 
Pandangan Ulama Ahli Sunnah
 
Fakhrul Rāzī hanya menyebut padangan:
 
Fakhrul Rāzī (meninggal dunia tahun 606 Hijrah menulis:
 
 
هل كان متعبدا بشرع من قبله وفيه بحثان .
البحث الأول : أنه قبل النبوة هل كان متعبدا بشرع من قبله أثبته قوم ونفاه آخرون وتوقف فيه ثالث احتج المنكرون بأمرين:
الأول: أنه لو كان متعبدا بشرع أحد لوجب عليه الرجوع إلي علماء تلك الشريعة والاستفتاء منهم والأخذ بقولهم ولو كان كذلك لأشتهر ولنقل بالتواتر قياسا علي سائر أحواله فحيث لم ينقل علمنا أنه ما كان متعبدا بشرعهم.
الثاني: أنه لو كان علي ملة قوم لافتخر به أولئك القوم ولنسبوه إذا إلي أنفسهم ولاشتهر ذلك فإن قلت ولو لم يكن متعبدا بشرع أحد لأشتهر ذلك.
قلت: الفرق أن قومه ما كانوا علي شرع أحد فبقاؤه لا علي شرع البتة لا يكون شيئا بخلاف العادة فلا تتوفر الدواعي علي نقله أما كونه علي شرع لما كان بخلاف عادة قومة فوجب أن ينقل.
احتج المثبتون بأمرين:
الأول: أن دعوة من تقدمه كانت عامة فوجب دخوله فيها.
الثاني: أنه كان يركب البهيمة ويأكل اللحم ويطوف بالبيت.
والجواب عن الأول: أنّا لا نسلم عموم دعوة من تقدمه، سلمناه لكن لا نسلم وصول تلك الدعوة إليه بطريق يوجب العلم أو الظن الغالب وهذا هو المراد من زمان الفترة.
وعن الثاني: أن نقول أما ركوب البهائم فهو حسن في العقل إذا كان طريقا إلي حفظها بالعلف وغيره وأما أكله لحم المذكي فحسن أيضا لأنه ليس فيه مضرة علي حيوان وأما طوافه بالبيت فبتقدير ثبوته لا يجب لو فعله من غير شرع أن يكون حراما .
البحث الثاني في حاله عليه السلام بعد النبوة.
قال جمهور المعتزلة وكثير من الفقهاء: إنه لم يكن متعبدا بشرع أحد.
وقال قوم من الفقهاء: بل كان متعبدا بذلك إلا ما استثناه الدليل الناسخ.
ثم اختلفوا فقال قوم كان متعبدا بشرع إبراهيم وقيل بشرع موسي وقيل بشرع عيسي.
واعلم أن من قال إنه كان متعبدا بشرع من قبله إما أن يريد به أن الله تعالي كان يوحي إليه بمثل تلك الأحكام التي أمر بها من قبله أو يريد أن الله تعالي أمره باقتباس الأحكام من كتبهم فإن قالوا بالأول فإما أن يقولوا به في كل شرعه أو في بعضه والأول معلوم البطلان بالضرورة لأن شرعنا يخالف شرع من قبلنا في كثير من الأمور والثاني مسلم ولكن ذلك لا يقتضي إطلاق القول بأنه كان متعبدا بشرع غيره لأن ذلك يوهم التبعية وأنه ص ما كان تبعا لغيره بل كان أصلا في شرعه وأما الاحتمال الثاني وهو حقيقة المسألة فيدل علي بطلانه وجوه:
الأول: لو كان متعبدا بشرع أحد لوجب أن يرجع في أحكام الحوادث إلي شرعه وأن لا يتوقف إلي نزول الوحي لكنه لم يفعل ذلك لوجهين:
الأول: أنه لو فعل لأشتهر.
والثاني: أن عمر رضي الله عنه طالع ورقة من التوراة فغضب رسول الله عليه الصلاة والسلام وقال لو كان موسي حيا لما وسعه إلا اتباعي ولما لم يكن كذلك علمنا أنه لم يكن متعبدا بشرع أحد
الحجة الثانية: أنه عليه السلام لو كان متعبدا بشرع من قبله لوجب علي علماء الأعصار أن يرجعوا في الوقائع إلي شرع من قبله ضرورة أن التأسي به واجب وحيث لم يفعلوا ذلك البتة علمنا بطلان ذلك.
الحجة الثالثة: أنه عليه الصلاة والسلام صوب معاذا في حكمه باجتهاد نفسه إذا عدم حكم الحادثة في الكتاب والسنة ولو كان متعبدا بحكم التوراة كما تعبد بحكم الكتاب لم يكن له العمل باجتهاد نفسه حتي ينظر في التوراة والإنجيل.
المحصول ، فخر رازي ( 606 هـ ) ، ج 3 ، ص 263 .
Apakah baginda beribadah dengan syariat sebelum baginda, ini terdapat dua perbahasan:
Perbahasan pertama: Apakah baginda beribadah dengan syariat sebelum baginda? Terdapat kelompok yang membuktikannya dan terdapat golongan yang menafikannya sementara golongan ke-tiga bertawaqquf. Terdapat dua perkara dalam argumen mereka yang tidak bersetuju:
Pertama: Sekiranya baginda (s.a.w) beribadah dengan syariat seseorang, maka menjadi kewajiban baginda merujuk kepada ulama syariat itu, mengeluarkan fatwa mereka, dan mengambil pendapat mereka. Sekiranya demikian itu terjadi, maka masyhurlah perkara ini dan ia akan dinukil secara meutawatir berbanding dengan perkara-perkara lain sementara pengetahuan kita tidak pernah menukilkannya. Sesungguhnya baginda tidak beribadah dengan syariat mereka.
Kedua: Sekiranya Rasulullah (s.a.w) pernah menganut syariat sesuatu kaum, maka ini menjadi kebanggaan kepada kaum itu sambil menisbahkan kecenderungan baginda kepada mereka dan memasyhurkannya. Saya berkata: Sekiranya (ada yang berkata) baginda tidak beribadah dengan syariah seseorang nabi, maka ia juga akan menjadi suatu kemasyhuran.
Saya berkata: kedua-dua ini saling berbeza kerana ketiadaan syariat bukan merupakan perkara yang tidak mempunyai standard sehingga tidak ada sebarang motif untuk menukilkannya. Sebaliknya dalam pendapat yang bertentangan, motif untuk menukilkannya tetap ada dan perlu menukilkannya.
Argumen golongan yang menyabitkan bahawa baginda beribadah dengan syariat lain tertakluk kepada dua perkara:
Pertama: Dakwah para nabi terdahulu merupakan hal yang umum dan melazimkannya termasuk dalam golongan itu.
Kedua: Baginda menunggang haiwan berkaki empat, memakan daging dan bertawaf.
Jawapan kapada yang pertama ialah kita tidak menerima umumnya dakwah para nabi terdahulu. Sekiranya kita menerimanya, maka kita masih tidak dapat bersetuju bahawa dakwah sedemikian itu menjadi sebuah ilmu dan keyakinan. Begitulah maksud zaman fitrah (terputusnya wahyu).
Jawapan kedua: Menunggang haiwan kaki empat merupakan perkara yang logik sekiranya berada pada jalan menjaganya dengan rumput dan selain itu. Memakan daging yang sudah dibersihkan pula merupakan perkara yang sesuah kerana tidak mendatangkan mudarat. Berkenaan dengan tawaf Ka‛bah, ia tidak digolong sebagai amalan haram  sekiranya tidak mengikuti syariat.
Perbahasan kedua merujuk kepada agama yang baginda anuti setelah bi‛thah.
Kebanyakan golongan muktazilah dan ahli fikah berkata: Sesungguhnya baginda tidak beribadah dengan mana-mana syariat.
Kumpulan ahli fikah pula berkata: Sesungguhnya baginda sudah pun beribadah namun mereka berkecuali dalam menyatakan dalilnya.
Setelah itu terjadi perselisihan di mana ada pihak yang menyatakan: Sesungguhnya baginda telah beribadah dengan syariat Ibrahim (a.s) manakala sebahagian yang lain menyatakan ibadah itu dengan syariat Nabi Musa (a.s) atau Isa (a.s).
Ketahuilah ada yang menyatakan bahawa ibadah baginda sebelum bi‛thah atau berpendapat bahawa baginda sudah menerima wahyu seperti wahyu di dalam hukum hakam yang lain terhadap nabi-nabi terdahulu, atau maksudnya ialah Allah (s.w.t) memerintahkan baginda mengambil hukum hakam dari kitab-kitab mereka. Sekiranya pengikut pendapat awal menyatakan ianya terjadi terhadap seluruh syariat atau menyatakan ianya meliputi sebahagian dari syariat, maka bagi pecahan pertama, kebatilannya adalah jelas kerana kebanyakan syariat kita bertetangan dengan syariat terdahulu. Pecahan kedua juga begitu walaupun dapat diterima. Namun kami tidak mengatakannya perkara ini secara mutlak kerana baginda tidakhanya mengikuti dalam syariat bahkan baginda berada dalam syariat asasi. Namun berkaitan dengan kaitan atau kemungkinan yang kedia, hakikat masalah juga akan terjadi dan sisi kebatilannya ialah:
Pertama: Sekiranya baginda mengikuti mana-mana syariat nabi lain, maka ia melazimkan rujukan pada syariat itu tatkala menunggu penurunan wahyu. Namun sekiranya baginda tidak melakukan perkara ini, terdapat dua dalil:
A) Oleh kerana baginda melakukan perkara tersebut, maka ianya sudah menjadi kemasyhuran.
B) Umar membaca kitab Taurat, kerana itu Rasulullah (s.a.w) murka dan berkata: Sekiranya Musa masih hidup, maka baginda tidak ada cara lain kecuali mengikutiku. Tatkala kita mengikuti perkembangan ini, kita faham dengan yakin bahawa baginda tidak beribadah dengan syariat sebelumnya.
Dalil kedua ialah sekiranya baginda beribadah dengan syariat sebelumnya, maka merujuk kepada syariat-syariat itu menjadi wajib dan ketika kita melihat rujukan ini tidak terjadi, kita melihat perkara ini adalah batil.
Dalil ketiga, baginda mendapati Mu‛āz berijtihad setelah tidak menemui sebuah hukum di dalam kitab dan sunnah. Seandainya baginda mengikuti hukum di dalam Taurat dalam beribadah, maka ia tidak boleh berijtihad tanpa merujuk kepada Taurat dan Injil.
 
Ibnu Hajar: Menukilkan pandangan-pandangan
أختلف في تعبده صلي الله عليه وسلم بماذا كان يتعبد بناء علي أنه هل كان متعبدا بشرع سابق أولا والثاني قول الجمهور ومستندهم أنه لو وجد لنقل ولأنه لو وقع لكان فيه تنفير عنه وبماذا كان يتعبد قيل بما يلقي إليه من أنوار المعرفة وقيل بما يحصل له من الرؤيا وقيل بالتفكر وقيل باجتناب رؤية ما كان يقع من قومه ورجح الآمدي وجماعة الأول ثم اختلفوا في تعيينه علي ثمانية أقوال آدم أو نوح أو إبراهيم أو موسي أو عيسي أو أي شريعة أو كل شريعة أو الوقف .
فتح الباري ، ابن حجر، ج 12 ، ص 312 .
 
Perselisihan di dalam ibadah Nabi (s.a.w) iaitu apakah baginda beribadah dengan syariat agama lain atau tidak? Gagasan majoriti ulama menyatakan bahawa baginda tidak beribadah dengan agama lain, dan berdalil bahawa sekiranya terjadi demikian, maka pasti ada yang menukilkan baginda telah merujuk kepada syariat lain. Begitu juga persoalan berasaskan syariat apa baginda beribadah? Sebahagian menyatakan bahawa baginda menuruti cahaya makrifat yang disampaikan, sementara yang lain menyatakan baginda mengikuti mimpi dan yang lain berkata: Baginda mengikuti pemikirannya dan ada pula yang menyatakan: Baginda mengikuti apa yang disaksikan pada kaumnya.
Al-Āmadi dan satu jemaah cenderung kepada pandangan pertama (cahaya dan makrifat). Golongan yang menyatakan baginda mengikuti syariat nabi lain juga berselisih pendapat iaitu agama siapa yang baginda ikuti? Apakah syariat Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa atau apa sahaja syariat yang lain? atau bertawaquf tanpa memilih sebarang pendapat.
- Fathul Bāri, Ibnu Ḥajar, jilid 12 muka surat 312.
 
Abul Ḥasan Baṣrī al-Mu‛tazilī: Tidak beribadah dengan agama lain sebelum dan selepas bi‛thah.
باب في جواز تعبد النبي الثاني بشريعة الأول وفي أن نبينا (ص) لم يكن متعبدا قبل النبوة ولا بعدها بشريعة من تقدم لا هو ولا أمته ...
المعتمد ، ابو الحسين بصري ، ص 336 .
Bab pada menyatakan apakah baginda beribadah dengan syariat lain, pertama sesungguhnya Nabi kita (s.a.w) tidak pernah beribadah dengan syariat terdahulu sebelum dan selepas kenabian, begitu juga umatnya.
– Al-Mu‛tamad, Abul Hasan al-Basri, muka surat 336.
 
Haṣkafī: Beramal dengan syariat Nabi Ibrahim.
هل كان قبل البعثة متعبدا بشرع أحد؟ المختار عندنا لا، بل كان يعمل بما ظهر له من الكشف الصادق من شريعة إبراهيم وغيره ...
الدر المختار ، حصكفي ، ج 1، ص 387 .
 
Apakah baginda beribadah dengan syariat yang lain sebelum bi‛thah? yang menjadi pilihan di sisi kami ialah tidak, bahkan baginda beramal dengan apa yang zahir baginya daripada syariat Nabi Ibrahim (a.s) dan lain-lainnya.
– Al-Durr al-Mukhtār, Haṣkafī, jilid 1 muka suarat 387.
 
Ibnu ‛ābidin: Mengikuti pandangan jumur ulama
مطلب في تعبده عليه الصلاة والسلام بشرع من قبله ... وسيأتي أول كتاب الصلاة أن المختار عندنا عدمه وهو قول الجمهور
حاشية رد المحتار ، ابن عابدين ، ج 1 ، ص 97 .
 
Mengenai ibadah Nabi (s.a.w) dengan syariat nabi sebelum baginda… akan datang dalam bab pertama, kitāb al-ṣalāt bahawa yang menjadi pilihan di sisi kami ialah baginda tidak beribadah dengan syariat lain dan ini adalah pandangan jumhur.
-Ḥashiya Rad al-Mukhtār, Ibnu ‛Abidin, jilid 1 muka surat 97.
 
Bagi telaah lebih lanjut, sila rujuk pandangan-pandangan Ahli Sunnah yang lain dalam rujukan-rujukan berikut:
 
المحرر الوجيز في تفسير الكتاب العزيز ، ابن عطية أندلسي ، ج 2 ، ص 318 ، تفسير القرطبي ، ج 16 ، ص 57 ، تفسير آلوسي ، ج 25 ، ص 59 ، المستصفي ، غزالي ، ص 165 ، المحصول ، رازي ، ج 3 ، ص 263 ، الاحكام ، آمدي ، ج 4 ، ص 137 ، الوافي بالوفيات ، الصفدي ، ج 7 ، ص 18 ، إمتاع الأسماع ، المقريزي ، ج 2 ، ص 359 .