Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Sabtu

11 April 2015

3:27:06 PTG
682817

Kenyataan Majma' Ahlul Bait terhadap hasutan Imam Masjidil Haram

Majma' Ahlul Bait (a.s) memberi amaran terhadap akibat buruk hasutan imam Masjidil Haram yang bertentangan dengan syariat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan kenyataan yang berbaur hasutan yang dikeluarkan Imam Masjidil Haram yang beraliran Wahabi, Abdul Rahman Sudais, Majma' Ahlul Bait (a.s) selaku pertubuhan NGO yang menjaga hal ehwal Syiah di seluruh dunia menyatakan reaksinya dalam sebuah kenyataan medianya. Teks kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Orang yang merombak (melanggar) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (Surah al-Baqarah ayat 27).

Sejak dari zaman dahulu Haramain telah menjadi simbol keamanan, kedamaian dan keadilan. Setelah Bi'thah, Nabi (s.a.w) juga tidak hanya menyeru perpaduan di tempat suci ini, malah melaungkan slogan "اشداء علی الکفار رحماء بینهم" (Keras terhadap orang kafir dan penyayang sesama mereka). Bahkan dengan menyampaikan "قُل يا أَهلَ الكِتابِ تَعالَوا إِلىٰ كَلِمَةٍ سَواءٍ بَينَنا وَبَينَكُم أَلّا نَعبُدَ إِلَّا اللَّهَ و" (Katakan wahai Ahli Kitab, marilah ke arah kalimah yang sama di antara kita dan di antara kamu agar kita tidak menyembah kecuali kepada Allah...) baginda juga memberi pedoman kepada penduduk dunia untuk menuju ke arah keharmonian agama.

Setiap tahun umat Islam yang beriman hadir di Miqat Ibrahim dan Ismail mendirikan amalan yang satu dengan warna yang satu. Maka perpaduan pun menjelma di alam semesta sehingga semua orang menjadi beriman dengan sebuah kapasiti yang kaya dengan kecintaan dan kasih sayang.

Namun situasi Dunia Islam yang mengalami luka akibat pencerobohan dan krisis Takfiri di Syria, Iraq serta Yaman menjadi semakin parah. Pentas-pentas di dalam masjid tersuci yang sepatutnya menerangkan keagungan Islam dan kegagahan umat sedang disibukkan dengan elemen pemecah belah dan perang mazhab yang paling buruk.

Ucapan terkini Imam Masjidil Haram Abdul Rahman Sudais dan ungkapan mufti rasmi kerajaan Arab Saudi Abdul Aziz Al Sheikh yang dikeluarkan dalam hari-hari serangan ganas rejim ini ke atas negara Yaman, termasuk serangan ke atas para penziarah Baitullah al-Haram di Lapangan Terbang Jeddah merupakan contoh aksi-aksi pemecah belah sertta tanda tidak matang, tidak bertaqwa dan penerapan dasar politik kuasa asing bagi memicu peperangan antara mazhab dan puak di negara-negara Islam.

Mufti-mufti ini dan agamawan Wahabi menyerang pengikut Ahlul Bait (a.s) dengan cara begini dan memperkenalkan Syiah sebagai musuh utama umat Islam. Apakah hingga kini mereka sudah mengecam pembunuhan orang tidak berdosa di dalam masjid-masjid, minbar-minbar dan pasar-pasar di tangan pengganas Takfiri? Apakah mereka sudah memberikan reaksi terhadap penangkapan, penyeksaan dan pembunuhan ulama Islam di dalam masjid? Apakah mereka bertindak balas terhadap pembunuhan harian rakyat Palestin?

Secara jujurnya, tidakkah mereka ini menepati firman ayat ini: "وَإِذا تَوَلّىٰ سَعىٰ فِي الأَرضِ لِيُفسِدَ فيها وَيُهلِكَ الحَرثَ وَالنَّسلَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الفَساد" (Kemudian apabila ia pergi, berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan)?

Ucapan sheikh-sheikh dangkal dan fanatik ini menimbulkan banyak persoalan asasi di dalam fikiran walaupun tidak sedikitpun membawa nilai agama Hanif dan Rasul (s.a.w). Oleh itu apakah penolakan yang dapat diwacanakan pada ucapan penghasut dan pemicu fitnah yang menyalahi syarak, undang-undang antarabangsa dan kanun serta perjanjian hak asasi manusia?

Sudais secara langsung memperkenalkan Syiah sebagai musuh dan menyeru orang ramai memerangi mereka. Apakah ulama Ahli Sunnah tidak melihat tafsir-tafsir ayat dari surah al-Bayyinah? Apakah mereka memejamkan mata bahawa para ulama menafsirkan ayat ke-tujuh dari surah tersebut dari ucapan Rasulullah (s.a.w) bahawa Syiah Ali adalah sebaik-baik makhluk Allah?

Betapa autentiknya kata-kata itu sehingga laman web Awqaf dan Irshad Arab Saudi (beralaman di www.al-Islam.com) juga tidak dapat menapisnya dan di dalam tafsir ayat :

ﺇِﻥَّ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻭَﻋَﻤِﻠُﻮﺍ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤَﺎﺕِ ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢْ ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻟْﺒَﺮِﻳَّﺔ" آورده است: «ﻳَﻘُﻮﻝ : ﻣَﻦْ ﻓَﻌَﻞَ ﺫَﻟِﻚَ ﻣِﻦْ ﺍﻟﻨَّﺎﺱ ﻓَﻬُﻢْ ﺧَﻴْﺮ ﺍﻟْﺒَﺮِﻳَّﺔ . ﻭَﻗَﺪْ : 29208 - ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺍِﺑْﻦ ﺣُﻤَﻴْﺪ , ﻗَﺎﻝَ : ﺛﻨﺎ ﻋِﻴﺴَﻰ ﺑْﻦ ﻓَﺮْﻗَﺪ , ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺍﻟْﺠَﺎﺭُﻭﺩ , ﻋَﻦْ ﻣُﺤَﻤَّﺪ ﺑْﻦ ﻋَﻠِﻲّ { ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢْ ﺧَﻴْﺮ ﺍﻟْﺒَﺮِﻳَّﺔ } ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : " ﺃَﻧْﺖَ ﻳَﺎ ﻋَﻠِﻲّ ﻭَ ﺷِﻴﻌَﺘﻚ".»

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) meminta ulama Arab Saudi merujuk kepada sumber-sumber rujukan aslinya dan meninggalkan perseteruan.

Begitu juga para ulama, pemikir, pertubuhan hak asasi manusia, ilmuan, penggiat kebudayaan di negara-negara Islam, termasuk pertubuhan antarabangsa dan pusat-pusat hak asasi manusia agar bangkit menjalankan tanggung jawabnya menentang perkara yang bersalahan dengan syariat, akal dan undang-undang ini.

Jika tidak, kita hanya menunggu pembunuhan besar-besaran terhadap Syiah, pengikut Ahlul Bait (a.s) dan kobaran api perang mazhab yang paling keras.

Majma' juga meminta negara-negara yang dihormati, majlis syura Islam, badan kehakiman dan para pegawai Republik Islam Iran mengemukakan pandangan masing-masing demi mencegah mala petaka akibat kenyataan-kenyataan tersebut.