Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Isnin

4 Mei 2015

6:53:28 PG
688101

Benarkah gerakan Housi adalah Yamani akhir zaman?/ Siapakah Ahmad al-Hasan?

Ahmad al-Hasan membid'ahkan taqlid dan meletakkan para ulama Syiah sebagai musuh utamanya. Selain itu dia mengharamkan penyerahan khumus kepada marja', sebaliknya meminta umat Islam menyerahkan khumus kepadanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Laman Kebudayaan:

Kezuhuran juru selamat merupakan satu akidah umum dalam kebanyakan agama yang membawa khabar gembira bahawa dunia ini tidak selama-lamanya dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan. Bahkan orang salih dibimbing pemimpin yang ditunggu akan memerintah muka bumi dengan keadilan dan kesaksamaan.

Akar umbi iktikad terhadap Imam Mahdi atau juru selamat melazimkan kesediaan berbagai masyarakat di dalam zaman yang berbeza untuk menyambut dan menaati beliau. Dari sini, para pendusta mencemarkan akidah masyarakat dengan menyalahgunakan fahaman ini bersama dakwaan palsunya sehingga mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi (a.s) atau pembantu beliau. Kebetulan ada dikalangan para pendusta ini berjaya dalam rancangannya dan mencapai matlamat, samada pendustaan secara kecil-kecilan demi kekayaan mahupun pendustaan besar-besaran demi memegang tampuk pemerintahan.

Begitu juga golongan yang memusuhi Islam dan kemanusiaan, akibat terlalu takut dengan pemerintahan adil Imam Mahdi (a.s) telah memanfaatkan peluang ini dengan mencipta keraguan dan pertanyaan aneh supaya kemunculan juru selamat menjadi lemah. Dari satu sisi yang lain, mereka membangunkan filem dan menyelewengkan liputan media bagi memburuk-burukkan wajah manusia pilihan tuhan tersebut.

Sebagai reaksi terhadap tindakan ini, Agensi Berita Ahlul Bait (a.s) atau ABNA cuba menyampaikan maklumat-maklumat terkini tentang kezuhuran Imam Mahdi (a.s) setiap minggu dengan wawancara bersama ulama terkenal. Pada minggu ini, ABNA bersama Hujjatul Islam Wal Muslimin Muhammad Shahbaziyan, seorang pakar perbahasan Mahdawisme di Qom dengan wacana Yamani di zaman kezuhuran.

Berikut adalah teks wawancara bersama beliau:

ABNA: Apakah kedudukan Yamani dalam petanda kezuhuran Imam Zaman (a.s)?

Bismillahirrahmanirrahim, mengenai Yamani di akhir zaman, terdapat riwayat dalam sumber-sumber Syiah dan Sunni. 15 riwayat memberitakan sejarah dari Satih Kahin di dalam sumber-sumber Syiah. Dalam sumber-sumber Ahli Sunnah juga, terdapat 3 riwayat yang memberikan fokus tentang Yamani. Meskipun begitu, Ahli Sunnah mempunyai sebuah riwayat yang berjudul al-Qahtani yang mana dalam penelitian saya, saya simpulkan bahawa al-Qahtani tidak dapat dijadikan Yamani. Jadi secara praktikalnya sekumpulan khabar dan riwayaat di dalam Syiah serta Sunni berjumlah 18 hadis.

ABNA: Apakah riwayat-riwayat ini muktabar?

Semua persanadan 18 riwayat ini adalah dhaif, iaitu kita tidak dapat menamakannya sebagai riwayat yang muktabar atau menyatakannya sebagai sebahagian dari riwayat-riwayat yang muktabar di sisi kita. Namun dari 15 riwayat tersebut, hanya 6 sahaja dapat diterima. Ada juga riwayat dhaif yang bertindih antara satu sama lain. Dalam sekumpulan riwayat Ahli Sunnah, hanya satu sahaja yang kita terima.

ABNA: Apakah ciri-ciri al-Yamani disebut dalam hadis-hadis ini?

Mengenai karekteristik Yamani yang terdapat dalam kumpulan riwayat yang sampai ke tangan kita, akhirnya kita dapat nyatakan prinsip al-Yamani dapat disabitkan. Namun bukan semudah itu kita dapat menerangkan karakteristik zahir bagi Yamani, iaitu ciri-ciri siapakah namanya dan apakah kabilahnya, tidak ada dalam riwayat kita. Terdapat noktah yang meragukan mengenai topik al-Yamani. Sekiranya kita menerima prinsip ini, iaitu Yamani merupakan salah satu tanda kezuhuran, maka kita menyatakan bahawa Yamani akan datang dari Yaman dan merupakan sebahagian tadi prajurit Imam Mahdi (a.s). Namun siapakah namanya? Apakah gerakan yang akan dilaksanakan? Apakah ciri-cirinya? Siapakah pembantunya? Ini merupakan sesuatu yang tidak wujud dalam riwayat.

Tambahan lagi wacana al-Yamani, terdapat riwayat saling yang bertentangan, dalam sebahagian riwayat menyatakan ia hidup dan aktif di zaman Imam Mahdi (a.s). Riwayat yang lain menyatakan al-Yamani akan meninggal dunia 90 tahun sebelum Imam Mahdi terbunuh. Setelah itu anak-anaknya akan bangkit dan selain itu (ada yang menyatakan) kelahiran Imam Zaman (a.s), al-Yamani akan raj'ah. Iaitu al-Yamani akan raj'ah di zaman pemerintahan Imam Mahdi (a.s), al-Yamani akan raj'ah, bukannya sebagai pembentang latar kezuhuran Imam Mahdi (a.s). Terdapat sebuah riwayat yang menyatakan keluarnya al-Yamani sezaman dengan kemunculan Sufyani dan Khurasani. Namun dalam riwayat yang lain, al-Yamani akan bergerak sebelum munculnya gerakan Sufyani. Dalam satu kumpulan riwayat yang lain, al-Yamani akan menewaskan Sufyani, namun dalam riwayat yang lain menyatakan Sufyani akan mengalahkan al-Yamani. Perbezaan riwayat-riwayat ini tidak dapat kita cerapkan sebuah pandangan menyeluruh dan kita menetapkan bilangan al-Yamani. Ini disebabkan bilangan merupakan zaman, yang mana apabila kita mencerap riwayat muktabar dan ruangan riwayat, maka pembahagian ini menjadikan al-Yamani ada dua atau tiga jenis. Dalam keadaan kita berbicara tentang semua perkara mengenai kezuhuran Imam Mahdi (a.s), maka tidak ada lagi sisi perbezaan walaupun dikatakan seorang al-Yamani muncul dari Cina, seorang lagi datang dari Yaman. Padahal semua riwayat merupakan salah satu judul wacana bernama al-Yamani.

Oleh itu perbezaan dan pertentangan antara riwayat memang wujud. Di antara 18 riwayat, persanadan 10 atau 12 riwayat adalah dhaif dan tidak muktabar. Selain dari persanadan dhaif, kitab-kitab lain tidak memperdulikan riwayat-riwayat ini. Contohnya satu riwayat ada di dalam kitab al-Ghaibah Sheikh al-Tusi sedangkan ia tidak diterangkan di dalam kitab-kitab lain. Akhirnya mengenai riwayat-riwayat al-Yamani, kita hanya terdaya menyatakan bahawa terdapat di dalam riwayat bahawa seorang individu al-Yamani akan datang dari Yaman. Sekarang kita tidak tahu siapakah gerangannya? Kita menghadapi masalah dalam penyelarasannya.

ABNA: Apakah al-Yamani merupakan individu yang positif, atau negatif?

Terdapat di dalam riwayat bahawa "Panji-panjinya adalah panji-panji yang lebih memberikan hidayah", iaitu di antara al-Khurasani, Sufyani dan Yamani, mereka masing-masing akan muncul dalam satu tahun, satu bulan, dan satu hari (bersamaan), panji-panji al-Yamani lebih memberikan pedoman. Sufyani adalah batil. Namun al-Yamani mempunyai hak yang lebih banyak jika dinisbahkan terhadap Khurasani. Namun riwayat tunggal ini disebut oleh Syeikh Tusi dan Marhum Nu'mani di dalam kitab al-Ghaibah. Sanad riwayat yang terdapat di dalam al-Ghaibah Nu'mani ini dhaif dan kita melihat riwayat, ia berada dalam ruang lingkup zaman kebangkitan Abu Muslim al-Khurasani.

Pada pandangan saya, sanad yang dikemukakan Syeikh Tusi adalah muktabar. Menurut prinsip ilmu rijal, Ayatullah al-Uzma al-Khu'i mendapat sanad riwayat tersebut dalam kitab al-Ghaibah Syeikh Tusi adalah daif kerana wujud seorang individu bernama Ali bin Muhammad al-Qutaibah yang mana terdapat 9 pujian dan 9 celaan untuknya. Kita tidak dapat menerima riwayat ini. Namun Ayatullah Shabiri Zanjani, beliau menerima Ali bin Muhammad bin Qutaibah. Riwayat al-Ghaibah Sheikh al-Tusi berkata, al-Yamani akan keluar bersama Khurasani dan Sufyani manakala benderanya lebih memberikan hidayah. Sekiranya kita menerima riwayat ini, pemberi pedoman hidayah ini menunjukkan pujian bagi individu bernama al-Yamani.



ABNA: Tolong ceritakan sejarah ringkas dakwaan dusta al-Yamani, apakah di dalam sejarah sudah ada pendusta yang membuat berbagai pengakuan?

Di dalam hadis, terdapat perbahasan bernama Yamani dan Qahtani. Kerana itu seorang individu yang ingin mendapatkan perhatian pada dirinya telah menggunakan gelaran ini. Muqaddasi di dalam kitab al-Bida' wal Tarikh telah membawa daftar nama-nama yang mendakwa dirinya sebagai al-Yamani dan al-Qahtani. Ataupun individu yang secara langsung mendakwa dirinya sebagai al-Yamani, atau juga sebagai pembantunya.

Sebagai contoh, individu Housi Yaman diperkenalkan sebagai al-Yamani, padahal mereka sendiri tidak mengakuinya.

Di Iraq terdapat individu Abi Abdillah al-Hasani al-Qahtani yang terkenal sebagai Haidar Mushatat yang mengakui dirinya sebagai al-Yamani. Individu lain seperti Ahmad bin Ismail Basri yang terkenal di kalangan pengikutnya sebagai Ahmad al-Hasan berkata aku adalah al-Yamani. Mereka ini menyalah gunakan riwayat-riwayat dan memperkenalkan diri sendiri sebagai al-Yamani dan naib Imam Mahdi (a.s). Sedangkan riwayat al-Yamani tidak menerangkan nama, gelaran dan nama al-Yamani. Kita tidak boleh mengatakan si fulan atau fulan sebagai al-Yamani. Katakanlah kita menerima al-Yamani adalah adil dan bendera kebenaran lebih berhak berada di tangannya. Namun siapakah yang mampu membuktikan realiti ini? Tahun demi tahun terdapat orang yang mengaku sebagai al-Yamani samada di kalangan Syiah, mahupun Ahli Sunnah. Jadi kita tidak dapat menemui dalil tentang ketetapan dan penyelarasannya.

ABNA: Pendusta al-Yamani lebih banyak di kalangan Syiah atau dalam Ahli Sunnah?

Kita tidak ada statistik terperinci siapakah yang memperkenalkan dirinya sebagai al-Yamani secara eksklusif. Di dalam sejarah terdapat Abdul Rahman bin Ash'as di zaman kebangkitan melawan Hajjaj yang mendakwa dirinya sebagai Qahtani dan al-Yamani. Kitab Ahli Sunnah tidak terlalu banyak catatan tentang riwayat al-Yamani. Di dalam Ahli Sunnah, banyak khabar tentang panji-panji hitam dan terlalu banyak subjek yang bersandar kepadanya sehinggakan Taliban juga mengakui dirinya sebagai panji-panji hitam dan Khurasani. Di dalam IS (Islamic State juga terdapat khabar-khabar seperti ini. Di kalangan Syiah, oleh kerana al-Yamani telah masyhur dengan diperkenalkan sebagai keluarnya al-Yamani, Sufyani dan Khurasani di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, bendera al-Yamani adalah bendera yang benar, maka latar bagi memalsukan al-Yamani lebih besar. Di dalam Kutubu arba'ah, terdapat riwayat al-Yamani, namun di dalam Kutubu Arba'ah, tidak terdapat suatu riwayatpun mengenainya sebagai sebahagian dari tanda-tanda kezuhuran.

Ada riwayat al-Yamani di dalam Raudhah al-Kafi, sebahagian dari penyelidik percaya secara terperinci Raudhah al-Kafi berkaitan dengan al-Kulaini, yang mana kalau sudah terdapat di dalam Ushul dan Furu', maka yang ada di dalam Raudhah tidak diamalkan. Kerana itu sekiranya sebuah riwayat ada di dalam Raudhah al-Kafi, maka kemuktabaran Ushul al-Kafi tidak boleh dikenakan ke atas perkara ini.

ABNA: Sekiranya ada yang mengaku bahawa saya adalah al-Yamani, apakah dalil yang dapat kita guna sebagai kritikan?

Di zaman masa kini, terdapat individu yang banyak membuat propaganda dan berkata, akulah al-Yamani. Ahmad Ismail al-Basri yang terkenal sebagai Ahmad al-Hasan merupakan salah seorang daripada individu-individu ini, ataupun Haidar Mushatat yang sudah terbunuh, dia juga membuat dakwaan tersebut. Dakwaan-dakwaan mereka ini ialah aku adalah Yamani, bendera aku adalah bendera hidayah, aku akan membangunkan latar untuk kezuhuran. Kita membahaskannya dalam dua perkara: Pertama ialah sebagaimana yang dinyatakan bahawa kita sudah ada penyeluruhan kisah al-Yamani. Namun riwayat al-Yamani bukanlah rasional dan Ahlul Bait (a.s) tidak menyatakan neraca timbangan kepada kita untuk mengenal al-Yamani, iaitu apakah dia perincian al-Yamani, maka kita perlukan hindari dari topik ini. Hari ini kita tidak mempunyai dalil untuk perkara tersebut dan Allah tidak menjadikannya sebagai sebuah taklif kewajipan. Masalah kita dengan para pendusta ini, apakah dalil kamu untuk menyabitkan al-Yamani> Individu untuk yang telah membuat dakwaan bahawa aku adalah al-Yamani, kita katakan dalil dipikul ke atas orang yang membuat dakwaan. Kamu membuat dakwaan, namun apakah dalil kamu? Mereka akan menjawab, kami ada riwayat tentang al-Yamani. Secara tepat Ahmad al-Hasan berkata apakah kita tidak ada riwayat tentang al-Yamani? Bahkan iya, kita ada riwayat, namun siapakah yang menyatakan bahawa engkau adalah al-Yamani? Engkau hendaklah membawa dalil. Dalam riwayat menyatakan bahawa al-Yamani berasal dari Yaman. Riwayat ini secara langsung menyebut: Al-Yamani akan keluar dari Yaman. Ahmad al-Hasan kelahiran Iraq dan Basrah, maka dia bukanlah al-Yamani.

Noktah yang lain ialah Ahmad al-Hasan mengaku maksum, sedangkan kita tidak ada dalil tentang kemaksuman al-Yamani. Riwayat ini menyatakan bendera al-Yamani lebih memberikan hidayah sebagaimana contoh riwayat mengenai Salman, Abu Zar dan Zararah. Iaitu Ahlul Bait (a.s) menyatakan ikutilah mereka, apakah mereka maksum? Bukan seperti yang didakwa mereka. Mereka berkata mereka ini lebih baik, sebagaimana dikatakan di kalangan marja', si fulan lebih berpengetahuan. Ketika mana Ahmad al-Hasan ingin menyabitkan kemaksuman al-Yamani, kita berkata kepada Ahmad al-Hasan bahawa kesilapan kamu dalam pembacaan hadis, pembahasan al-Qur'an dan hadis, engkau tidak layak dan bukan pemberi hidayah. Secara pastinya, orang yang membaca hadis palsu, memotong hadis, membaca sebahagian hadis untuk kepentingan dirinya, yang tidak memahami riwayat, membaca hadis untuk orang ramai dengan kesalahan pada makna, maka sudah tentu dia bukanlah pemberi hidayah. Tidak ada timbangan ciri-ciri keistimewaan. Orang yang mendakwa dirinya al-Yamani tidak memenuhi kriteria utama dan demikian itu ialah pembimbing. Sekiranya al-Yamani dapat kita terima, kelazimannya ialah dia bersama kebenaran, berkata jujur, berpengetahuan, namun ketika kitab al-Yamani dibaca, kita melihat dia tidak mempunyai ciri-ciri ini. 

Bersambung...