Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Rabu

27 Mei 2015

4:11:58 PTG
692320

Akhtari;

Pencerobohan rejim Saudi ke atas Yaman mengingatkan serangan Moghul

Rakyat Yaman diserang kerana ingin menentukan masa depan mereka tanpa campur tangan negara asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majma Ahlul Bait (a.s), Hujjatul Islam Akhtari berkata, " Malangnya hari ini dunia Islam dan Arab merasai keperitan dan cabaran besar seperti menghadapi pengganas Takfiri."

Beliau berkata demikian dalam Kongres Rantau Arab Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) yang dianjurkan dengan wacana cabaran menghadapi Takfiri dan kesetiakawanan bersama bangsa yang ditindas, di Beirut.

Sambil menceritakan kekejaman Al Saud terhadap bangsa Yaman yang saling tidak tumpah dengan perbuatan tentera Moghul, beliau berkata, "Malangnya beberapa negara Islam tidak mengecam jenayah Al Saud, bahkan memberikan sokongan dan dorongan."

Tegas beliau lagi, rakyat Yaman hanyalah ingin menentukan nasib mereka tanpa campur tangan mana-mana pihak asing, "Kita mengecam keras tindakan-tindakan Al Saud dalam membela aspek dana dan senjata terhadap kumpulan-kumpulan pengganas Takfiri, termasuk penyertaan beberapa negara Arab dalam mencerohoh Yaman yang dikepalai Saudi."

Selain itu, beliau turut mendesak PBB agar menjalankan tanggung jawab mereka dalam menangani kezaliman negara-negara Arab terhadap Yaman.

Beliau juga menceritakan tindakan Saudi yang masuk campur dalam urusan dalaman Bahrain dan menyuraikan demonstrasi aman di negara terbabit, "Kita menyaksikan di Bahrain, insan-insan tidak berdosa dibunuh, ulama, wanita dan remaja Bahrain dipenjarakan, warga di negara ini dinafikan kerakyatannya."

Dalam masa yang sama, beliau juga meminta masyarakat antarabangsa bergerak dengan lebih serius terutama sekali dunia Islam serta Arab dalam menghentikan jenayah pengganas Takfiri, selain menyokong usaha damai serantau seperti di Syria dan Iraq.

Sambil menceritakan kemenangan pejuang Islam di Lubnan dalam empat peperangan dengan rejim Zionis sehingga mengakhiri penjajahan di Selatan Lubnan, beliau berkata, "Hari ini kita menyaksikan perjuangan di Lubnan gagah perkasa di medan tempur sementara rejim Zionis berada di dalam keadaan yang amat lemah."

Kongres ini dihadiri 50 orang ulama dunia Islam dari Tunisia, Iraq, Maghribi, Syria, Sudan, Mauritania, Kuwait, Kenya, Lubnan dan Iran. Dalam persidangan ini, beberapa ulama tampil memberikan pendapat masing-masing mengenai cara-cara menghadapi Takfiri.

Selain itu, beberapa topik hangat yang lain turut dikemukakan seperti cabaran Syiah serta kerjasama terkini dalam menghadapi Takfiri dan Wahabi.