Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Rabu

29 Julai 2015

4:46:19 PTG
703032

Pemimpin militan anti Syiah Pakistan maut

Pemimpin pengganas anti Syiah yang paling dikehendaki maut ditangan pihak polis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Pakistan memaklumkan kematian Malik Ishak yang menjadi dalang dalam kebanyakan serangan paling ganas berbaur fanatik mazhab hari ini.

Menteri Dalam Negeri wilayah Punjab, Shukha Khanzade berkata, "Malik Ishak, pemimpin kumpulan pengganas Lashkar E Jhangvi bersama 13 aktivis anti Syiah, termasuk dua anak lelakinya terbunuh di tangan pihak polis pada hari Rabu (hari ini)."



Malik Ishaq yang baru sahaja ditangkap polis baru-baru ini terbunuh ketika pengikutnya melakukan percubaan menyelamatkannya di kota Muzaffargarh, wilayah Punjab, Pakistan.

Seorang pegawai polis yang enggan mendedahkan identitinya memaklumkan anggota kumpulan pengganas terbabit telah melepaskan tembakan ke arah polis sehingga berlaku pertempuran sengit.

Dalam kejadian ini, 8 anggota polis Pakistan cedera.

Pegawai hospital Muzaffargarh, Mushtaq Rasul dalam wawancara bersama wartawan Perancis berkata, 14 jenazah telah diserahkan kepada hospital.

Malik Ishak terkenal apabila menjadi dalang utama pembunuhan Syiah di negara ini. Dia telah dibebaskan dari penjara pada tahun lalu dan ditangkap kembali pada 25 Julai lalu.

Kumpulan pengganas Lashkar E Jhangvi merupakan militan anti Syiah yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh anggota militan Sepah E Sahaba Pakistan. Sepah E Sahaba sendiri telah ditubuhkan pada tahun 1985 sebagai reaksi kemenangan revolusi Islam Iran.

Di awal penubuhan, Lashkar E Jhangvi dikepalai Riyadh Bashrah, namun pihak polis berjaya membunuhnya pada tahun 2002. Tempatnya kemudian diganti oleh Akram Lahori.

Ishaq ditangkap pada tahun 1997 atas tuduhan membunuh, mengancam bunuh dan menimbulkan ketakutan. Meskipun begitu, dia dikatakan telah merancang serangan terhadap kumpulan kriket Srilanka pada tahin 2009 dari dalam penjara. Dalam serangan ini, 8 orang terbunuh manakala enam yang lain cedera. Selain itu, terdapat laporan yang mendakwa Ishaq telah mengaku membunuh 102 orang.



Pada tahun 2011, Ishaq bebas dari penjara apabila pihak berkuasa kekurangan bukti. Sejurus dibebaskan Ishaq telah mengirim pesanan anti Syiah kepada seluruh pengikutnya sehingga menyebabkan statistik serangan terhadap Syiah meningkat di seluruh Pakistan.



Dalam serangan terkini terhadap Syiah, pengganas menggunakan taktik terbaru iaitu menahan bas dan membunuh penumpang Syiah di dalamnya.

Pada bulan September 2011, gerombolan pengganas telah menghentikan sebuah bas dan membunuh 26 penumpangnya. Lashkar E Jhangvi mengaku bertanggung jawab dalam pembunuhan tersebut. Pada tahun 2012, 25 orang Syiah yang menaiki sebuah bas dipaksa turun dan dibunuh.

Pada tahun 2013 pula, Lashkar E Jhangvi bertanggung jawab melakukan serangan bom terhadap penduduk awam Syiah di kota Quetta. 200 orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tersebut. Kes ini menyebabkan pihak polis bertindak menangkap Malik Ishaq.