Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Jumaat

31 Julai 2015

5:46:48 PTG
703367

Peserta Kongres Doktor Imamiyah Sedunia;

Kami lihat Iran harmoni dengan Islam

Kongres Doktor Imamiyah Sedunia berlangsung di Masyhad dengan ucapan para peserta.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kongres Doktor Imamiyah dirasmikan pagi semalam di Masyhad dan mula bersidang di sebelah petang. Persidangan yang berlangsung di Dewan Qods Astan Rezavi, dimulakan dengan analisa surat Pemimpin Tertinggi Revolusi kepada para pemuda Eropah. Beberapa pemikir dan peserta telah menceritakan pandangan masing-masing setelah itu.

Dr. Ali Akbar Velayati yang merupakan anggota syura Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) dan penasihat urusan antarabangsa Rahbar, Hamid Reza Moghaddamfar, aktivis kebudayaan dan media Dr. Fuad Izdi, anggota jawatankuasa ilmu Universiti Tehran dan Dr. Marziye Hashemi Nejad, para wartawan dan pengarah filem Amerika bersama beberapa peserta telah memberikan ucapan.

Dalam persidangan ini, Dr. Moghaddam telah menerangkan isi kandungan surat terbuka Rahbar kepada pemuda Eropah sambil menyeru para peserta mengambil perhatian terhadap ucapan beliau.

Islam Iran, mengamankan dunia dan akhirat

Perwakilan Amerika dalam persidangan ini berkata, "Kita di dalam universiti hendaklah sentiasa mempertahankan umat Islam, disebabkan kurang keyakinan kita telah kehilangan kepercayaan diri."

Tambah beliau lagi, "Golongan pendidik dan siswa sekolah serta universiti cuba diajak melawat ke Israel selama sebulan. Lawatan ini ditawarkan secara percuma dan mereka diperkenalkan seluruh pusat bersejarah, agama dan kerajaan."

Sambil menerangkan misi lawatan itu ialah menampilkan keindahan wajah Zionis beliau menjelaskan, "Mereka cuba menampilkan kononnya rejim perampas ini sebagai sebuah negara yang cinta kedamaian, kaya, indah dan benar-benar harmoni. Sementara itu para pemuda yang pulang dari lawatan ini berada di bawah pengaruh pemikiran itu."

Di akhir ucapan ini beliau menyifatkan Iran sebagai sebuah negara yang perkasa dan mampu merubah para pengecut dunia. Beliau turut meminta para peserta kongsres ini menyediakan peruntukan untuk membangunkan para mahasiswa, doktor sukarela Eropah dan Amerika di Iran.


Selain itu, beliau menyatakan bahawa Islam di Iran turut mensejahterakan dunia dan akhirat, "Di negara Iran saya lihat kehidupan Islam di samping tidak bertentangan dengan kelazatan dunia.

Methodologi Nabi (s.a.w) dan tabligh Ayatullah Khamenei harus diambil berat

Setelah itu seorang lagi peserta dari Kanada menerangkan bahawa surat Ayatullah Khamenei kepada para pemuda Eropah bertepatan dengan jalan tabligh Nabi di awal Islam, "Cara baginda Muhammad (s.a.w) merupakan kaedah logik dan praktikal yang sudah tentu membantu kita dalam merentasi jalan ini."

Sambil menerangkan terdapat berbagai penganut agama di Kanada, beliau menambah, "Tabligh dalam persatuan-persatuan dan komuniti-komuniti beberapa agama sedang mengalami pertumbuhan pesat."

Hingga kini belum ada surat seperti ini

Perwakilan dari Pakistan melahirkan rasa kesal apabila baru mendapat tahu tentang surat tersebut dan berkata, "Amat malang sekali, baru sekarang saya sedar tentang surat ini."

Sambil menegaskan isi kandungan surat ini perlu segera dianalisa, beliau menambah, "Saya mohon penganjur kongres ini agar menyenaraikan kitab-kitab Islam yang muktabar untuk diberikan kepada kami supaya dapat kami berbicara dengan bersandar pada sumber yang meyakinkan."

Doktor yang berucap dalam bahasa Urdu ini menceritakan propaganda negatif Dunia Arab menentang Islam, "Masyarakat Arab amat keras dalam mewacanakan topik wanita dalam Islam, dan pemikiran umum terhadap perkara ini telah diselewengkan."



Beliau menambah, "Barat sedang menyampaikan perkara ini kepada masyarakat, iaitu perempuan tidak ada tempat di dalam Islam. Oleh itu kita hendaklah berusaha menerangkan perkara penting ini dan mencegah penyebaran dusta ini."

Surat Ayatullah al-Uzma Imam Khamenei suatu kerja yang amat besar

Peserta dari UAE dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan bangsa Iran yang menjadi tuan rumah kongres antarabangsa ini dan berkata, "Surat Ayatullah al-Uzma Khamenei kepada para pemuda Eropah dan Amerika Utara merupakan suatu kerja yang amat besar dan inisiatif kegiatan amal. Beliau secara langsung menujukannya kepada pemuda Barat.

"Saya suka untuk mengetahui apakah sebab penyebaran surat ini dan memantaunya."

Doktor UAE ini menyatakan usulan, "Alangkah baiknya jika surat ini dianalisa tanpa sebarang ketaksuban dengan kehadiran meja bulat para pemuda dari berbagai negara."