Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Isnin

17 Ogos 2015

6:11:00 PTG
706485

Ayatullah Khamenei;

Komplot musuh jerat segelintir umat sebagai alat

Ayatullah Khamenei menegaskan konflik ciptaan Amerika dan Israel di Syria terjadi setelah tumbangnya rejim boneka kuasa angkuh dunia itu di Tunisia dan Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Para peserta perhimpunan Agung VI Majma Jahani Ahlul Bait (a.s) pagi kelmarin berada dalam pertemuan bersama Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran Ayatullah Sayed Ali Khamenei.

Ayatullah Khamenei dalam ucapannya menerangkan memerangi komplot kuasa angkuh dunia jelas merupakan hakikat jihad di jalan Allah. Sambil menceritakan usaha Amerika dalam mengeksploitasi rundingan nuklear Iran, beliau berkata, "Peranan kuasa dominasi dalam rantau ini berasaskan dua paksi iaitu mewujudkan perselisihan dan menularkan pengaruh yang cekal di mana fokus yang patut diberi perhatian ialah memeranginya tanpa sempadan dan secara bijaksana, sahih dan mempertahankan diri."

Jelas beliau lagi, persidangan agung ini berkait rapat dengan kelaziman mengikuti Ahlul Bait (a.s) dalam format mempromosikan nilai murni Islam, menegakkan hukum hakam Ilahi, berjuang di jalan Allah di samping memerangi kezaliman.

Beliau menegaskan, "Berjuang di jalan Allah bukan hanya bermakna memerangi pemerintah, bahkan ia meliputi perjuangan kebudayaan, ekonomi dan juga politik."

"Hari ini realiti perjuangan di jalan Allah itu sendiri ialah mengenal rancangan kuasa angkuh di rantau Islam, terutama sekali kawasan strategik dan sensitif Asia Barat. Di samping itu mengatur langkah untuk memeranginya hendaklah meliputi pertahanan dan serangan.

"Walaupun komplot kuasa angkuh dunia di kawasan Islam mempunyai rekod sejarah yang panjang, namun tekanan dan komplot ini menjadi semakin kuat sejak kemenangan revolusi Islam Iran sehingga tidak ada lagi negara-negara lain yang merasai pengalaman ini.

"Pemerintah Iran sejak 35 tahun yang silam sentiasa diancam, disekat, mendapat tekanan keselamatan, beraneka komplot politik manakala rakyat Iran sudah terbiasa dengan tekanan-tekanan ini.

"Namun komplot musuh di rantau Asia Barat setelah kemajuan Kebangkitan Islam yang bermula beberapa tahun lalu di Utara Afrika akibat kebingungan musuh yang semakin ketara.

"Mereka cuba berkhayal bahawa kemajuan Kebangkitan Islam dapat dibubarkan, namun kemajuan ini tidak dapat disekat dan sentiasa meneruskan pergerakannya. Cepat atau lambat ia tetap akan menunjukkan realitinya," tambah beliau lagi.

Ayatullah Khamenei menceritakan betapa kerasnya usaha pihak musuh untuk membangkitkan perselisihan, "Mewujudkan perselisihan antara kerajaan-kerajaan dan yang menjadi lebih berbahaya ialah ada di kalangan puak yang menjadi alat kegiatan kuasa angkuh.

"Kewujudan berbagai kumpulan, kebiadapan golongan Takfiri di mana Amerika pernah mengaku merekalah yang mewujudkannya adalah perkakas yang paling penting untuk mencetuskan perselisihan pada penampilan mazhab di kalangan umat. Malangnya sebahagian dari umat Islam terlalu mudah diperdaya dengan muslihat ini akibat tidak mempunyai pandangan jauh ke depan dan mereka berada di tengah-tengah komplot musuh.

"Tatkala pemerintahan taghut yang berslogankan Islam di Tunisia dan Mesir tumbang, Amerika dan Zionis mengambil keputusan untuk menggunakan formula ini bagi menghapuskan negara-negara Moqawama dengan mengisi jadual permusuhan, sebab itu mereka pergi kepada isu Syria.

"Setelah konflik di Syria bermula, sebilangan umat Islam yang tidak mempunyai pandangan jauh ke depan terjebak dalam percaturan komplot dan memenuhi jadual musuh, mereka menyeret negara Syria ke dalam kancah seperti ini.

"Apa yang sedang ditonjolkan dan diusahakan terjadi di Iraq, Syria, Yaman dan beberapa rantau lain ialah perang mazhab, sedangkan tidak ada sedikitpun perang mazhab, bahkan perang politik." Tegas beliau lagi.

Persidangan Agung VI Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) sedang berlangsung di Tehran dijangka berakhir pada hari ini.