Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Rabu

19 Ogos 2015

6:03:12 PTG
706774

Hujjatul Islam Akhtari;

Pengiktirafan rasmi mazhab Syiah kewajipan anggota Majma'

Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari menerangkan peranan anggota Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) di negara masing-masing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s), Hujjatul Islam Akhtari dalam upacara penutup Persidangan Agung ke-6 anjuran badan bukan kerajaan itu berkata, "Pemimpin Tertinggi bertegas tentang kegiatan jihad dan salah satu perbuatan jihad ialah mengamati dan memperuntukkan waktu untuk operasi membuat keputusan."

Tambah Akhtari lagi, "Mungkin Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mampu memberikan jawapan bagi anggota-anggota. Namun kami harap para anggota memberikan perhatian terhadap surat-surat dengan pesanan-pesanan Majma' di samping membalas surat-surat itu."

"Kebanyakan anggota tidak menjawab surat meskipun pesanan tahniah. Sedangkan kami perlu memanfaatkan pemikiran-pemikiran anda dan meneruskan kegiatan tabligh secara serius," jelas beliau.

Mengenai musuh yang bersatu untuk menentang Islam, beliau berkata, "Musuh kita menjadi angkuh ekoran pengikut Ahlul Bait (a.s) semakin bertambah. Dalam masa yang sama saudara-saudara anda di Yaman, Iraq, Syria, Nigeria, Afghanistan dan Pakistan sedang dibunuh."

Sambil menceritakan tanggung jawab yang dipikul para anggota di sisi Tuhan, beliau menegaskan, "Para pedagang dan usahawan juga memikul tanggung jawab di sisi Allah, mereka hendaklah memberikan sumbangan di jalan ajaran Ahlul Bait (a.s).

Beliau juga turut menceritakan institut pengajian tinggi Universiti Ahlul Bait Antarabangsa yang dibangunkan oleh Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) dalam rangka menambah para pendakwahnya, beliau menegaskan, "Universiti ini menerima para mahasiswa yang berkait rapat dengan anggota antarabangsa Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) dengan jurusan-jurusan yang amat sesuai.

"Para pendakwah di seluruh dunia kian bertambah, kerana itu kitab-kitab dikirim kepada para pendakwa setiap tahun," kata beliau sambil menekankan betapa pentingnya pembentukan kesatuan dan pejuang hak asasi.

Antara ucapan menarik beliau ialah, "Anggota Majma' hendaklah berusaha supaya Syiah secara rasmi diakui sebagai mazhab dan menceburi bidang politik dan hak asasi di negara masing-masing."

"Tidak ada sebuah mazhab pun yang mengadakan program iktikaf di masjid sedangkan program menarik ini amat baik kepada para pemuda Iran dan pemuda di seluruh dunia," tambah beliau lagi.