Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah al-Uzma Wahid Khorasani di dalam kuliah tafsirnya berkata, "Kekhalifahan setelah Nabi (s.a.w) merupakan salah satu isu yang paling penting. Oleh kerana terdapat masalah kesefahaman maka sejarah Islam dan umatnya bertukar.
Marja' taqlid ini menambah, "Seluruh ayat dan riwayat menunjukkan hak kekhalifahan dan imamah berada pada Imam Ali (a.s). Ayat-ayat Ilahi ini termasuk riwayat dan sunnah Nabi menunjukkan orang lain tidak ada hak untuk hadir dalam kedudukan tersebut. Namun malangnya hak tidak ditatang oleh empunya hak".
Jelas beliau lagi, "Mengenai kemuliaan eksklusif dan ciri-ciri jelas yang perlu diperhatikan untuk kekhalifahan setelah Rasulullah (s.a.w) ialah persediaan zat, didikan, amalan, ilmu dan lain-lain lagi yang perlu ditekankan. Seluruh ciri-ciri ini hanya wujud dalam seorang individu dan individu tersebut ialah Ali bin Abi Talib (a.s)".
" Zahabi di dalam kitab Tazkirah al-Huffaz menukilkan hadis dalam usaha menyatakan bahawa terdapat individu-individu lain yang mempunyai keramat melalui sabda Rasulullah (s.a.w) sedangkan hadis tersebut tidak selaras dengan riwayat, ilmu hadis dan al-Qur'an.
"Persediaan, ilmu dan semangat merupakan antara rukun yang penting sedangkan nabi mempunyai ilmu berkenaan bumi, langit dan galaksi di dalam hati, maka baginda juga perlu mempunyai khalifah yang mempunyai kapasiti ini.
"Ulama awam perlu menerima keraguan solat khalifah kedua, ini disebabkan di dalam kitab mereka telah menyatakan perkara ini bahawa khalifah di zaman pemerintahannya pernah bertanya dengan ibnu Abbas yang masih remaja. Sedangkan masalah ini sentiasa masyhur di kalangan orang beriman. Masalah ini juga berpotensi muncul dalam setiap detik beribadah selama nyawa di kandung badan. Soalannya di sini bagaimana mungkin seorang insan yang sudah berusia itu tidak tahu masalah ini? Soalan yang lain ialah terdapat satu masalah iaitu tatkala syak terjadi padanya, selama bertahun-tahun lamanya ia hidup, apakah yang dia lakukan?
"Kemudian masalah menjaga jiwa dan raga, di mana masalah ini perlu dijelas oleh al-Quran dan sunnah Nabi. Pertama insan juga bertanggung jawab menjaga nyawanya, begitu juga jiwa orang lain sehingga ke tahap barangsiapa yang membunuh ornag lain, maka ia kekal dalam neraka, dan perkara ini berdasarkan nas al-Quran.
"Ulama umum juga bersandar kepada kitab al-Bukhari bahawa khalifah bertegas ingin merejam wanita tanpa soal bicara dalam kes perzinaan. Di sini Ibnu Abbas menjelaskan bahawa memutuskan hukuman tidak boleh sewenang-wenangnya, padahal mereka ingin menghukum rejam tanpa syarat secukupnya.
"Sekarang, bagaimana mungkin Nabi (a.s) meninggalkan umatnya sehingga berselisih sedangkan baginda sudah menjelaskan Imam Ali (a.s) sebagai pintu ilmu dan hikmah", jelas beliau dalam kuliah tersebut.
source : Abna24.com
Khamis
12 November 2015
5:31:30 PTG
719649
Ayatullah Wahid Khorasani;
Seluruh ayat dan riwayat mengesahkan kekhalifahan Ali bin Abi Talib (a.s)
Salah seorang marja' taqlid Syiah tegas menyatakan bahawa seluruh ayat dan riwayat menunjukkan hak kekhalifahan bersama Imam Ali (a.s)