Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Ahad

22 November 2015

4:14:32 PG
720945

Abdul Aziz al-Fawzan;

Syiah minum kekufuran dari susu ibu mereka

Pendakwah Takfiri-Wahabi istihar Syiah sebagai kafir

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Meskipun masyarakat dunia sudah dapat mencapai maklumat dengan mudah, seorang pendakwah Wahabi Abdul Aziz al-Fawzan dalam wawancara saluran Takfiri al-Risalah menegaskan pengikut mazhab Syiah adalah kafir, sesat dan musyrik, termasuk orang awamnya. Menurutnya lagi, Syiah meminum kekafiran dari susu ibu mereka.


Dalam argemennya, pendakwah Wahabi ini mengajukan fakta-fakta kaum ghulat yang tidak berkaitan kepada Syiah, bahkan ditolak oleh ulama terdahulu dan terkemudian Syiah seperti malaikat Jibra'il berkhianat dalam menurunkan wahyu.

Menurut penganalisa, pegangan kaum Wahabi seperti al-Fawzan dan sheikh-sheikh sepertinya di Arab Saudi telah menyumbang pengukuhan ideologi gerakan al-Qaeda dan militan IS demi mewajarkan pembunuhan dan penyembelihan umat Islam samada di kalangan Ahlisunnah atau Syiah atas alasan kafir, syirik dan murtad. Atas alasan ini pengikut agama Kristian telah dibunuh dan wanitanya ditawan. Selain itu pemikiran ini telah memicu semangat pengganas untuk membunuh penduduk Syiah di Ahsa, Qatif, Najran dan Gizan.