Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : http://almesryoon.com/
Isnin

23 November 2015

4:07:55 PG
721107

Ulama senior Saudi kecam pernyataan Majlis Fatwa Mesir

Ulama Saudi kecam Majlis Fatwa Mesir yang dianggap berbohong.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majlis Ulama Senior Saudi, Sheikh Fahad al-Majid dalam satu pernyataannya menegaskan kerajaan Arab Saudi masih mewakili Islam dari sudut kesederhanaan beragama. Menurutnya lagi, toleransi Islam adalah sifat pertama bagi syariat dan merupakan salah satu matlamatnya sedangkan menyuburkan tanah, menjaga sistem kehidupan dan melestarikan kebaikannya juga merupakan tujuan besar syariat Islam.

Sekretariat Umum Majlis Ulama Senior Saudi turut mengecam pernyataan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta' al-Misriyyah) yang kononnya menuduh Sheikh Muhammad bin Salih al-'Uthaymin membolehkan pembunuhan orang awam seperti wanita dan kanak-kanak. Dia menyifatkan Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir melakukan pendustaan ke atas Sheikh ibnu 'Uthaymin dan membuat analisa di luar konteks kalam ibnu 'Uthaymin.

Majlis Fatwa Kebangsaan Mesir baru-baru ini menuduh Sheikh 'Uthaymin sebagai sesat kerana mengeluarkan fatwa pembunuhan kanak-kanak dan wanita, di samping boleh menyebabkan eksploitasi pihak Barat untuk melancarkan propaganda Islamfobia.