Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Khamis

26 November 2015

1:35:10 PG
721605

Imam Abu Hanifah menyapu debu dan memohon hajat di makam Imam Ja'far al-Sadiq

Imam Abu Hanifah meminta hajat di makam Imam Ja'far al-Sadiq

Tersebutlah kisah Imam Abu Hanifah yang merupakan tokoh besar Ahli Sunnah sering pergi menziarahi makam Imam Ja'far al-Sadiq di Madinah dan meminta bantuan di situ.

Mufti Mahmud yang juga anak kepada mufti Abdul Ghayyur dalam kitab Rad Wahabi, muka surat 34 menceritakan:

Demikianlah Ustaz al-Muhaddith, tonggak kebanggaan Sayyid al-Mursalin (s.a.w), iaitu Imam A'zham (Imam Abu Hanifah) memohon bantuan di makam sebahagian daripada para imam. Bgitulah juga Mawlawi Ali Muhammad Khatn, murid Hazrat Mawlawi Yar Muhammad Multani, ahli hadis dan seorang guru telah menulis perkara itu dalam risalahnya. Di dalam kitab Fatawa Aqaid al-Muqtadi Fi Masa'il al-Hindi, dalam bab ta'zhim 'Alawiyah, beliau menyatakan:

روی عن محمد بن الحسن الشیبانی وعن أبی یوسف وعن وکیع رحمهم الله تعالی أن أبا حنیفه رضی الله تعالی عنه کان یزور أبدا قبر الإمام محمد الجعفر الصادق رضی الله عنه و یکنس علی بابه ویعطی للمجاورین فتوحا ویطلب الإستعانه منه فی الأمور.

Diriwayatkan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Shaybani, daripada Abi Yusuf, daripada Waki' Rahimahullah Ta'ala, sesungguhnya Abu Hanifah sering mengunjungi kubur Imam Muhammad al-Ja'far al-Sadiq (r.a) dan menyapu pintunya dan memberikan hadiah kepada jiran-jirannya. Beliau memohon bantuan daripadanya untuk menyelesaikan masalah-masalah.

Sekarang, apakah Wahabi berani mengkafirkan dan memusyrikkan Imam Abu Hanifah semata-mata kerana isu tawassul, ziarah kubur dan istighasah?

Apakah juga Abu Hanifah tidak membaca al-Qur'an: إِیَّاکَ نَعْبُدُ وَإِیَّاکَ نَسْتَعِینُ.?

1

2

3

4