Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Khamis

26 November 2015

3:21:38 PG
721606

Barangsiapa yang ingkar salah satu riwayat dari Sahih Bukhari dan Muslim adalah kafir

Hukum menolak salah satu riwayat dari kitab Sahih Bukhari dan Muslim adalah kafir

etapa fanatiknya golongan Ahlusunnah dan Wahabi menghargai kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim, sehingga ada di antara mereka yang mengkafirkan sesiapapun yang menolak walau satu hadis dari kedua-kedua kitab tersebut.

Salah seorang mufti Wahabi mengeluarkan fatwa seperti berikut:

السؤال الثالث من الفتوى رقم (????) :

س?: من ينکر بعض الأحاديث الصحيحه الوارده في الصحيحين مثل حديث عذاب القبر ونعيمه والمعراج والسحر والشفاعه والخروج من النار، ما الحکم فيهم هل يصلى وراءهم أو يتبادل معهم السلام أو يعتزلوا؟

ج?: يبحث معهم أهل العلم بالحديث روايه ودرايه ليعرفوهم بصحتها وبمعانيها، فإن أصروا بعد ذلک على إنکارها أو تحريف نصوصها عن معناها الصحيح تبعا لهواهم وتنزيلا لها على رأيهم الباطل فهم فسقه، ويجب اعتزالهم وعدم مخالطتهم؛ اتقاء لشرهم، إلا إذا کان الاتصال بهم من أجل النصح لهم وإرشادهم، أما الصلاه وراءهم فحکمها حکم الصلاه وراء الفاسق، والأحوط: عدم الصلاه خلفهم؛ لأن بعض أهل العلم کفرهم.

Pertanyaan: Ada golongan yang mengingkari sebahagian dari hadis-hadis sahih dari kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim misalannya hadis azab kubur, nikmatnya, mi'raj, sihir, syafaat, keluar dari neraka, apakah hukum mereka ini? Apakah harus meninggalkan solat di belakang mereka, juga saling menyapa salam mereka?

Jawapan 3: Barangsiapa yang mempunyai ilmu hadis dari segi dirayah dan riwayah, ia hendaklah berbahas dengan golongan ini sehingga mereka faham tentang kesahihan riwayat dan maknanya. Setelah berbahas mereka masih memaksa untuk menyatakan tahrif makna hadis ini, menuruti hawa nafsunya dan menyatakan kebatilan hadis itu dengan pandangannya, maka mereka hadus dihindari dan tidak lagi bergaul dengan mereka demi mencegah kejahatan mereka, melainkan untuk memberikan nasihat dan membimbing mereka. Adapun solat di belakang mereka sama seperti solat di belakang orang fasik. Demi kewaspadaan, hendaklah tidak solat di belakang mereka kerana sebahagian dari ahli ilmu mengkafirkan mereka.

1

2

3


Meskipun fatwa ini terlalu ekstrem, namun dalam kebanyakan hal kita dapati ada hadis yang bertentangan dengan akal waras. Namun disebabkan fanatik, ada di kalangan Ahlisunnah dan Wahhabi akan mempertahankannya, seperti hadis tahrif al-Qur'an.