Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Isnin

7 Disember 2015

6:21:14 PG
723427

Terjemahan doa Maknun dan fadhilatnya

Doa Maknun, terjemahan dan fadilatnya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikut adalah terjemahan doa Maknun dalam bahasa Melayu serta fadilatnya.

Ibnu Babawayh, Sheikh Tusi dan lain-lain lagi menukilkan riwayat daripada Amirul Mukminin (a.s): Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan suci dari dosa seperti emas kotor yang dibersihkan, kemudian di hari kiamat tidak ada lagi orang yang akan menyeretnya di muka
pengadilan maka hendaklah ia membaca sebanyak 12 kali setelah solat lima waktu:

قل هو اللّه احد

Kemudian, menadah tangan ke langit, bacalah doa ini:

Kemudian beliau berkata: Ini adalah rahsia Maknun, yang Rasulullah (s.a.w) telah ajariku dan bersabda, ajarilah ia kepada Hasan dan Husain (a.s).
Inilah dia doanya:

اَللّهُمَّ اِنّى اَسْئَلُكَ بِاسْمِكَ الْمَكْنُونِ الْمَخْزُونِ الطّاهِرِ الطُّهْرِ الْمُبارَكِ وَاَسْئَلُكَ بِاسْمِكَ الْعَظيمِ وَسُلْطانِكَ الْقَديمِ يا واهِبَ الْعَطايا يا مُطْلِقَ الاُْسارى يا فَكّاكَ الرِّقابِ مِنَ النّارِ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَفُكَّ رَقَبَتى مِنَ النّارِ وَاَخْرِجْنى مِنَ الدُّنْيا آمِنا وَاَدْخِلْنِى الْجَنَّةَ سالِما وَاجْعَلْ دُعآئى اَوَّلَهُ فَلاحاً وَاَوْسَطَهُ نَجاحا وَآخِرَهُ صَلاحا اِنَّكَ اَنْتَ عَلاّمُ الْغُيُوبِ


Ya Allah! Aku mohon kepadaMu dengan namaMu yang tersembunyi lagi terpelihara, suci lagi bersih dan berkat. Dan aku memohon
daripadaMu dengan namaMu yang agung, dan kerajaanMu yang qadim. Wahai Yang Memberi anugerah kurniaan. Wahai yang melepaskan para
tawanan. Wahai yang membebaskan belengu tengkuk dari nuraka. Limpahkan rahmat (selawat) ke atas Muhammad dan keluarga baginda. Lepaskan
belenguku dari api nuraka. Keluarkanlah aku dari dunia dengan selamat. Masukkanlah aku ke dalam syurga secara sijahtera. Jadikanlah kejayaan di awal doaku, dan keberhasilan di tengahnya, dan kebaikan di akhirnya. Sasungguhnya engkaulah Yang Maha Mengetahui hal-hal yang tidak nampak dipandang.

Download bacaan doa Maknun oleh Mahdi Sadeghi: http://shiavoice.com/play-mVHKR.html