Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Ahad

13 Disember 2015

9:49:27 PG
724599

Tentera Nigeria lancar pembunuhan Syiah (+18)

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila pihak tentera melepaskan tembakan ke arah pengikut mazhab Syiah dalam percubaan membunuh Sheikh Ibrahim Zakzaki.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Nigeria dilaporkan menyerang beberapa orang pengikut mazhab Syiah yang sedang berkumpul dalam majlis keagamaan di Utara negara tersebut, kelmarin. Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila tentera menggempur perhimpunan tersebut di Zaria, Kaduna.

Saksi berkata, ketika serangan Syeikh Ibrahim Zakzaki sedang memberikan ucapan tentang peristiwa berdarah serangan pengganas Bokoharam. Dalam masa yang sama, konvoi tentera melepaskan tembakan setelah pengikut Syiah mencegah mereka melalui kawasan kompleks Husainiyah.

Isteri kepada ketua Gerakan Islam Nigeria, Zinat Ibrahim yang berada di tempat kejadian berkata, dalam kejadian tersebut pihak tentera sebenarnya berniat ingin membunuh Syeikh Zakzaki.

Sementara itu, menurut laporan berita yang lain, pihak tentera mengepung kawasan kompleks Husainiyah tersebut sebelum melepaskan tembakan.

Sebelum ini, tentera Nigeria telah membunuh beberapa pengikut mazhab Syiah yang menyertai perarakan Hari al-Quds Sedunia sehingga mengorbankan beberapa orang anak Sheikh Zakzaki.

Kota Zaria mempunyai penduduk majoriti Syiah dan ketua Gerakan Islam Nigeria tinggal di situ.


..................