Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Isnin

14 Disember 2015

1:56:22 PG
724759

Rumah Sheikh Zakzaki dibedil mortar, isteri dan anak terbunuh

Isteri dan anak Sheikh Ibrahim Zakzaki disahkan terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang pegawai Nigeria berjaya menghubungi Ketua Gerakan Islam, Sheikh Ibrahim Zakzaki
dengan satu panggilan telefon kelmarin.

Dalam perbualan tersebut, Sheikh Zakzaki berkata rumahnya sedang dikepung dan dibedil dengan mortar habis-habisan.

Sumber yang tidak ingin disebut namanya ini berkata, "Sheikh Zakzaki berkata, korban malam kelmarin berjumlah lapan orang, sekarang 40
orang dilaporkan maut."

Pegawai tersebut berkata kepada wartawan ABNA, "Hingga kini sudah ada berita tentang kematian anaknya, Ali Zakzaki dan isterinya Zinat
Ibrahim."

Sambil meminta Konsul Kedutaan Iran memainkan peranan diplomatik bagi menghentikan serangan berdarah ini berkata, "Kementerian Luar
Negara, Doktor Muhammad Jawad Zarif telah menghubungi rakan sejawatnya di Nigeria."