Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Laman Kebudayaan ABNA24.com
Selasa

15 Disember 2015

3:05:30 PG
724944

Musnahnya prinsip keredaan kekal Allah untuk para sahabat;

Antara pembunuh Usman ialah golongan Bai’atul Ridwan

Laman Kebudayaan ABNA24.com - Tahukah anda para sahabat yang hadir dalam peristiwa Bai’atul Ridwan juga terlibat secara langsung dalam mengerahkan pasukan pemberontak dalam operasi membunuh khalifah Usman bin Affan? Untuk telaah lebih lanjut, sila baca artikel ini selanjutnya.

Salah satu perbahasan penting yang membatalkan dalil Ahli Sunnah bahawa ayat Bai’atul Ridwan merupakan keredaan Allah untuk para sahabat buat selama-lamanya ialah: “Terdapat pembunuh Usman di kalangan golongan Bai’atul Ridwan yang terlibat dalam pembunuhan Usman” seperti Abdul Rahman bin Udais, Farwah bin Amru Anshari, Jabalah bin Amru al-Sa’idi, Talhah bin Ubaidillah, Aisyah binti Abi Bakar dan lain-lain lagi.

Oleh itu, apakah keredaan Allah meliputi golongan ini? Apakah Abdul Rahman bin Udais yang memimpin pasukan pemberontak mendapat keredaan Allah? Atau Jabalah bin ‛Abru Sa‛idi yang menghalang pengkebumian jenazah Usman di tanah perkuburan Islam?

Antara tokoh yang menjadi fokus perbahasan di sini ialah Abdul Rahman bin Udais yang membawa askar Mesir untuk menjalankan operasi pembunuhan Usman. Ibnu Abdul Bar menulis di dalam kitab al-Isti‛ab berkata:

 

عبد الرحمن بن عديس البلوي مصري شهد الحديبية ذكر أسد ابن موسى عن ابن لهيعة عن يزيد بن أبي حبيب قال كان عبد الرحمن بن عديس البلوي ممن بايع تحت الشجرة رسول الله صلى الله عليه وسلم قال أبو عمر هو كان الأمير على الجيش القادمين من مصر إلى المدينة الذين حصروا عثمان وقتلوه.

إبن عبد البر، يوسف بن عبد الله بن محمد (متوفاي463هـ)، الاستيعاب في معرفة الأصحاب، ج 2، ص 840، تحقيق علي محمد البجاوي، ناشر: دار الجيل - بيروت، الطبعة: الأولى، 1412هـ.

 

Abdul Rahman bin Udais al-Balawi, warga Mesir yang menjadi saksi perjanjian Hudaibiyah. Asad bin Musa menyebut daripada Ibn Lahi‛ah, daripada Yazid bin Abi Habib yang berkata:

Abdul Rahman bin Udais al-Balawi adalah orang yang berbaiat kepada Rasulullah s.a.w di bawah pohon. Abu Umar berkata, dia adalah panglima angkatan perang, berangkat dari Mesir ke Madinah lantas mengepung Usman dan membunuhnya.

 

[Rujukan]

– Al-Isti‛ab Fi Marifah al-Ashab, jilid 2 muka surat 840.

Ibnu Athir berkata dalam kitab Usud al-Ghabah:

عَبْدُ الرَّحْمنِ بن عُدَيْس... له صحبة، وشهد بيعة الرضوان، وبايع فيها. وكان أمير الجيش القادمين من مصر لحصر عثمان ابن عفان، رضي الله عنه، لما قتلوه.

الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ)، أسد الغابة في معرفة الصحابة، ج 3، ص 488، تحقيق عادل أحمد الرفاعي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1417 هـ - 1996 م.

Abdul Rahman bin Udais… merupakan seorang sahabat, menyaksikan Bai’atul Ridwan dan memberikan bai’at. Beliau adalah panglima perang yang berangkat dari Mesir untuk mengepung Uthman bin Affan dan membunuhnya.

[Rujukan]

– Usud al-ghabah fi ma‛rifah al-sahabah, jilid 3 muka surat 488.

Begitu juga di dalam kitab sejarahnya:

عبد الرحمن بن عديس البلوي أمير القادمين من مصر لقتل عثمان وكان ممن بايع النبي تحت الشجرة.

عبد الرحمن بن عديس، فرمانده سپاهى بود كه از مصر براى كشتن عثمان آمده بودند. او كسى است كه در بيعت شجره با پيامبر بيعت كرده بود.

الجزري، عز الدين بن الأثير أبي الحسن علي بن محمد (متوفاي630هـ) الكامل في التاريخ، ج 3، ص 170، تحقيق عبد الله القاضي، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت، الطبعة الثانية، 1415هـ.

 

Abdul Rahmab bin Udais al-Balawi merupakan pemimpin prajurit yang maju dari Mesir untuk membunuh Usman, beliau adalah salah seorang yang membai’at Nabi (s.a.w) di bawah pohon.

[Rujukan]

- Al-Kamil fi al-tarikh, jilid 3 muka surat 170

Ibnu Abi Shaibah di dalam kitab al-Mushannaf, ‛Amru bin Abu ‘Ashim di dalam kitab al-Sunnah, Bazzar di dalam kitab al-Bahr al-Zakhkhar, Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Dur al-Mathalib al-‛Aliyah dan lain-lain lagi menulis:

قدم عبد الرحمن بن عديس البلوي وكان ممن بايع تحت الشجرة فصعد المنبر فحمد الله وأثنى عليه ثم ذكر عثمان....

إبن أبي شيبة الكوفي، أبو بكر عبد الله بن محمد (متوفاي235 هـ)، الكتاب المصنف في الأحاديث والآثار، ج 6، ص 364، تحقيق: كمال يوسف الحوت، ناشر: مكتبة الرشد - الرياض، الطبعة: الأولى، 1409هـ.

الشيباني، عمرو بن أبي عاصم الضحاك (متوفاي287هـ)، السنة، ج 2، ص 595، تحقيق: محمد ناصر الدين الألباني، ناشر: المكتب الإسلامي - بيروت، الطبعة: الأولى، 1400هـ.

البزار، أبو بكر أحمد بن عمرو بن عبد الخالق (متوفاي292هـ)، البحر الزخار (مسند البزار )، ج 2، ص 93، تحقيق: د. محفوظ الرحمن زين الله، ناشر: مؤسسة علوم القرآن، مكتبة العلوم والحكم - بيروت، المدينة، الطبعة: الأولى، 1409هـ.

العسقلاني الشافعي، أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل (متوفاي852هـ) المطالب العالية بزوائد المسانيد الثمانية، ج 16، ص 23، تحقيق: د. سعد بن ناصر بن عبد العزيز الشتري، ناشر: دار العاصمة/ دار الغيث، الطبعة: الأولى، السعودية - 1419هـ.

 

Abdul Rahman bin Udais al-Balawi merupakan orang yang memberikan bai’ah di bawah pohon. Maka beliaupun naik ke atas minbar dan memuji Allah seraya menyebut tentang Usman (mencela Usman).

[Rujukan]:

- Al-Kitab al-musannaf fi al-ahadith wal athar, jilid 6 muka surat 364

- Al-Sunnah, jilid 2 muka surat 595

- Al-Bahr al-Zakhkhar, jilid 2 muka surat 93

- Al-Matalib al-'aliyyah, jilid 16 muka surat 23

Kesimpulan

Sekarang, Ahlisunnah perlu mengakui Allah (s.w.t) meredai pembunuh Usman buat selama-lamanya iaitu pembunuh Usman itu tidak berhak mendapatkan keredaan tersebut. Namun ahli akademik yang tulus pasti bertegas bahawa semata-mata hadir dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah dan Bai’atul Ridwan bukanlah neraca timbangan untuk meraih keredaan Allah (s.w.t) buat selama-lamanya. Oleh itu keredaan Allah tersebut hanya terhad ketika peristiwa itu tersebut terjadi sahaja.

Nantikan artikel yang lebih terperinci mengenai topik ini dalam Laman Kebudayaan, ABNA24.com.