Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Ahad

20 Disember 2015

11:01:42 PG
725934

IS rasmi mahkamah baru di tempat kelahiran Gaddafi

Penduduk Libya bimbang militan IS menggunakan mahkamahnya untuk membunuh sesiapa sahaja yang mereka kehendaki

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Militan IS (Negara Islam) bertindak merasmikan sebuah mahkamah baru di wilayah tempat kelahiran bekas presiden Libya, Muammar Gaddafi, di Sirte.

Kewujudan mahkamah ini mencetus ketakutan di kalangan masyarakat apabila gerombolan pengganas boleh menggunakannya untuk melakukan pembunuhan atas tuduhan yang sengaja direka cipta.

Militan IS telah melancarkan keganasannya di negara Libya sejak lebih setahun yang lalu dan beberapa kota telah jatuh ke tangan kumpulan ini.

Kota Sirte merupakan tempat kelahiran Muammar Gaddafi dan sekarang ini terkenal sebagai sarang utama pengganas IS.

...............