Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Isnin

21 Disember 2015

6:07:12 PG
726098

Tentera Nigeria hancurkan Husainiyah Baqiyatullah

Husainiyah Baqiyatullah musnah digempur jentolak tentera Nigeria.


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Nigeria bertindak memusnahkan Husainiyah Baqiyatullah yang selama ini menjadi tempat perhimpunan masyarakat Syiah Imamiyyah, kelmarin, di Zaria.

Dalam insiden ini, pasukan tentera dilaporkan menggunakan jentolak dan memusnahkan seluruh kompleks Husainiyah tersebut.

Sebelum ini kompleks tersebut rosak teruk akibat serangan tentera Nigeria yang menyebabkan puluhan masyarakat awam maut.

Sementara itu, pihak berkuasa memberikan alasan Husainiyah tersebut dibangunkan tanpa permit yang sah, sedangkan masyarakat telah berkumpul di situ untuk majlis-majlis keagamaan selama bertahun-tahun lamanya.

Dalam masa yang sama, pihak tentera telah mengambil alih seluruh kawasan Husainiyah Baqiyatullah dan rumah Sheikh Zakzaki.