Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : http://dar-alifta.org.eg/
Isnin

21 Disember 2015

7:19:54 PG
726113

Darul Fatwa Mesir;

Fatwa pengharaman sambutan Maulud Nabi adalah aneh dan Takfiri

Darul Fatwa anggap fatwa Wahabi mengharamkan Maulud Nabi adalah ideologi Takfiri

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Darul Fatwa Mesir menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang mengaramkan sambutan Maulidur Rasul adalah aneh dan Takfiri. Turut ditegaskan Darul Fatwa ialah gagasan ulama terdahulu dan terkemudian sejak kurun ke-14 Hijrah telah berijma' bahawa sambutan ini diizinkan oleh hukum syarak, bahkan ia adalh sebaik-baik amalan dan sebesar-besar kedekatan kerana menunjukkan reaksi kegembiraan dan kecintaan kepada Nabi (s.a.w) yang merupakan salah satu prinsip keimanan.

Darul Fatwa turut mengesahkan bahawa Nabi (s.a.w) pernah bersabda dalam Sahih al-Bukhari:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين) البخاري، الإيمان.

Tidak beriman salah seorang di antara kamu, sehingga menjadikan aku lebih dicintai melebihi kecintaannya kepada anaknya, bapaknya dan seluruh manusia.” (HR.al-Bukhari kitab al-Iman)

Selain itu, Darul Fatwa menyifatkan pihak yang menceritakan bahawa "sambutan Maulud tidak ada di zaman sahabat" adalah bid'ah dan sesat, malah terdapat banyak dalil yang menunjukkan para sahabat nabi telah menyambut baginda (s.a.w) dengan keizinan seperti dalam riwayat Buridah al-Aslami:

حدثنا عبد الله بن بريدة عن أبيه أن النبي قدم من بعض مغازيه فأتته جارية سوداء فقالت يا رسول الله إني كنت نذرت إن ردك الله سالما أن أضرب بين يديك بالدف فقال إن كنت نذرت فاضربي، وإلا فَلا

Daripada Ibn Buridah yang meriwayatkan daripada ayahnya: Nabi (s.a.w) kambali dari beberapa ekspedisi kententeraan. Seorang hamba perempuan menghampiri baginda dan berkata, "Aku bernazar untuk memukul Duff dihadapanmu sambil menyanyi sekiranya engkau kembali dengan selamat. Maka baginda bersabda: Sekiranya engkau telah bernazar, maka pukullah, namun jika tidak maka janganlah lakukan. Maka beliau pun memukul."

Selain itu, Dar Fatwa menegaskan Nabi (s.a.w) menyatakan rasa syukur atas kelahirannya. Baginda diriwayatkan berpuasa pada hari Isnin dan bersabda:

ذلك يومٌ ولدتُ فيه

Itulah hari aku telah dilahirkan. - Hadis riwayat Muslim.

Golongan Takfiri (Wahabi) sedang giat mencanangkan ulangtahun Maulud Nabi yang disambut oleh umat Islam sebagai bid'ah dan mengancam akan menumpahkan darah umat Islam sekiranya meneruskan sambutan tersebut.