Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Khamis

24 Disember 2015

2:36:47 PG
726581

Tentera Nigeria hancurkan pusara ibu Sheikh Zakzaki

Tentera Nigeria bertindak memusnahkan pusara ibu Sheikh Zakzaki dalam satu lagi siri keganasan terhadap pengikut mazhab Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Makam ibu kepada Sheikh Zakzaki musnah dalam satu lagi siri jenayah kempen anti Syiah yang dilancarkan tentera Nigeria atas arahan pemimpin kerajaannya, kelmarin.

Insieden ini terjadi setelah tentera Nigeria memusnahkan tempat-tempat yang berkaitan dengan pengikut mazhab Syiah seperti Husainiyah Baqiyatullah, rumah Sheikh Zakzaki,Pusat Islam Fawziah dan Dar al-Rahmah.

Berasaskan laporan ini, pusara ibu Sheikh Zakzaki iaitu Hajiah Hari Jamo dimusnahkan dengan jentera.

Hajiah Hari Jamo meninggal dunia pada 25 Muharram tahun lalu ketika berusia 93 tahun. Upacara pengkebumian jenazah beliau telah dihadiri ramai penduduk Muslim di Nigeria dan solat jenazahnya telah dipimpin oleh Abdul Qadir Yakobo, abang kepada Sheikh Zakzaki.

Majlis pengkebumian Hajiah Hari Jamo pada tahun lalu:

...............