Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Ahad

27 Disember 2015

12:38:39 PG
727072

Ribuan Syiah Nigeria desak pembebasan Sheikh Zakzaki

Beribu-ribu pengikut mazhab Syiah menyertai demonstrasi aman untuk menuntut pembebasan segera ulama gerakan Islam Nigeria, Sheikh Ibrahim Zakzaki.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ribuan pengikut mazhab Syiah mengadakan demonstrasi di seluruh pelusuk Nigeria untuk memprotes pembunuhan ratusan umat Islam dan penangkapan Sheikh Zakzaki yang merupakan ulama terkenal di negara tersebut.

Penduduk Kano mengambil kesempatan sempena ulangtahun sambutan Maulid Nabi berarak di kota tersebut untuk mengutuk serangan tentera Nigeria di kota Zaria, hari Khamis lalu. Dalam Demonstrasi ini, aktivis bernama Abdul Hamid membaca pernyataan kecaman terhadap pembunuhan umat Islam dalam tragedi berdarah serangan tentera Nigeria.

Penduduk Nigeria turut melangsungkan demonstrasi di wilayah Sokoto dan Kastina dengan membawa slogan-slogan Maulid Nabi.

Tentera Nigeria telah melancarkan serangan terhadap penduduk awam Syiah sehingga menyebabkan ratusan orang terbunuh manakala pemimpinnya ditangkap. Banyak pihak mengaitkan serangan tersebut atas arahan gerakan Wahabi yang dipimpin Arab Saudi.

Kerajaan Nigeria sebelum ini berjanji akan melakukan siasatan terperinci berhubung insiden ini.

.............