Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Selasa

29 Disember 2015

3:28:59 PG
727407

Surat terbuka Ayatullah Makarim ingatkan Sheikh al-Azhar tentang jerat Wahabi

Sheikh al-Azhar bertanggung jawab di hadapan Allah sekiranya lambat bertindak ke atas konspirasi terbaru Wahabi yang menghalalkan darah pengikut mazhab Syiah di Mesir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Makarim Syirazi dalam satu surat terbuka yang ditulisnya memberi peringatan kepada Sheikh al-Azhar tentang mara bahaya konspirasi Wahabi yang bakal dijangka akan menimpa menara gading dunia Islam di bawah pimpinannya sekarang.

Beliau memberikan amaran tersebut berikutan fitnah yang sedang rancak dicanang oleh beberapa saluran satelit asing dengan serangan terhadap mazhab Syiah secara terbuka, termasuk penganjuran sayembara penulisan artikel dan buku anti Syiah di Mesir, yang dianggap boleh mencetuskan hasutan dan mengancam keselamatan negara.

Surat terbuka tersebut turut menjelaskan saluran rasmi televisyen negara Iran, Sida-ye-Sima selama ini sentiasa menjaga perpaduan dan tidak seorang pun marja' taqlid tampil di kaca TV dengan membawa wacana polemik terhadap akidah dan fikah Ahlisunnah Wal Jamaah.

Selain itu, menurutnya tindakan Sheikh al-Azhar mencegah konspirasi terbaru Wahabi ini menunjukkan institusi pendidikannya sentiasa menjaga perpaduan ummah.

Namun dalam masa yang sama, Ayatullah Makarim menyatakan kebimbangannya tentang universiti al-Azhar yang berpotensi terjerumus ke dalam fitnah tersebut di mana nyawa pengikut mazhab Syiah menjadi pertaruhannya. Selain itu, beliau menegaskan, Sheikh al-Azhar juga akan bertanggung jawab di hadapan Allah di hari akhirat kelak sekiranya lambat bertindak.

Universiti al-Azhar merupakan institusi pendidikan tinggi yang beraliran sederhana dan telah mengiktiraf mazhab Syiah secara sejak zaman Sheikh Mahmud Shaltut menjadi rektor al-Azhar. Pengikut aliran Wahabi di Mesir dikesan cuba melancarkan kempen keganasan mereka dengan menggunakan platform kempen anti Syiah dan menerapkan ajaran ekstrem Ibnu Taimiyah.