Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Selasa

29 Disember 2015

3:56:32 PG
727408

Pemerintah tempatan musnahkan Permakaman Syuhada Darul Rahmah, Nigeria

Ejen-ejen pemerintah tempatan telah memusnahkan Permakaman Syuhada Darul Rahmah dalam satu lagi siri tindakan keras terhadap masyarakat Muslim

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemerintah tempatan wilayah Kaduna bertindak memusnahkan Permakaman Syuhada Darul Rahmah yang menempatkan pusara-pusara umat Islam di kota Zaria, Nigeria, pada hari Ahad lalu.

Media tempatan melaporkan, ejen-ejen pemerintah tempatan bertindak memusnahkan binaan yang dibangunkan di atas pusara-pusara anggota Gerakan Islam Nigeria yang gugur syahid dalam berbagai peristiwa.

Menurut saksi, lebih 60 pusara yang dimusnahkan dalam tindakan terbaru pemerintah tempatan ini.

3 minggu lalu, tentera Nigeria telah melancarkan serangan ke atas penduduk awam mazhab Syiah di Husainiyah Baqiyatullah yang membawa penangkapan ulama terkenal Sheikh Ibrahim Zakzaki. Walaupun kerajaan memaklumkan Sheikh Zakzaki masih hidup dan berada di tempat yang dirahsiakan, namun keadaan kesihatannya masih belum diketahui kerana anggota tentera telah melepaskan empat das tembakan ke tubuh beliau.

Berikut adalah gambar selepas pemusnahan:

Gambar-gambar sebelum pemusnahan: