Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Khamis

7 Januari 2016

4:56:03 PTG
729322

Golongan elit Saudi sokong terrorisme

Presiden Gerakan Keadilan Sejagat, Dr. Chandra Muzaffar menegaskan rejim Saudi memanipulasi isu keganasan untuk menumpaskan lawannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pakar politik antarabangsa, Dr. Chandra Muzaffar berata, "Dakwaan rasmi Riyadh berhubung dengan hukuman mati terhadap beberapa individu atas tuduhan melakukan aktiviti keganasan kelihatan olok-olok, ini kerana terdapat beberapa fakta bahawa berbagai individu dan kumpulan elit Saudi yang menyokong kumpulan pengganas di Iraq dan Syria."

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama wartawan Agensi Berita Iran (IRNA) di Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Mengulas tentang ulama yang dibunuh rejim Al Saud, iaitu Sheikh Baqir al-Nimr, beliau berkata, "Nampaknya seolah-olah kegansan telah menjadi alasan untuk menyasarkan golongan yang membenci kerabat diraja Arab Saudi."

Tambah beliau lagi, para pegawai Saudi membunuh kritikan Sunni dan Syiah yang menuntut perubahan demokrasi.

Menurut beliau lagi, musuh dalaman Saudi yang aktif selama satu dekad lamanya mungkin dapat didiamkan buat sementara waktu, namun gerakannya semakin meluas terutamanya di kawasan kebangkitan populasi Syiah seperti Qatif.

Selain itu, beliau menegaskan tindakan rejim Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran bercanggah dengan standard diplomatik sedangkan Iran komited dalam mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan para pegawai asing dan tempat diplomatik.

Beliau turut mengesyaki tindakan rejim Saudi tersebut berpunca dari tindak balas Israel terhadap kesepakatan negara-negara Eropah dalam isu nuklear Iran.

Muzaffar juga mengakui Sheikh Nimr merupakan penyokong reformasi aman dan tidak pernah terlibat dalam aktiviti keganasan. Beliau turut mencadangkan kerajaan Arab Saudi agar mengadakan pilihanraya yang demokratik dan telus.