Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Islamquest
Sabtu

30 Januari 2016

4:07:20 PG
732530

Ayat al-Qur’an yang mengandungi pembahagian Tauhid

Ayat manakah yang mengandungi pembahagian tauhid? Apakah pembahagian-pembahagian tauhid.

Ayat al-Qur’an yang mengandungi pembahagian Tauhid


Pertanyaan:
Ayat manakah yang mengandungi pembahagian tauhid? Apakah pembahagian-pembahagian tauhid.

Sinopsis

Isu Tauhid merupakan masalah yang mendalam dan luas dalam dimensi pemahaman agama dan al-Qur’an. Oleh yang demikian itu Tauhid mempunyai banyak peringkat dan martabat. Dari sinilah al-Qur’an membahaskan Tauhid secara mendalam dan terperinci dengan meletakkan berbagai ayat dalam surah-surah. Kaedah yang digunakan al-Qur’an ini adalah perkara asasi dalam pemahaman. Hari ini, kaedah ini telah diungkap sebagai Tafsīr Mawḍū‛ī.

Dalam ajaran agama, di mana sahaja terdapat perbahasan teologi, nescaya terdapat perbahasan tentang dzāt Allah dengan seluruh sifat dan martabatNya seperti pembahagian tauhid.

Oleh itu, di mana sahaja terhadap lafaz Allah, maka ia ada menunjukkan martabat-martabat tauhid dan inilah yang diungkapkan oleh sebahagian dari ahli tafsir seperti di dalam penafsiran surah al-Baqarah, ayat 136. Namun sudah tentu perkara ini tidak dapat dipergunakan sebagai indikasi lafaz dan penjelasan. Bahkan ianya merupakan indikasi iltizāmi yang perlu diambil dengan pengamatan terhadap kontekstual eksternal dan dalil-dalil lafzī yang lain melalui ayat dan riwayat.

Memang benar, di dalam al-Qur’an sebahagian surah mengandungi perbahasan asasi tauhid dan ushuluddin dalam skop yang kecil dan secara ringkas, seperti surah al-fātiḥah.
Mengenai martabat-martabat tauhid dan kategori-kategorinya, hendaklah dikatakan ahli teologi Muslim membahagikannya seperti berikut:

1. Tauhid pada dzat 2. tauhid pada sifat 3. tauhid dalam perbuatan yang mana di dalam kategori ini terdapat beberapa tauhid yang lain seperti tauhid dalam penciptaan, tauhid rububiyyah, tauhid hakimiyyah, tauhid ketaatan dan perhambaan, tauhid dalam syari‛at dan tauhid dalam ibadah.

Jawapan terperinci

Al-Qur’an mempunyai kaedah yang yang jelas dalam menerangkan maksud, kefahaman dan halatujunya. Antaranya ialah sebahagian ayat al-Qur’an menafsirkan ayat yang lain, iaitu terdapat ayat di suatu tempat tertentu dengan gaya tersendiri, kemudian datang ayat lain yang menjelaskan maksud ayat sebelumnya.


Dari sudut ini, para ulama dan ahli tafsir berusaha mencerap tauhid secara jelas, mengenal dengan lebih mendalam tentang kefahaman kategori-kategori dan martabat-martabatnya agar seluruh ayat al-Qur’an dapat diekstraksi dalam lapangan ini. Di samping itu, kaedah ini dinamakan tafsir tematik. Berasaskan cara ini, ayat-ayat yang berkaitan dengan tauhid dibahagikan dalam beberapa kategori secara teratur dan rapi, kemudian dibahaskan, intisari dan perbahasan berkenaan tauhid dicerap dalam bentuk yang lengkap.


Oleh itu dapatlah dikatakan: Tauhid mempunyai pembahagian dan martabat. Dari sudut ini, sukar ditemukan perkara tersebut dalam satu aya. Namun apa yang menjadi kemungkinan ialah suatu ayat yang mengandungi nama Allah dan merujuk kepada iman, itulah nama Allah yang mengandungi martabat tauhid seperti firman Allah (s.w.t):


قُلْ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَالنَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (84)

Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka; dan kami semua adalah Islam kepada Allah semata-mata". Surah Ali'Imran. Ayat 084.

Dari sini, ayat “Kami beriman kepada Allah” (آَمَنَّا بِاللَّهِ) adalah kita beriman kepada Allah yang wājibul wujūd, Yang Maha Esa, disifatkan dengan seluruh sifat kesempurnaan, suci dari sebarang keaiban dan kecatatan, satu-satunya yang layak disembah oleh hamba-hamba, dan lain-lain lagi.

Ayat “Apa yang diturunkan ke atas kami” meliputi seluruh perkara al-Qur’an dan sunnah kerana: “Dan Allah menurunkan Kitab dan hikmah ke atas kamu”. Oleh itu, dalam (tauhid) keimanan tersebut, dan apa yang terkandung dalam kitab dan sunnah Rasulullah (s.a.w) begitu juga yang terkandung dalam sifat Allah dan para nabi, maka ia termasuklah iman kepada akhirat, perkara ghaib yang telah berlalu dan akan datang, iman terhadap hukum hakam, suruhan-suruhan syariat dan batasan dan lain-lain lagi.
Adapun atas yang ketiga hingga akhir ayat: Apa yang telah diturunkan ke atas Ibrahim…” bahagian ini merupakan iman terhadap seluruh kitab-kitab wahyu yang telah diturunkan, iman kepada para nabi secara umum, terutamanya kepada mereka yang telah disebutkan secara jelas dalam ayat ini (iaitu mereka yang lebih ulung dan lebih umum risalahnya).
Oleh itu, ayat ini ayat ini secara ringkasnya meliputi seluruh kategori tauhid: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Asma’ dan Sifat. Ayat ini juga menerangkan iman terhadap seluruh para nabi Ilahi dan seluruh kitab-kitab wahyu [4].

Perlu diberi perhatian, tatkala ayat ini menyebut tentang perbahasan yang telah dikemukakan sebelum ini, kita hendaklah mengenal pembahagian-pembahagian tauhid dan sifat Allah (s.w.t) melalui ayat-ayat lain dan hadis-hadis. Setelah kita mengenal perkara-perkara tersebut, maka dzat sedemikian itu terkandung dalam sifat ini berkumpul dalam nama Tuhan Yang Maha Agung. Namun ia bukanlah bermakna indikasi lafaz nama Tuhan Yang Maha Agung merupakan kandungan seluruh jenis tauhid dan sifat, bahkan indikasi ini mengiringi tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk realiti luaran.

Dengan mematuhi kaedah ini, maka dapatlah ditemukan banyak ayat-ayat yang menjadi pentunjuk tentang tauhid.

Antara contoh ayat-ayat tersebut ialah firman Allah (s.w.t):


وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ

Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. [5]. Keutuhan bumi tanpa ketergantungan sedikitpun merupakan dalil yang besar tentang tauhid dan kudrat Allah, termasuklah dalil keupayaanNya terhadap sebarang pekerjaan.


Di dalam al-Qur’an, terdapat ayat-ayat yang menunjukkan beberapa jenis tauhid seperti:


إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (54) 

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
Dalam ayat ini, perkataan “له الخلق” menunjukkan tauhid dalam penciptaan, manakala kalimah “امر” menunjukkan tauhid dalam pentadbiranNya yang merupakan kategori urusan pentadbiran alam semesta.
Walau bagaimanapun, sebahagian dari surah-surah pendek mengandungi beberapa tingat asal tauhid seperti surah al-Fatihah sedangkan surah-surah pendek yang serba ringkas ini mengandungi perkara-perkara tauhid yang tidak terdapat dalam surah-surah lain.
Dalam surah ini, kategori tauhid tiga serangkai telah dijelaskan. “رب العالمین” menerangkan tauhid rububiyyah.
Tauhid dalam uluhiyyah dan ubudiyyah, iaitu ibadah khusus hanyalah kepada Tuhan didapati dalam kalimah Allah dan ayat “ایاک نعبد و ایاک نستعین”
Martabat tauhid
Mengenai martabat Tauhid, para ulama dan ahli teologi telah membahaskannya secara meluas sehingga tercetus perdebatan di antara tiga firqah kalam (Imamiyah, muktazilah, asya‛irah).
Di sini kita akan memberikan tumpuan kepada judul-judul terlebih dahulu, selepas itu kita akan memerhatikan penerangannya secera ringkas dan padat.
Para ulama dan ahli kalam membahagikan tauhid kepada berikut:
1. Tauhid Dzat
2. Tauhid Sifat
3. Tauhid Khaliqiyyah
4. Tauhid Rububiyyah
5 Tauhid Hakimiyyah
6 Tauhid dalam ketaatan
7. Tauhid dalam syariat
8. Tauhid dalam ibadah.

1. Tauhid Dzat:


Tauhid Dzat adalah Allah (s.w.t) itu maha Esa adanya, dan tiada lagi tandingan dan bandingan. Inilah sifat terulung bagi Allah yang pertama dan yang kedua Dia tidak dapat dibayangkan oleh tanggapan. Inilah yang diistilahkan ahli teologi sebagai tauhid Dzat. Dengan tauhid Dzat, maka tidak ada lagi misalan dan bandingan bagi Allah.
Kadangkala Tauhid Dzat juga memberi makna bahawa Allah adalah Esa, iaitu Basīt, tidak ada juzuk-juzuk, iaitu tidak terbayang lagi bahagian kedua bagi Allah.
Allah (s.w.t) di dalam surah al-Ikhlāṣ menunjukkan kepada dua tauhid ini. Permulaan surah ini Allah berfirman: “قل هو الله احد” Katakanlah Allah itu Maha Esa. Inilah Tauhid Dzat yang bermakna Allah tidak mempunyai juzuk. Di penghujung surah Allah berfirman: “و لم یکن له کفواً احد” iaitu tidak ada yang mirip sepertiNya; iaitu tiada lagi Allah yang kedua.

2. Tauhid dalam sifat


Ulama akidah sepakat dalam isu ini bahawa Allah disifatkan dengan seluruh sifat sempurna dan keindahan seperti ilmu, kudrat, hayat dan lain-lain lagi. Namun mereka saling berselisih pendapat bagaimana cara menyifatkan Allah dengan sifat ini.


Syi‛ah Imamiyah percaya bahawa sifat Allah itulah dzatNya. Muktazilah percaya bahawa dzat merupakan naib dari sifat-sifat, tanpa adanya sifat-sifat pada Allah. Asha‛irah berkata: Sifat Kamaliyah Allah ditambah di atas Dzat samada dari sudut mafhum dan misdaq.


Cukuplah sekadar menyebut perkara penting tersebut sedangkan perbahasan ini luas dan terlalu dalam yang tidak mungkin dapat dimuatkan dalam artikel ringkas ini.

3. Tauhid dalam penciptaan/khaliqiyyah


Dalil-dalil akal berkata kepada kita di dalam alam semesta tidak ada lagi pencipta melainkan Allah (s.w.t). Segala kesan, penemuan, baharu merupakan makhluk Allah, cuma sebahagiannya menjadi perantara dan tanpa perantara.


Perkara ini telah terbukti dalam dalil akal dan naqli seperti ayat-ayat berikut:


قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah – Al-Ra’d ayat 16


اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (62)


Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. Al-Zumar ayat 62.
ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ (102)


Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya. al-An‛ām ayat 102


Dalam isu ini, ulama akidah dari tiga kelompok berselisih tentang tauhid khaliqiyyah. Di sini Asha‛irah bertentangan dengan Imamiyyah dan Muktazilah.


Ashairah berkata, tauhid dalam khaliqiyyah terbatas pada Allah, iaitu sebenarnya penrealisasian kewujudan sesuatu ialah tidak ada sesuatupun yang mempunyai peranan dan memberikan kesan melainkan Allah. Selain Allah tidak memberikan kesan dalam ciptaan mahupun pencipta. Tidak juga secara bebas dan tidak dalam bentuk latar Mu‛iddah. Oleh itu Asya‛irah mengingkari illah dan ma‛lul, kesan dan pemberi kesan di kalangan kewujudan-kewujudan. Mereka menyangka kesan dan zahir alam semulajadi merupakan tambahan daripada Allah, tanpa menyedari tiada sebarang hubungan di antara zahir material dan kesan-kesannya. Menurut Asya’irah, kepanasan api merupakan sunnah Ilahi iaitu kepanasan telah diwujudkan kerana terdapat api, tanpa menyatakan adanya hubungan antara api dan kepanasan. Begitu juga hubungan antara matahari dan cahaya, mereka percaya itu semua adalah sunnatullah yang mewujudkan cahaya kerana adanya matahari dan bulan, tanpa menjustifikasi adanya sistem dan kanun yang dinamakan kausaliti.


Sebagai reaksi pandangan Asya‛irah, Imamiyah dan Muktazilah menerangkan tauhid dalam khaliqiyyah dari perspektif lain. Mereka ini percaya bahawa batas penciptaan dalam Allah mempunyai makna lain. Iaitu ianya tidak menafikan selain Allah, yang mempunyai makna yang sesuai dengan status Allah dan ianya selaras dengan akal serta bertepatan dengan al-Qur’an. Perbahasan akademik menguatkan perkara tersebut iaitu:
Penciptaan yang bebas/mustaqil berpunca daripada dzat Allah dan tidak bergantung kepada sesuatu adalah terbatas pada Allah. Dalam marhalah ini tidak ada yang bersekutu denganNya. namun selain dari Allah bekerja dengan izinNya dan dengan perintahnya sebagai tentera Allah sehingga menyebabkan perintah Allah menjadi realisasi. Pekerjaan mereka ini disebabkan hubungan sebab dan musabab, illah dan ma‛lul, seperti api dan panas.

4. Tauhid dalam rububiyyah

Tauhid dalam rububiyyah bermakna pentadbiran alam semesta terbatas pada Allah. Tauhid dalam rububiyyah ialah kepercayaan bahawa kebaikan, keburukan, pentadbiran kehidupan seluruhnya adalah daripada Allah. Walaupin di dalam alam semesta terdapat sebab-sebab dan pentadbir/mudabbirat. Namun ini semua adalah petugas-petugas Ilahi yang menjalankan perintah Allah. Pertentangan dengan tauhid Rububiyyah ialah syirik dalam rububiyyah. Syirik Rububiyyah ialah insan membayangkan pentadbir alam adalah makhluk walaupun bayangan itu menyatakan Allah adalah pencipta, namun setelah ciptaan Allah tidak lagi mentadbir alam ini dan menyerahkan urusan pentadbiran kepada makhlukNya.

5. Tauhid Hakimiyyah/kedaulatan:

Tauhid Hakimiyyah merupakan urusan Tauhid Rububiyyah. Iaitu Rab/Pentadbir merupakan pemilik atau tuan punya yang ditadbir. Dalam kata lain, Pentadbir adalah Pencipta yang Yang Mewujudkan seluruh kewujudan dari tiada/‛adam. Dia berhak memanipulasi, mengolah, menguasai jiwa-jiwa dan harta-harta mereka. Dia berhak mewujudkan batas dalam pengolahanNya. KedudukanNya kukuh iaitu boleh mencapai harta-harta dan jiwa-jiwa memerlukan autoriti/wilāyah yang dinisbahkan penguasaan takluk. Sekiranya tidak ada autoriti/wilāyah, maka pencapaian dan penggunaan sesuatu adalah illigal.

Dari sini seluruh kewujudan adalah setara di hadirat Ilahi, mereka sekata dan semuanya adalah makhluk dan yang memerlukan pihakNya. Mereka bukanlah pemilik sesuatu, sehinggakan mereka bukanlah pemilik kewujudan, perbuatan dan pemikiran. Oleh itu, barang siapa yang mempunyai wilāyah ke atas orang lain, oleh itu tidak ada seorang pun yang wilāyah bildzāt dan biliṣālat terhadap orang lain. Bahkan autoriti/wilāyah hanyalah Allah yang mana pemilik hakiki insan dan alam, iaitu Yang Maha Menganugerah kewujudan dan kehidupan.

Demikianlah yang difirmankan:


هُنَالِكَ الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ هُوَ خَيْرٌ ثَوَابًا وَخَيْرٌ عُقْبًا (44)
Pada saat yang sedemikian itu autoriti hanya Allah yang sebenar-benarnya, Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia. – al-Kahf ayat 44

Oleh itu, hakimiyyah/kedaulatan adalah eksklusif bagi Allah dan terbatas kepadaNya yang tergolong dalam salah satu martabat Tauhid. Secara zahirnya ayat-ayat tersebut menerangkan perkara ini:
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ (57)

hanya Allah jualah yang memiliki autoriti; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan". al-an‛am ayat 57
(61) ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ أَلَا لَهُ الْحُكْمُ وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ (62)

Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah pemilik autoriti mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum, dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung.

6. Tauhid dalam Penetapan Hukum (tasyri')

Tauhid dalam penetapan hukum (syariat) bermakna bahawa hak untuk menetapkan hukum dan syariat itu hanya berada di tangan Allah. Dan tiada seorang pun yang dapat menetapkan hukum tanpa merujuk pada al-Qur'an dan Sunnah.

7. Tauhid dalam Ketaatan (ithâ'a)

Tauhid dalam ketaaatan bermakna bahawa hak ketaatan dan penghambaan hanya berada pada Allah. Ertinya hak ketaatan berasal dari martabat tauhid rubūbiyah Allah kerana merupakan Pemilik manusia, Pengatur alam semesta dan Pengatur jalan kehidupannya, maka hak baginya untuk ditaati dan disembah, sebagaimana hak keberkuasaan ada pada-Nya.

Oleh sebab itu, di alam semesta tiada Mutha' (yang ditaati) secara dzat selain Allah atau orang yang diwajibkan oleh Allah untuk ditaati (seperti para nabi dan imam).
Dengan kata lain, lantaran hanya Allah yang merupakan Pemiliknya kewujudan manusia dan Tuhan bagi manusia, kerana itu ketaatan dan penghambaan hanya terkhusus untuk-Nya. Yang dimaksud dengan ketaatan adalah bahawa manusia dengan kewujudannya dan segala nikmat yang didapatkan dari Allah harus digunakan untuk meraih keredaan Allah. Derhaka dari ketaatan ini adalah tanda permusuhan dan zalim terhadap Tuhan di mana akal menghukum hal tersebut sebagai perbuatan tercela.

8. Tauhid dalam Ibadah

Tauhid dalam ibadah bermakna bahwa tiada satu pun yang patut disembah selain Allah. Hal ini merupakan salah satu masalah yang disepakati secara umum oleh kaum Muslimin. Allah Swt berkenaan dengan hal ini berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan),
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
“Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah tagut itu.” (Qs. Al-Nahl [16]:36)[]